Sabtu, 3 Disember 2016

Vitamin Shaklee:Supplemen Wajib Ada Semasa Travel

Assalamualaikum...

Sekolah dah cuti kan. Tentu masing-masing dah buat perancangan nak pergi ke mana-mana.
Ada yang nak balik ke kampung. Ada yang pergi melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah atau pergi ke taman tema. 

Hah, siapa yang nak jejalan kat Kuantan ni, boleh le berkunjung ke Bukit Gambang Water Park...Taman Tema Air yang terbesar kat sini. Kat situ pun ada Taman Safari. Anak-anak mesti seronok nak tengok singa, harimau, burung-burung dan haiwan-haiwan lain.

Bukit Gambang Water Park
Jangan risau tentang penginapan, ada hotel dan homestay pun banyak...harga berpatutan.
Namun kalau nak pergi berjalan tu jangan lupa buat persiapan. Selain pakaian, duit belanja dan servis kenderaan,  jangan lupa bawa vitamin dan ubat-ubatan juga. Kesihatan perlu dijaga. Dalam nak bergembira tiba-tiba sakit pula. Tak seronok kan...jadi lebih baik kita bersedia dahulu.

Bukit Gambang Safari Park

Akak pun sama juga. Setiap kali pulang ke kampung atau pergi jalan-jalan ke mana-mana bersama keluarga, beg vitamin tak tinggal.Vitamin untuk anak-anak, suami dan diri sendiri mesti bawa. 

Baru-baru ni, kami berjalan-jalan di Gold Coast Morib. Anak-anak nak mandi kolam dan kenal-kenal tempat orang. Inilah kali pertama sampai ke Morib...sambil melawat nenek dengan opah yang berada di Klang.Tahu sajalah kalau dah main air tu, tak ingat dunia. Akak pun bimbang juga takut anak-anak demam ke, selesema ke. Maklumlah tempat orang ramai. Penyakit pun mudah berjangkit.

Gold Coast Morib

Jadi sebelum mandi, bagi vitamin C dulu kat anak-anak supaya sistem imun badan mereka kuat. Lepas  mandi bagi nutriferon pulak. Bukan apa bak kata orang putih"prevention is better than cure"...

Akak pun kalau jalan jauh, rasa penat dan letih je. Maklumlah dah berumur ni. Jadi kena makan vitamin B dan vitamin C juga. Alhamdulillah lega rasa badan. Malamnya sebelum tidur, telan Ostematrik. Dapat tidur lena...biasa susah nak tidur di tempat baru.

Suami akak pun sama...siap makan Alfalfa dan Phytocol...maklumlah ada masalah kolesterol. InsyaAllah dapat kawal kolesterol dia.

Apa-apa pun jangan lupa satu perkara. Vitamin tu hanya ikhtiar sahaja. Pergantungan dengan Allah tu yang paling penting. Jadi ke mana kita pergi pun perlu banyak-banyak berdoa. Semoga Allah permudahkan urusan kita dan selamatkan perjalanan kita. Sambil kita tadabbur alam melihat ciptaan Allah s.w.t. Doa orang bermusafir ni, InsyaAllah makbul.

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#superstarshaklee
#teaempire
#GT12
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan