Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua rakan
pembaca.
Diharapkan kita semua dalam keadaan yang sihat, tenang dan
ceria di samping keluarga tercinta.
Apa perancangan yang anda semua lakukan sempena curi persekolahan hujung tahun ni???
Sedang pening kepala memikirkan hendak membawa anak-anak
melancong?? Bagi yang tidak pernah ke Taiping, apa kata bawa family untuk
bercuti ke sana.
Saya sekeluarga pun baru sahaja pulang dari sana. Kebetulan
suami orang Taiping, jadi sambil-sambil bercuti tu dapat juga mengeratkan hubungan
kekeluargaan dengan ibu dan pak mertua…
Apa yang menarik sangat di Taiping tu??? Mungkin itu yang bermain-main dalam fikiran kita.
Sebenarnya Taiping ni merupakan Bandar warisan atau Bandar bersejarah
yang mempunyai banyak kesan-kesan peninggalan sejarah. Jadi, kalau nak tahu
tentang sedikit sebanyak sejarah Bandar Taiping ni, eloklah ke sana..
Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang
dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping
ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga
bersaiz kecil. Daripada asalnya milik
orang Melayu, akhirnya Bandar ini dihuni oleh kaum Cina yang kebanyakannya
adalah pelombong-pelombong bijih timah.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI
Di sini, saya akan kongsikan tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi jika ke Taiping. Antaranya
ialah:
Muzium Perak merupakan institusi
muzium tertuabukan hanya di negeri perak malah di negara ini. Ia telah diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883.
Pelbagai koleksi yang dapat kita lihatseperti pelbagai koleksi spesimen
zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu.
Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.
Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.
Night Safari merupakan satu tarikan
baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah
dirasmi pada 15 Jun 2003 oleh DYMM Sultan Azlan Shah memberi satu kelainan
kepada pengunjung di mana keindahan dan keaslian alam semulajadi di waktu malam
dapat dilihat.
Night Safari mempamerkan
hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada
pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan
liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari seperti burung
pungguk, musang, kijang, harimau kumbang dan sebagainya.
Night Safari Taiping adalah satu
produk perlancongan unik di mana haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam
dipamerkan dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan.
Pengunjung dapat menghayati suasana
alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis
haiwan dapat didengari.
Untuk menghayati sepenuhnya
pengalaman ini, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyian atau suara
supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini, serta tidak mengganggu
ketenteraman di Night Safari.
Kita juga dilarang membawa lampu
suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan
yang dipamerkan.
Kalau tak nak pergi pada waktu malam,
kita boleh pergi pada waktu siang. Anak-anak pasti seronok melihat
haiwan-haiwan di sana.
Mungkin kita pernah membaca dan
belajar tentang Ngah Ibrahim kan. Apa
kata kita melawat pula ke Kompleksnya. Kompleks Sejarah Matang yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu
Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya
Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar.
Long Jaffar ni merupakan orang Melayu pertama yang telah membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama pada tahun 1840. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.
Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia
di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan
pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu
Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu
(1913-1941).
Semasa zaman pendudukan Jepun di
Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas
Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya
dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984).
Walaupun bandar Taiping semakin pesat
membangun namun masih banyak Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping.
Antaranya bangunan kerajaan dan rumah kedai yang senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Rumah
kedai kebanyakkannya diimport dari China dan dipengaruhi pula oleh arkitektur
kolonial yang berkembang pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke-20.
Senibina kolonial ini adalah senibina
yang dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah yang pernah menjajah Malaysia seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah diubahsuai mengikut keadaan iklim
Malaysia.
Senibina yang sering digunakan ialah
Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden dan sebagainya.
5. Taman Tasik Taiping
Ini merupakan antara tempat yang kami
sering berkunjung jika berkesempatan. Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong
bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun
1880.
Zoo Taiping terletak di taman tasik ini.
Keluasan taman tasik di bandar Taiping
ini, mencapai hingga 62 hektar.
Kalau hendak berjogging atau beriadah bersama keluarga, amat sesuai. Terdapat trek jogging dan taman permainan untuk anak-anak. Suasana sekitar amat menghijau,sejuk dan nyaman. Dikelilingi pokok-pokok yang berusia ratusan tahun. Satu panorama yang fantastik.
Mee Udang Mak Jah memang tak boleh
ditandingi oleh sesiapa. Sudah puas melancong tu, kita pergi ke Kuala Sepetang
untuk menikmati keenakkan Mee Udang Mak Jah. Betul-betul “power” Mee Udang Mak
Jah ni. Sekali rasa, pasti nak lagi. Udangnya dah lah segar, banyak pula tu.
Memang puas hati…Rugi bagi sesiapa yang
sampai ke Taiping tetapi tak ke sana…rindunya nak makan Mee Udang lagi!!!
Bagaimana, menarik kan. Jadi, kalau rasa bosan kat rumah tu
pergilah melancong ke Taiping. Jangan asyik ke “shopping mall” je. Bawa
anak-anak kita untuk mengenal sejarah Negara kita. Jangan lupa bawa supplemen
ya, biar badan bertenaga…nak lawat banyak tempat ni..SELAMAT BERCUTI..
#JOM MELANCONG
#CUTI-CUTI MALAYSIA
Wah banyak tempat yang bersejarah boleh dikunjungi diTaiping ni ye...Salam ziarah dan salam ukhuwah dari bunda...
BalasPadamYa, memang banyak tempat menarik. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.
PadamAssalamualaikum...
BalasPadamWow,banyaknye tempat yang boleh dikunjungi
Waalaikumussalam. Betul tu...
Padambanyak udang...pernah makan mee udang..udang nya dah lah 1..kecik..rm5..macam tak berbaloi..
BalasPadamSemasa kami makan kat sana memang puas hati. Kat mana pn. Iryanty makan?
Padam