Assalamualaikum….
Mungkin ada dalam kalangan para pembaca yang pernah
melahirkan bayi pramatang. Alhamdulillah setakat ini, kelima-lima anak saya
lahir cukup bulan. Jadi saya tidak pernah mengalami kelahiran secara pramatang ini.
Namun, hasil pengalaman rakan-rakan yang pernah mengalaminya, dapatlah sedikit
sebanyak pengetahuan tentangnya.
Bayi pramatang adalah bayi yang lahir kurang daripada 36
minggu dan memiliki tubuh yang ringan, dengan organ-organ dalaman yang belum
matang dan memerlukan penjagaan rapi. Di Malaysia , dianggarkan lebih kurang 8
peratus bayi dilahirkan secara pramatang.
Bayi pramatang yang lahir dengan berat badan kurang daripada
1.7kg akan ditempatkan dalam incubator dan ditempatkan di NICU di hospital.
Apakah faktor-faktor Kelahiran Bayi Pramatang?
Antara faktor-faktor kelahiran bayi secara pramatang ialah:
- Pecah ketuban lebih awal disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban
- Kelahiran tidak cukup bulan
- Kandungan kembar
- Uterus dan serviks yang luar biasa
- Komplikasi semasa mengandung seperti hypertension atau uri di bawah
- Kurang sokongan moral daripada ahli keluarga
- Pengambilan alkohol, dadah atau merokok semasa mengandung
- Jangkitan pada salur kencing
- Jangkitan sejak lahir di dalam uterus
- Kecacatan semulajadi sejak lahir
Banyak komplikasi
terhadap bayi pramatang ini. Antaranya mengalami sindrom kesukaran untuk
bernafas, jaudis, masalah kesukaran untuk penyusuan disebabkan usus yang belum
matang dan lain-lain komplikasi.
Mari sama-sama kita ikuti pengalaman seorang ibu iaitu Puan Hidayah A.Kassim
dari Sabah yang telah melahirkan bayi pramatang
ini.
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?
Kekangan Dalam Menyusukan Bayi Pramatang
1.
Disebabkan fizikal dan saiz bayi yang kecil,
sudah pasti penyusuan agar sukar dilakukan dengan baik. Namun begitu, para ibu
harus yakin bahawa setiap bayi yang
dilahirkan sudah pasti dikurniakan Allah kebolehan untuk menyusu
.
2. Bayi pramatang juga akan ditempatkan di incubator
di hospital. Sedangkan para ibu biasanya sudah dibenarkan pulang ke rumah. Oleh itu, ibu perlu berusaha untuk mengambil
kesempatan bersama dengan bayi.
Sebaik-baiknya si ibu perlu berusaha untuk memegang, memeluknya agar dia
mendengar dengupan jantung kita serta bercakap-cakap denganya. InsyaAllah ia
dapat membantu proses tumbesaran bayi dan menggalakkan proses penyusuan.
3. Bayi pramatang juga sering menangis dan kelihatan tidak mahu menyusu. Ini disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam tekak yang menyebabkan dia mengalami trauma. Berikan masa kepadanya sehingga dia pulih. Pada masa yang sama, teruskan penyusuan ibu.
4. Bayi pramatang juga akan kerap muntah selepas
menysusu disebabkan organ-organ dalamannya yang masih belum matang. Jangan risau. Ia adalah sesuatu yang normal. Teruskan
penyusuan sehingga muntahnya berhenti dengan sendiri.
Teknik dan Kaedah Penyusuan Yang Berjaya
P 1. Pastikan ibu dan bayi tidak berpisah. Ini bagi
memastikan hubungan yang terjalin antara bayi dan ibu sejak dalam kandungan
masih terus erat. Jikalau bayi tidak mahu menyusu pada peringkat awalnya, peluk dan dukung bayi supaya dia dapat
mencium bau kita serta mendengar degupan jantung ibunya. Bayi sangat sensitive dan akan ingat bau dan kenal degupan jantung ibunya.
2.
Positifkan fikiran anda. Jangan biarkan diri
dalam keadaan stress atau tekanan. Jangan cepat mengalah jika bayi tidak mahu
menyusu. Jika emosi ibu terganggu, maka bayu turut sama terganggu. Sokongan
ahli keluarga amat perlu dalam menjayakan proses penyusuan ini.
3.
Pastikan ibu membekalkan susu ibu sepanjang bayi
berada di wad. Pamkan susu badan anda dan bekalkan bayi dengan stok susu yang
segar sahaja. Jangan disekukan ke dalam peti sejuk.
4 4.
Ibu juga boleh guna kaedah ‘babywearing’(alat
kendongan) sebagai satu cara menaikkan berat badan bayi pramatang. Bayi akan merasa lebih selamat, tenang dan
selesa seolah-olah berada dalam perut ibunya.
5. Posisi yang terbaik semasa menyusu ialah posisi mengiring. Baringkan bayi di sebelah anda dan tinggikan sedikit kedudukan kepalanya. Ini untuk mengelakkanya daripada termuntah. Selepas menyusu, letakkan bayi di bahu dan urut-urutkan bahagian belakangnya supaya dia tidak tersedak susu.
Keperluan Nutrisi Bagi Ibu
Sebenarnya pengambilan supplemen atau vitamin amat
penting bagi seseorang ibu terutama
semasa mengandung lagi. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan nutrisi yang lengkap. Ini juga dapat membantu
bayi serta mengelakkan berlakunya kes kelahiran pramatang ini. Saya cadangkan para ibu untuk mengambil Set Mengandung Shaklee yang dapat
memberikan bekalan nutrisi kepada ibu semasa mengandung.
Jika kes kelahiran sebegini berlaku juga, ibu perlu
memastikan bekalan nutrisi yang
diperoleh mencukupi untuk diri ibu dan juga melancarkan proses pengeluaran susu
ibu.
Set Bersalin Shaklee dan Set Menyusu Shaklee amat baik untuk ibu-ibu.
Pastikan ibu sentiasa menjaga emosi supaya pengeluaran susu
tidak terganggu dan bayi dapat menyusu dengan secukupnya. Biasanya jika berlaku
pertambahan dalam berat badannya, maka lebih cepat bayi dibenarkan keluar dari
hospital.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk bakal ibu…
Jika anda perlukan sebarang maklumat lanjut, InsyaAllah kami mempunyai pakar-pakar yang dapat membantu anda... Hubungi saya di talian 01126099465.
Sila rujuk laman web berikut untuk keterangan lanjut tentang bayi
pramatang:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/bayi-pramatang
http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/bayi-pramatang
gud info sgt menarik ;)
BalasPadamterima kasih dengan perkongsian info ini.
BalasPadamterima kasih kak Ummie..JM datang buat kunjungan balas....perkongsian ilmu yang bermanfaat :-)
BalasPadamSama2 JM
BalasPadam