Jumaat, 6 Mac 2015

HEBATNYA SEORANG ISTERI...

Assalamualaikum w.b.t...

Wanita sememangnya makhluk ciptaan ALLAH yang hebat. Realitinya di sebalik kelembutan dan kelemahan fizikal seorang wanita sebenarnya, dia seorang yang teguh dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Saya jua seorang wanita dan hanya wanita sajalah yang tahu tentang kelebihan seoarang wanita. Ya tak???

Apabila kita berkahwin, maka kita bergelar isteri  dan seterusnya dipanggil ibu oleh anak-anak. Pada masa itu, peranan kita semakin banyak. Kalau masih bekerja,  kita akan sibuk dengan tugasan di pejabat. Pulang ke rumah harus melaksanakan pula kerja-kerja rumah termasuklah menjaga anak-anak. Penat kan.

Namun adakah si suami mengerti tugas isterinya???(Para suami boleh komen ya).  Kalau dapat suami yang prihatin dan suka menolong, ringanlah sikit beban kita. Kalau tidak, terpaksa tanggung sendiri.

Si suami biasanya  tidak mampu membuat kerja rumah sekaligus dalam satu-satu masa. Mereka hanya dapat melaksanakan satu tugas sahaja dalam satu masa. 

Itulah berbezanya si isteri berbanding dengan lelaki. Ramai wanita sekarang terpaksa berhenti kerja terutama selepas mempunyai anak. Masalah timbul kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anak kita. Nak upah bibik, mahal. Nak hantar ke taska, asyik-asyik sakit je. Akhirnya berhenti kerja. 

Dalam Shaklee, ramai wanita yang merupakan surirumah yang akhirnya melibatkan diri dalam bisnes ini untuk mendapat side income bagi membantu si suami. Mereka gembira kerana dapat bekerja dari rumah dan pada masa yang sama dapat menjaga anak-anak. Bestkan...tak perlu lagi berkejar ke tempat kerja setiap pagi dan balik lewat petang.  Hanya perlu berurusan dari rumah dan sekali-sekala keluar untuk berjumpa dengan pelanggan. 

Jadi, walaupun sibuk menjaga anak-anak, bisnes tetap jalan. Ramai yang telah melonjak menjadi Master dalam Shaklee dan mendapat income beribu-ribu...Tak percaya tapi itulah hakikatnya...

Salah seorang daripadanya ialah Master Koordinator Lynna Noh yang pada dahulunya bekerja sebagai jurutera sekarang sudah berhenti kerja dan menjalankan bisnes Shaklee. Itulah kehebatan seorang wanita...


Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan