Selasa, 16 Disember 2014

TABUNG HARAPAN MUSIM SEJUK BUAT GAZA DAN SYRIA

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia...

Mengigil apabila bangkit tidur pada pagi ini. Cuaca sejuk mengcengkam hingga ke tulang. Mujurlah adat "hot shower", kalau tidak ank mandi pun tak tahan kesejukan.

Sejak semalam, bumi Kuantan disirami hujan lebat. Langit mendung. Kalau reda pun hanya seketika. Hujan mencurah-curah... Ya Allah, semoga hujan rahmat yang Kau turunkan kepada kami. 

Namun, buat sahabat-sahabat yang berada di sekitar Sungai Isap, Pandan Damai 1, Permatang Badak, Bukit Rangin dan sebagainya, bersiap sedialah. Bimbang tragedi banjir besar yang baru sahaja menimpa pada tahun lepas berulang kembali. Apa-apapun kita berdoa, moga tidak berlaku pada kali ini.

Apabila melihat hujan yang turun dan suasana dingin ni, terbayang bagaimana agaknya keadaan di gaza dan Syria.  Cuaca di sana dikhabarkan agak sejuk dan salji meliputi bumi di kem-kem pelarian di Jordan dan sempadan Turki. Bayangkan mereka tiada tempat tinggal yang selesa seperti kita. Anak-anak kecil yang kesejukan dan kelaparan mengharapkan bantuan kita.

KEKURANGAN MAKANAN






Sebenarnya kalau kita rasa kita susah, masih ada ramai insan lain yang lebih susah. Mereka memerlukan tempat perlindungan, makanan,  pakaian sejuk dan selimut untuk menghadapi cabaran dalam suasana yang amat dingin.

Marilah kita sama-sama menyumbang walaupun sedikit buat mereka. semoga amal kita yang sedikit tetapi ikhlas ini akan diterima dan dinilai oleh allah. Besar ganjaran pahalanya di sisi Allah,

MISI KEMANUSIAAN HALUAN
Bagi sahabat-sahabat yang berminat untuk menyumbang dana, boleh salurkan kepada badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar. Semoga firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 261 menjadi inspirasi untuk kita menderma atau berinfak:

 "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan