Selasa, 27 Mei 2014

Supplemen : Rugi Je Beli...Tak Berkesan Pun...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca tersayang.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Kesempatan pada kali ini, saya nak kongsi mengapa sesetengah orang berpendapat bahawa pengambilan supplemen atau vitamin yang berlambak di pasaran ni pada masa kini tidak perlu malah merugikan wang kita je. Betul ke?
Sesetengah pengguna mengeluh supplemen yang diambil tidak bermanfaat seperti yang diberitahu atau yang diwar-warkan kehebatannya. Jadi, mereka kata kita hanya sekadar bercakap kosong demi melariskan produk masing-masing.

Betul ke keluhan-keluhan pengguna ni? Jadi, syarikat pengeluar ni sebenarnya menipu kita sebagai pengguna ke?

Baiklah, hari ini saya nak  kongsikan faktor pengambilan supplemen yang diambil tidak berkesan bagi sesetengah orang. 

Bagi saya sendiri yang menggunakan produk Shaklee, saya dah nampak kekesanannya. Okay ini faktor-faktornya. Cuba semak, apakah kita ikut cara pengambilan yang betul.



FAKTOR 1: Tak suka minum air putih
Ramai orang termasuklah saya pada awalnya tidak suka mengamalkan minum air putih. Sedangkan jika kita ambil supplemen kita perlu minum sekurang-kurangnya 3 Liter air  sehari. Ada yang kata, kalau minum banyak air, asyik-asyik nak kencing. Kadang-kadang   tak sempat-sempat  nak ke tandas.

Sebenarnya, minum air yang banyak ini dapat mempercepat penyerapan supplemen dalam badan kita serta menyahtoksin daripada badan. 

Jadi, nak berkesan, jangan malas nak minum air. 





FAKTOR 2 : Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa 
Ada sesetengah orang suka ambil supplemen dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Tambahan pula, ada yang cakap selalu lupa nak ambil supplemen pada masanya akibat sibuk dengan kerja seharian. Jadi, nak mudahmereka telan semua sekali sama ada waktu pagi atau sebelum tidur. Hentikanlah tabiat ini.
Untuk makluman semua pengambilan suplemen   dengan kadar yang banyak sekaligus boleh meningkatkan jagi tahap kepekatan darah kita. Sedangkan pada masa yang sama, kita kurang meminum air. Apabila darah menjadi pekat  boleh menyebabkan kita terdedah pula kepada penyakit-penyakit lain malahan membebankan buah pinggang kita untuk memproses. 

Oleh itu, sebelum membeli sebarang supplemen pastikan kita diberikan  jadual pengambilan supplemen yang teratur. Ikutlah jadual yang diberi dengan teratur. Kalau perlu bawa ke tempat kerja, Bawalah. Macam saya sendiri sentiasa bawa ke mana-mana untuk memastikan saya mengambil supplemen tersebut dengan teratur.





FAKTOR 3 : Elakkan pengambilan supplemen bersama ubat-ubatan yang lain

Berikutnya, jika sekiranya kita sedang mendapatkan rawatan doktor atau pakar, sedangkan pada masa yang sama kita ingin mengambil supplemen, jadi saya sarankan agar elakkan daripada mengambi kedua-duanya secara serentak.

Mengapa tak boleh? Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, dikhuatiri akan menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda serta boleh menyebabkan gangguan penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan supplemen yang teratur. Contohnya, dinasihatkan menjarakkan pengambilan kedua-duanya lebih kurang 1-2 jam selepas mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.
P




 FAKTOR 4: Pengambilan Kafein dalam diet harian
Penggemar minuman berkafein seperti kopi, nescaffe atau yang lainnya juga menyebabkan pengambilan supplemen tidak berkesan. Mengapa? Jadi tidak boleh minum ke minuman berkafein ni? Mungkin itu persoalan yang akan timbul. Saya sendiri pun minat seperti kopi Radix dan saya masih tetap meminumnya. 

Namun jika kita  masih ingin meminumnya, pastikan kita kurangkan pengambilannya. Contohnya ambillah sehari sekali. Nak sihat kan. Jadi, kita sendiri yang kena disiplin. Ini kerana pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Sia-sialah beli supplemen mahal-mahal tetapi tidak berkesan.

Sama seperti ubat-ubatan doktor, pengambilan supplemen perlu dijarakkan selepas meminum minuman berkafein ini dalam 1-2 jam. Kalau tak ambil langsung pun lagi baik. 
 


 FAKTOR 5 : Pengambilan supplemen tanpa ilmu yang betul

Terlebih dahulu tanya diri kita mengapa kita perlu ambil supplemen. Kalau kita rasa nak sihat, nak bertenaga atau nak cantik sekalipun, maka jangan ambil sesuatu tu tanpa ilmu. Ilmu perlu dicari terlebih dahulu dengan bertanya pakar-pakar yang berkaitan dalam bidang masing-masing. Oleh itu, kalau nak beli supplemen, belilah dengan pengedar yang jelas tahu tentang supplemen yang nak dibeli. Contohnya, untuk produk Shaklee,ada beberapa perkara yang kita perlu tahu seperti:
  • Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana Alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
  • Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  • Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.

Juga, pastikan supplemen yang diambil, halal, mempunyai sijil Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), semula jadi dan yang penting selamat dan berkesan. Pengamalan secara konsisten biasanya selama tiga bulan atau empat bulan berturut-turut akan menjamin keberkesanannya. 

Jadilah pengguna yang bijak dalam menentukan apa yang terbaik buat diri kita. Pilihlah pengedar Shaklee yang mampu membantu kita dalam membuat pilhan yang terbaik berdasarkan masalah yang kita hadapi.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
  Kak Wan- 01126099465 /  
                 0139030098

Tiada ulasan:

Catat Ulasan