Sabtu, 26 April 2014

Tambahkan Susu Anda dengan Set Bersalin untuk Banyakkan Susu

Para ibu(terutama yang baru melahirkan anak) amat beruntung pada masa sekarang. Dengan pelbagai bantuan supplemen yang diambil, mereka berjaya menyusukan bayi dengan sempurna terutama dalam tempoh berpantang  sehinggalah bayi mencapai umur dua tahun. Tempoh menyusu bayi selama dua tahun ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...."
                                                        (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Saya teringat masa mula-mula menimang anak pertama, terasa amat sedih kerana tidak dapat menyusukan anak  sepenuhnya. Rasanya hanya sembilan bulan sahaja saya dapat menyusukannya. Lepas tu, susu mula kering.

Dulu saya tidak didedahkan dengan pengambilan supplemen seperti Set Bersalin Untuk Banyakkan Susu Shaklee ni. Sekarang para ibu yang rasa susunya tak cukup untuk menyusukan bayi terutama apabila mula bekerja, bolehlah cuba set ini. InsyaAllah ramai yang dah berjaya.

Seperti yang kita maklum, susu ibu merupakan susu yang paling lengkap dan terbaik untuk bayi kita. Jadi apakah kebaikannya?
Di sini, saya kongsikan kebaikan susu ibu.

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
 Nah, banyak kebaikannya, jadi jangan ragu-ragu untuk menyusukan bayi kita. Jadi, kepada ibu-ibu yang bermasalah kekurangan susu, eloklah ambil set ini. Para ayah pula jangan kedekut untuk membeli  set ini sebagai hadiah buat isteri yang tercinta


Kesan pengambilan set ini kepada anda dan bayi
  1. Bekalan protein yang cukup untuk anda dan bayi.
  2. Merangsang pengeluaran susu (milk booster).
  3. Bekalan kalsium yang cukup untuk anda dan bayi.
  4. Bekalan tenaga yang cukup untuk anda.
  5. Perlindungan sistem imunisasi dan antibodi anda dan bayi.
  6. Kawalan stres.
  7. Menghalang kemurungan.
  8. Kulit anda dan bayi lebih putih, cerah dan bermaya.
  9. Tona kulit sekata.
  10. Bekalan anti-penuaan.
  11. Bantu menguruskan badan.
  12. DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi.

  Set ini terdiri dari:
  
  • ESP Shaklee
  • Alfalfa
  • Ostematrik
  • Vita-lea
  • B-complex
  • SR Vita C
  • OmegaGuard
    Harganya cuma RM645 termasuk kos penghantaran. Konsultasi akan diberikan percuma untuk anda. Set ini mampu bertahan selama 4 bulan
    Untuk dapatkan harga ahli, digalakkan anda mendaftar sebagai ahli.

    Berminat, hubungi saya:
                       Kak Wan :  hp - 01126099465 atau klik pada butang esell untuk order online...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=611f6a32dae4fdfd16a9bf955536b34f


Tiada ulasan:

Catat Komen