Khamis, 5 Mac 2015

RAWAT DENGGI TANPA UBAT...


🚫 MAKLUMAT PENTING:
Kementerian Kesihatan Malaysia... KKM/327/D9AC Tarikh27022015.
PUTRAJAYA - Malaysia sedang menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat.

Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.




Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan simptom serangan penyakit telah berubah berbanding sebelum ini. Simptom denggi sebelum ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit.


Beliau berkata, sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.

“Wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati,” katanya pada sidang akhbar di sini .

Jagalah kebersihan sekeliling untuk mengelak pembiakan nyamuk aedes.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) 
                   ****************************************

Menakutkan juga apabila membaca berita di atas tentang nyamuk Aedes yang mengakibatkan wabak denggi di seluruh negara pada masa kini... Maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan ia menjadi salah satu ancaman yang serius.  Samapaikan dah dianggap penyakit nombor satu di Malaysia. Setakat ini negeri Selangor paling tinggi kadar kes wabak denggi ni. Walaupun begitu, negeri-negeri lain  juga turut terlibat.




Entahlah, macam-macam ujian ALLAH turunkan. Semoga kita dapat bersabar dengan ujian ALLAH. Namun pada masa yang sama kita berusaha untuk menanganinya dengan bekerjasama membersihkan persekitaran rumah dan taman kita setiap hujung minggu dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pastikan tiada air yang bertakung di sekitar rumah kita. Jadi, rajin-rjinlah periksa sekitar rumah ya...



Alhamdulillah setakat ini tiada ancaman denggi kedengaran di kawasan kediaman kami. Walaupun begitu kita tetap  kena sentiasa berwaspada juga. Maklumlah kita tidak dapat menjangka sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Pelbagai cara dicadangkan untuk rawatan demam denggi ni. Antaranya  sekarang tentang khasiat daun betik yang dikatakan dapat merawat penyakit denggi ni. Malahan ada yang cadangkan makan sup ketam nipah sebagai salah satu ikhtiar. Boleh saja mencuba, mana tahu InsyaAllah berkesan... 

Masih ada banyak cara lagi yang dilakukan untuk menangani wabak denggi ni. Di sini saya hendak kongsikan tip-tip yang diberikan oleh pakar nutrisi yang boleh kita ambil seandainya kita atau ahli keluarga kita terkena demam denggi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

  

Sebarang pertanyaan untuk produk berkenaan, bolehlah hubungi saya di talian 01126099465(Wan). COD di sekitar Kuantan dan poslaju untuk luar Kuantan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan