Assalamualaikum w.b.t...
Wanita sememangnya makhluk ciptaan ALLAH yang hebat. Realitinya di sebalik kelembutan dan kelemahan fizikal seorang wanita sebenarnya, dia seorang yang teguh dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Saya jua seorang wanita dan hanya wanita sajalah yang tahu tentang kelebihan seoarang wanita. Ya tak???
Apabila kita berkahwin, maka kita bergelar isteri dan seterusnya dipanggil ibu oleh anak-anak. Pada masa itu, peranan kita semakin banyak. Kalau masih bekerja, kita akan sibuk dengan tugasan di pejabat. Pulang ke rumah harus melaksanakan pula kerja-kerja rumah termasuklah menjaga anak-anak. Penat kan.
Namun adakah si suami mengerti tugas isterinya???(Para suami boleh komen ya). Kalau dapat suami yang prihatin dan suka menolong, ringanlah sikit beban kita. Kalau tidak, terpaksa tanggung sendiri.
