Khamis, 15 Disember 2016

Tips-tips Berjimat Cermat Dalam Zaman Ekonomi Meleset

Assalamualaikum sahabat...

Hari ni akak nak bagi tips-tips yang boleh digunakan dalam zaman ekonomi meleset ni.
Jangan tak tau ekonomi kita makin merundum. Mata wang ringgit makin jatuh. Kalau tak salah dah RM4.45 berbanding 1 Dollar US. 

Dah tentu harga barang makin  naik. Minyak masak dah naik harga. Ikan, sayur-sayuran pun sama. Barang-barang lain pun naik juga. Cuma kadang-kadang kita tak sedar. Penjual naik senyap-senyap. Dengar khabar  yang menderu di angin lalu, petrol akan naik Januari depan.

Dah lah nak buka sekolah awal Januari ni. Yuran bulanan sekolah anak akak pun nak naik juga bulan tu. Allahu Akbar....bertabahkah kita.

Rasanya tahun 2017 pasti merupakan tahun yang mencabar.

Bersediakah kita???

Bagi yang ada income bulanan yang besar, mungkin tak terasa. Namun bagi segelintir masyarakat yang gajinya cukup-cukup makan ni, perit juga rasanya. Perbelanjaan makin meningkat berbanding pendapatan.

Di sini akak nak kongsikan tips-tips yang mungkin berguna. Mana yang baik tu boleh diamalkan. Antara tips-tipsnya ialah:

☆ Yang pertama sekali gaji kita, bahagi kepada  4 bahagian:

1. Perbelanjaan harian :
 
     Beli beras, pampers anak, susu anak dan lain-lain keperluan dapur untuk sebulan. Yang kena beli tiap-tiap hari tu memang dah kena agih dan ketepikan awal-awal.




2. Bayaran loan, dan bil-bil utiliti: 

     Jika ada hutang rumah dan kereta, jelaskan dulu. Jangan sampai tertunggak. Bil-bil air, api, internet pun sama. Akak rasa pelan Astro tu tak da pun tak pe. Rumah akak tak de Astro...hihihi. Jimat daripada bayar bil Astro.

3. Beri kepada  ibu bapa, keluarkan  zakat dan sedekah:   

    Jangan kedekut untuk memberi kepada kedua-dua ibu bapa. Biarpun sedikit, memberilah. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Malahan InsyaAllah harta yang dimiliki bertambah berkat.


4. Simpanan:

     Ini penting. Jangan sampai habis bulan habis gaji. Menabunglah untuk diri sendiri dan anak-anak. Akak dulu start kerja akak potong dalam tabung haji untuk diri sendiri dan snak-anak. Awalnya untuk anak-anak RM10 je. Gaji bertambah akak naikkan potongan. Alhamdulillah sekarang makin bertambah duit diorang. Boleh digunakan bila mereka nak sambung belajar nanti. Taklah harapkan PTPTN je. 

Kalau ada duit lebih boleh  beli emas sebagai aset. Simpan 1gram sebulan. Emas ni aset yang bernilai dan ada hadis nabi pesan supaya simpan dinar(emas) dan dirham(perak) kerana inilah mata wang yang akan digunakan akhir zaman nanti berbanding wang kertas(fiat).



☆Kurangkan makan di luar. 

Elakkan pembaziran. Makanan kat luar ni banyak ajinomoto dan dari segi kebersihan pun tak terjaga. Elok masak sendiri. Lagi berkhasiat. Kalau ada wang lebih, bolehlah sekali-sekala tu bawa keluarga makan di luar

☆Bawa bekalan.

Galakkan anak-anak membawa bekal dan air masak ke sekolah. Kita pun boleh juga bawa bekal ke tempat kerja.

☆Berkebun. 

Kalau minat gardening tu, boleh tanam sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. . Jimat tak payah beli sayur. Sayur-sayuran yang dijual di pasar-pasar  pun banyak racun-racun berbahaya. Namun bergantung juga kepada keluasan tanah sekeliling rumah. Bagi yang tinggal di rumah pangsa atau flat, agak susah jawabnya.



☆Beli sesuatu barang ikut keperluan bukan ikut kehendak. 

Ini agak susah juga. Pantang nampak tudung ke, kasut ke atau handbag ke,cepat je terpengaruh. Terutama kaum hawa. Nafsu sembilan, akal satu. Susah nak kontrol. Buat kaum hawa ni jangan boros-boros ya. Akak bagi contoh, kalau dah ada smartphone tu dan masih boleh digunakan, gunalah. Jangan sibuk nak beli yang baru. Maklumlah bila tengok IPhone7 tu, terbeliak biji mata.  Akak selagi tak jamm smartphone tu, akak pakai je. Terpaksa beli baru apabila ia mula buat hal.

☆Buat kerja-kerja sampingan

Buatlah kerja-kerja sampingan yang boleh menjana pendapatan tambahan jika ada masa luang. Bisnes online ke, carboot sale ke atau nak join bisnes Shaklee dengan akak pun boleh. Daftar cuma RM69 je. Dah boleh berbisnes. Bonus Shaklee pun dapat. Semalam baru je kami dapat.  Pertengahan bulan dapat bonus. Akhir bulan dapat gaji. Kan best tu. Syukur Ahamdulillah, bolehlah menampung perbelanjaan dapur. Nak banyak lagibonus  kena usaha lagi banyak.

☆Berdoa dan Beribadah

Akhirnya,selain mengerjakan ibadah wajib  jangan lupa berdoa serta mengamalkan ibadah sunat sepertisolat sunat dhuha serta berzikir agar dimurahkan rezeki oleh Allah. Kita berdoa dan meminta kepada Pemberi Rezeki iaitu ALLAH SWT kerana Dialah pemilik semua rezeki di atas muka bumi ini. Kita usaha setara manapun, kalau Allah tak izinkan maka bukan milik kita.

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#superstarshaklee
#teaempire
#GT12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan