Isnin, 16 Februari 2015

SENGSARA GASTRIK KRONIK HILANG SECARA TIDAK SENGAJA

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Kali ni, saya nak sentuh tentang penyakit Gastrik. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mengalami masalah gastrik ini. Semoga entri pada kali ini dapat membantu kita mengatasi penyakit gastrik yang mungkin ditanggung sekian lama. Pernah juga mengalami rasa sakit akibat gastrik apabila tersilap mengambil ubat semasa perut kosong menyebabkan sakit perut  yang teramat sangat. Tak dapat digambarkan...

Saya tertarik dengan info yang dikongsikan oleh Dr. Mohd Faisal Jabar yang merupakan Pakar Peruding Umum Pembedahan Laparoskopi yang diterbitkan Utusan Online berkenaan dengan penyakit gastrik ni.  Jom sama-sama kita tambah ilmu dan boleh dikongsikan dengan rakan-rakan kita yang mempunyai masalah ini.


Apa itu Gastrik?

Menurut Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd. Faisal Jabar, gastrik merupakan masalah sangat lazim dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

"Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik," katanya yang ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Tambah Dr. Mohd. Faisal, pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). 


Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

"Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda Gastrik

Secara umumnya, tanda gastrik mudah dikesan kerana gastrik menyebabkan ketidakselesaan pada perut. 

"Antara tanda utama adalah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah, hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk)," katanya.

Tambah Dr. Mohd Faisal, pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.

Punca Penyakit Gastrik

Ada beberapa pemakanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak. Jus itu melebihi jumlah makanan yang perlu dicerna menyebabkan jus ini menghakis dinding lapisan dalam perut.

Dr. Mohd Faisal menjelaskan, makanan mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak.

"Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan stres boleh juga menjadi penyebab selain ubat tahan sakit. Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal," ujarnya.

Golongan Berisiko Mendapat Gastrik

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah ini dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita. 

Individu-individu berikut dikatakan berisiko menghidap gastrik iaitu:

1.  Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

2.   Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

3.  Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui dua cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

4.  Individu yang banyak mengalami tekanan atau stres sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. 

Kaedah Rawatan

Lazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.

Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan.

Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.

Oleh itu, Dr. Mohd. Faisal menasihatkan, jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.

"Beberapa ujian pemeriksaan perlu dijalankan seperti OGDS atau endoskopi. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan satu kamera kecil melalui mulut dan melalui kamera itu dinding usus dapat diperhatikan dengan jelas dan mengenal pasti berapa banyak kawasan yang terjejas," ujarnya.

Kadang-kala kita nampak sesuatu penyakit itu biasa sahaja, tetapi apabila telah berlarutan keadaan menjadi semakin membahaya buat diri kita. 

Apakah tiada kaedah lain untuk merawatnya selain rawatan doktor? Apa kata kita tonton pula video berikut tentang pengalaman Puan Farahana yang pernah menjadi pesakit gastrik kronik hampir 10 tahun. 

Melalui pengambilan produk Shaklee semasa dalam pantang iaitu Set Berpantang Shaklee, Puan Farahana mendapati penyakit yang ditanggungnya selama ini telah pulih asbab pengambilan ESP, Ostematrik dan Peppermint Ginger Plus. Rezeki Puan Farahana. Allah bantu dia sembuh setelah menderita gastrik dalam jangkamasa yang lama.
Energiszing Soy Protein(ESP) membantu memberikan kita sumber tenaga segera dan mampu bertahan lama. Ia mengamdungi 9 asid amino, 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
Ostematrik pula memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Peppermint Ginger Plus membantu merawat gastrik serta menghilangkan kembung perut akibat angin di dalam badan. Gabungan daun pudina, halia, adas dan cekur manis dapat membantu mengatasi masalah gastrik.



Selamat menonton...





Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul...

Seandainya, anda berminat untuk mendapatkan set gastrik ini atau produk-produk Shaklee yang lain, bolehlah contact saya di 01126099465(Wan). Konsultasi percuma akan diberikan khas buat anda. Stok  tersedia untuk COD sekitar bandar Kuantan, Sungai Isap, Taman Tas, Pandan, Inderapura, Jaya Gading  serta Indera Mahkota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan