Isnin, 2 Mac 2015

TAHNIAH BUAT PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG STPM...

Hari ini, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bagi tahun 2014 diumumkan. Pelbagai  perasaan mengiringi langkah-langkah para pelajar yang pastinya berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diperoleh. 

Muka-muka gembira terlihat riang dengan keputusan cemerlang yang diperoleh. Maklumlah dua tahun "struggle" untuk peperiksaan ini, maka hari ini...khabar gembira sudah pastimeriangkan mereka.

Bagi yang berjaya dengan cemerlang. Tahniah diucapkan. Manakala bagi yang gagal, usah kecewa. Sebenarnya peperiksaan ini hanyalah satu permulaan untuk menghadapi kehidupan yang lebih rencam lagi pada masa akan datang.
Sumber Foto-Sinar Harian


Saya tertarik semasa mendengar Berita di TV9, jam 8.00 malam tadi. Seorang pelajar Austisme berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang. Subhanallah... ALLAH beri kemampuan kepada pelajar tersebut untuk berjaya di sebalik kecacatan yang dialaminya. 

Inilah yang sepatutnya dicontohi oleh pelajar-pelajar lain yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut yang amat hebat dalam memastikan pendidikan anaknya sentiasa cemerlang. 

Apabila melihat dia bercakap, siapa sangka dia boleh cemerlang. Yang paling membanggakan ialah dia hebat dari segi penampilan sebagai muslimah sejati.  ALLAHU AKBAR....

Esok, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan pula. Bakal berdebar-debarlah pelajar SPM malam ni. Mungkin dah ada yang tidak lena tidur. Semoga semuanya cemerlang. Sekadar renungan buat semua pelajar....



 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan