Selasa, 17 Februari 2015

MUKA BERPARUT AKIBAT 'CHICKEN POX'...MALUNYA!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia buat semua warga maya...

Malunya rasa apabila wajah kita yang sebelumnya bersih, licin, putih...tiba-tiba penuh dengan parut-parut hodoh yang menyebabkan kita rasa tak nak keluar rumah. Bukan hanya muka malah satu badan penuh dengan parut-parut yang mencacatkan pandangan mata.

Namun nak buat macam mana, ALLAH izinkan kita terkena penyakit "chicken pox ini". Suka atau tidak suka itulah kesannya. Mungkin ALLAH nak menguji  sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadapnya...jadi, bersabarlah..

Betul ke parut-parut akibat 'chicken pox" ni sukar untuk hilang???  Sebenarnya tidak. InsyaAllah jika kena caranya serta dibantu dengan pengambilan supplemen yang sesuai, muka dan badan yang penuh parut-parut tu akan kembali pulih, bahkan jadi lebih comel...
Chicken pox peringkat awal dan akhir

Saya juga pernah terkena "chicken pox' semasa kecil dahulu. Hampir seminggu tidak dapat pergi ke sekolah. Penuh satu badan dengan biji-biji yang berair serta menyebabkan demam serta gatal-gatal seluruh badan. Hah kesannya masih dapat dilihat hingga sekarang. Parut yang masih belum hilang di muka...huhuhu
Dulu tak ada supplemen-supplemen...makan ubat yang diberi oleh doktor sahaja. Kini, kita bertuah, banyak supplemen yang boleh memudarkan parut akibat "chicken pox" ni.

Apa Sebenarnya "Chicken Pox" ni?

"Chicken pox" juga dikenali sebagai cacar air. Biasanya, golongan kanak-kanak paling mudah terkena. Ia disebabkan oleh jangkitan virus Varicella-zoster. Ia boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan terhadap cecair yang keluar daripada lepuh-lepuh pesakit atau jika mereka batuk atau bersin. Sebab tulah kadang-kadang, "chicken pox" ni boleh menjangkiti seisi rumah, 

Sebelum ruam-ruam merah dan lepuh-lepuh muncul, biasanya kanak-kanak akan menghadapi gejala-gejala seperti demam, sakit kepala dan sakit perut. Lepuh-lepuh ini biasanya muncul dimuka terlebih dahulu atau badan atau kulit kepala. Kadang -kala memakan masa hingga tiga minggu untuk keluar sepenuhnya..
Jangka masa chicken pox






Sebenarnya parut tidak akan terjadi jika kita tidak menggarunya. Biasalah, apabila dah tersa gatal, sedap sahaja tangan tu nak menggaru. Maka terjadilah parut-parut yang memalukan kita.

Rawatan

1. Elakkan menggaru atau mengosok-gook kawasan yang gatal. Jadi, pastikan kuku sentiasa pendek bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat menggaru.

2. Elakkan pakai pakaian yang kasar terutama jenis berbulu.

3. Elakkan pendedahan yang berpanjangan kepada suhu dan kelembapan.

4. Kalau ada daum semambu, boleh digunakan sebagai alas tidur.

5. mandi air suam dan boleh juga pakai sabun yang berasaskan daun semambu dan kunyit. 

6. Boleh disapu dengan ubat sapu yang dibekalkan oleh doktor. Doktor juga biasanya membekalkan kita ubat antiviral.

Perbezaan antara smallpox dan chickenpox


Penjagaan yang rapi perlu untuk memastikan ia tidak merebak kepada orang lain. Biasanya jika terkena kepada kanak-kanak, mereka tidak dibenarkan ke taska, sekolah atau tadika. Nantikan tak pasal-pasal semua orang kena terutama jika pesakit  baru hendak sembuh.

Apabila anak kita kena, maka mudahlah berjangkit kepada kita. Terutama jika kita tidak pernah mengalaminya. 

Jom, kita lihat video berikut yang menceritakan pengalaman Puan Nurhidayah yang terkena jangkitan "chicken pox" daripada anaknya sendiri.

Puan Nurhidayah mengambil produk Shaklee iaitu Vitamin C, Vitamin E, B Complex, ESP dan Gla untuk mengatasi parut yang terdapat pada wajah dan badannya. Jadilah kita wanita tercantik buat suami kita sendiri...




Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Bagaimana, dah tonton video tu...Jadi, jika ada sesiapa di sini yang mengalami "chicken pox" , jangan risau lagi dengan parut ni. InsyaAllah produk Shaklee dapat membantu masalah kita.

Nak tahu lebih lanjut serta mendapatkan konsultasi yang ekslusif(khas untuk customer saya sahaja), jangan segan-segan untuk hubungi saya di talian 01126099465(Wan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan