Selasa, 10 Mac 2015

TIP-TIP KEMBALI KURUS SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum w.b.t....

Selalunya semasa hamil, kita cepat sangat naik berat badan. Almaklumlah orang kata makan untuk dua orang, jadi apa lagi makan pun kita tak jaga. Naiklah berat badan dengan mendadak.  Kalau sebelum kahwin berat badan 45kg tetapi semasa hamil, boleh naik hingga 70kg....banyak tu!!! Malah ada juga yang naik lebih lagi.

Masalahnya apabila dah bersalin, mulalah kita risau. Ingatkan berat akan turun selepas bersalin tetapi tidak sedangkan  semasa itu kita berada dalam pantang.  Puaslah berfikir cara nak kuruskan badan. 

Macam-macam produk slimming dicuba hinggakan ada pakej yang mahal-mahal  pun kita sanggup bayar demi untuk kurus kembali,,, ya tak.

Sebenarnya jangan ambil sembarangan set kurus ni, kerana banyak produk di pasaran sekarang ni tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Malah ada yang mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan kita. Jadi, hati-hati semua. Jangan mudah sangat terpengaruh. 

Sebelum memilih set kurus yang sesuai dengan kemampuan kita, selidik terlebih dahulu sama ada produk itu diluluskan oleh KKM dan mendapat sijil halal daripada JAKIM.

Baiklah, tentu pembaca ingin mengetahui tip-tip untuk kembali kurus selepas bersalin kan. Di sini, saya tip-tip yang diberikan oleh Puan Salwa Salleh yang dapat menurunkan berat badannya sehingga 20 kg!!! Tak percaya, ok, jom tonton video ni...




Secara ringkas, Puan Salwa memberikan empat tip penting untuk kembali kurus.

Tip Pertama: - 

Kita perlu menyusukan anak sepenuhnya terutamanya dalam tempoh dua tahun usia anak kita.  Betapa susu ibu merupakan susu terbaik buat si kecil kerana mampu melawan jangkitan kuman terhadap bayi. Malah susu ibu juga mengelakkan kita berisiko mendapat kanser payudara, kanser ovari dan retak tulang. Bentuk badan juga akan kembali seperti asal.

Tip Kedua : -

Amalkan meminum air kosong yang banyak tnpa kalori. sebaik-baiknya 3 liter sehari. Tapi saya masih ingat semasa berpantang dahulu, emak saya tidak benarkan minum air masak dengan banyak. Macam-macam pantang larangnya.. Sedangkan pengambilan air kosong yang mencukupi dapat membantu menyingkirkan lemak-lemak yang terdapat dalam badan tu selain memudahkan penyerapan nutrient.

Tip Ketiga :-

Jaga kalori pengambilan makanan kita. Kalori ni ialah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. setiap makanan yang kita ambil mempunyai kalorinya yang tersendiri. Namun bukanlah bermakna kita perlu berhenti makan untuk menguruskan badan. Badan kita masih memerlukan kalori daripada makanan untuk membekalkan tenaga. Kurangkan pengambilan makanan seperti roti canai, nasi lemak, nasi ayam dan lain-lain yang mempunyai kalori yang tinggi.

Tip Keempat:-

Pastikan kita mengambil makanan yang mempunyai nutrisi dan pemakanan yang seimbang. Penting ni. Ikut piramid makanan untuk memastikan kita mendapat nutrisi yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan berlemak. 




Tip Kelima:-

Yang ni tak diberi oleh Puan Salwa. Tip seterusnya ialah kita perlu menjaga kesihatan diri dengan bersenam. Jangan malas. Walau sibuk macam mana pun luangkan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Sama ada nak jogging ke, berjalan ke, berbasikal, bermain badminton atau lain-lain senaman boleh dilakukan. Senaman selama 30 minit, tiga kali seminggu yang dibuat secara konsisten pasti menampakkan hasilnya.

Tip Keenam:-

Banyakkan beribadah terutama qiamulail dan berpuasa sunat terutama hari Isnin dan Khamis. Bangun awal pagi, mandi dan seterusnya solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan lain-lain lagi jangan diabaikan. InsyaAllah, bukan sahaja pahala dapat malah badan akan lebih sihat, cergas dan pastinya dapat maintain berat yang unggul. Tapi beribadat bukan kerana hendak kurus tetapi buat ikhlas kerana ALLAH. Cubalah ya...


Jika kita amalkan tip-tip ni, bukan hanya dapat kuruskan badan, malah kita lebih sihat dan yang paling penting dapat pahala di sisi ALLAH...

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut produk Set Kurus Shaklee dan Set Kecantikan Kulit yang diambil oleh Puan Salwa, boleh hubungi saya di talian 01126099465(Wan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan