Sabtu, 3 Disember 2016

5 Kelas Bisnes Online Shaklee: Tips Bisnes Online dan Marketing

Assalamualaikum wbt buat semua...

Hari ni akak nak cerita tentang kelas-kelas yang sering dianjurkan oleh mentor Shaklee akak iaitu Master Salwa. Kelas-kelas yang beliau anjurkan sama ada secara online atau offline adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi teknik-teknik berbisnes dan cara-cara membuat pemasaran. Alhamdulillah, walaupun setakat ini akak tak pernah hadir lagi ke kelas beliau secara offline tapi akak sering hadir kelas secara online.

Apa pula ya kelas online dan kelas offline ni?

Kelas online ni biasanya dibuat secara webinar iaitu hanya menggunakan laptop atau gajet-gajet canggih kita tu. Melalui webinar, kami dapat dengar suara beliau membuat penerangan tentang sesuatu topik. Manakala kelas offline pula  ialah kelas yang diadakan secara langsung(face to face) dengan mentee bisnes atau anak-anak Shaklee dari team Superstar ataupun kelas yang diadakan oleh Shaklee sendiri seperti bengkel nutrisi atau perkongsian daripada master-master yang lain.


Master Siti Salwa yang anggun
 Antara kelas yang selalu Master Salwa adakan ialah:

1. Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee

Kelas ni tentang rahsia dan tips macam mana suri rumah yang biasa-biasa sahaja boleh jadi jutawan hasil daripada bisnes Shaklee. Jangan tak tahu ya, ramai suri rumah yang buat bisnes Shaklee ni.  Pada awalnya mereka hanya makan untuk diri sendiri. Kemudian mereka kongsikan kebaikan yang mereka peroleh daripada produk Shaklee melalui FB hingga akhirnya mereka pula menjadi pengedar dan menjalankan bisnes ni. Kelas ni biasanya dijalankan secara offline sahaja.

2.  Kelas Strategi Blog 7 Angka

Kelas ni pula khusus tentang macam mana nak bina blog sehingga menjadi medium atau channel supaya sales atau jualan masuk  setiap hari umpama sungai yang sentiasa mengalirkan air atau pohon yang lebat berbuah. Jadi jangan risau, walau kita berada jauh sekalipun masih boleh mengikuti kelas ni secara online. Namun bagi yang boleh hadir secara langsung, eloklah menuntut ilmu terus dari beliau. InsyaAllah beliau ni memang amat mahir tentang blog.

3.   Kelas Teknik Close Sales Power

Kelas yang amat menarik tentang cara-cara nak close sale dengan berkesan menggunakan teknik panggilan magic yang diadun dengan elemen lampu ajaib. Hihihi...kita tak guna lampu Aladin  ya. Ada kelas yang dilakukan secara online dan ada juga secara offline.

4.    Kelas Teknik FB 6 Angka

Kelas ni pula khas untuk membina kredibiliti diri kita sebagai peniaga online ni. Maklumlah kami banyak bergantung dengan blog dan FB. Melalui FB, kami ditekankan untuk membina reputasi kita sebagai peniaga online ni. Ini bertujuan supaya bisnes kita berjalan dengan berkesan tanpa kita mengeluarkan modal yang banyak untuk tujuan pemasaran dan marketing.

5.   Kelas Marketing dari Pakar Internet Marketing yang dijemput khas.

Ha...kelas ni memang khusus dibuat oleh Master Salwa dengan menjemput pakar-pakar yang mahir dalam bidang Internet Marketing untuk kami iaitu team SuperstarShaklee. Antara pakar-pakar yang dijemput ialah Tuan Amirul dan Tuan Iftitah. Kebanyakannya secara offline.

Antara kelas offline yang pernah akak ikuti ialah bengkel nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee. Bengkel ni memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengetahui lebih mendalam tentang produk-produk Shaklee ni. Bengkel ni biasanya dikendalikan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri. Kita nak jual produk kan, jadi amat eloklah kita pergi supaya pengetahuan  kita tentang produk tu bertambah. Selepas kelas selesai, kami dapat sijil lagi. Nanti kalau customer tanya pun kita tahu nak jawab dan terangkan tentang produk-produk yang sesuai untuk masalah customer.
Bengkel Nutrisi Shaklee

Pakar Nutrisi Shaklee yang cantik

Jikalau sahabat semua berminat nak tahu lebih lanjut, jomlah join team kami. Sama ada nak makan sendiri ke atau nak bisnes ke, kami sedia membantu. Ada apa-apa hal, boleh call/whatsapps/mesej akak di talian 01126099465 (K. Wan)


#pengedarshakleekuantandankemaman
#superstarshaklee
#teaempire

Tiada ulasan:

Catat Ulasan