Sabtu, 21 Februari 2015

PARAS HEMOGLOBIN RENDAH MERUNSINGKAN IBU HAMIL

Assalamualaikum w.b.t..

Selalunya apabila hamil, masalah paling utama yang saya hadapi ialah kadar hemoglobin(Hb) yang agak rendah. Pernah suatu ketika, paras Hb turun hingga ke 9.0 sahaja. Apa lagi bisinglah jururawat yang bertugas.  Macam-macam yang disarankan untuk diambil. Pelbagai jenis vitamin diberi seperti Iron dan Asid Folik. 

Ada rakan menyarankan pengambilan Obimin. Katanya, Obimin dapat meningkatkan paras Hb. Oleh sebab bimbang dengan bebelan jururawat lagi, saya terus mencari Obimin dan Alhamdulillah memang paras Hb mula meningkat. Selain itu, saya juga banyak makan "seafood" serta sayur-sayuran seperti bayam.  Pada masa itu, belum kenal produk Shaklee lagi.

Mengapa paras Hb yang rendah boleh memudaratkan wanita yang hamil?

Saya akan kongsikan sedikit ilmu hasil pembacaan tentang Hb ni.

Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.



Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia.Antara sebab utama:

1. Kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon)
2. Kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate)
3. Masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah)
4. Pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy
5. Kegagalan buah pinggang (ginjal))
6. Hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).

Paras hemogobin yang rendah kurang daripada 11 selalunya berlaku kepada wanita hamil. Ramai ibu-ibu yang hamil tidak tahu pentingnya paras hb lebih daripada 11.

Sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan Hb ini dan kekurangan itu berpunca daripada NUTRIEN seharian yang diambil yang kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (kurang 20g/dl>
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis terutamanya pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota lain. Jika darah kurang pekat (kurang 11g/dl) jantung tidak akan terbentuk dengan sempurna. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (kurang 9g/dl) bayi berisiko untuk mati dalam kandungan dan akan bersaiz kecil jika selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi. Bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rasa berdebar-debar (palpitation).

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
Makan sayur-sayuran yang boleh menaikkan paras Hb seperti sayur bayam.


Tips 2 :
Makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb. Pastikan tidak terlalu berlebihan kerana bimbang ia boleh memudaratkan kerana kadang kala makanan laut ini mempunyai kadar asid yang tinggi

Tips 3 :
Makan pil/vitamin tambah darah (Pil Asid folik, Zat Besi, Vitamin B) mengikut apa yang ditetapkan. Ia perlu diambil berterusan sehingga dalam pantang. Kenapa? sebab Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

Tips 4 :
Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, nescafe yang boleh mengurangkan  penyerapan vitamin tersebut.

Seperti mana yang dinyatakan tadi, apabila paras Hb rendah maka kita berisiko mengalami anemia. Jadi, doktor biasanya akan menyarankan pil zat besi tambahan untuk rawatan amenia.

Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian terutamanya para wanita hamil, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vita-Lea. Pengambilan Vita-lea menjadikan  badan lebih bertenaga, cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
Vita-Lea
120 tablet
Harga runcit ialah RM88
Sekarang, mari sama-sama kita tonton video tentang pengalaman Puan Aya Chalo yang mengalami masalah Anemia semasa hamil. Beliau telah mengambil Vita-lea untuk meningkatkan paras Hbnya dan hasilnya amat menakjubkan. Sudah tentunya dengan izin ALLAH.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang

Jadi, kepada ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah tentang Hb yang rendah atau perlukan sebarang konsultasi tentang produk ini, sila hubungi saya di 01126099465(Wan). InsyaAllah saya sedia membantu anda. COD sekitar bandar Kuantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan