Rabu, 18 Februari 2015

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015

Salam Satu Malaysia buat semua...

Di sini, Admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan yang berbangsa cina dan  masyarakat cina di Malaysia seluruhnya. 

Semoga tahun ini mendatangkan kebahagian, kemakmuran dan keharmonian kepada semua khasnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Perbezaan agama, kaum dan budaya bukanlah satu penghalang untuk kita saling menjalinkan hubungan silaturrahim sesama kita. 

Teringat semasa kecil-kecil dahulu. Apabila datang sahaja Tahun Baru Cina, kami adik-beradik akan menantikan juadah kuih bakul yang diberikan oleh taukeh cina yang tinggal di kampung kami. Kami juga akan berkunjung ke rumah mereka. 

Mereka biasanya meraikan kami dengan juadah yang dibeli khusus termasuk menghidangkan air botol bagi memastikan kami dapat menikmatinya tanpa ragu-ragu. paling suka, kadang-kala dapat ang pow juga.

Dentuman mercun dan tarian singa juga boleh dilihat sepanjang sambutan tahun baru itu. Gegak gempita bunyinya. 

Semasa bersekolah menengah juga, admin rapat dengan rakan-rakan cina kerana bersekolah di sekolah aliran Inggeris. Masih ingat admin akan Sia Ee Ling, Chia Gaik Suan, Wong Lee Lee dan yang lainnya. Apa khabar agaknya mereka semua? Selepas tamat tingkatan lima, kami langsung tidak bersua.

Kini, pengalaman manis tu hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin lagi dirasai oleh kita mahupun anak-anak.

Apa-apapun, kita mengharapkan agar muafakat dan perasaan muhibbah akan terus terjalin antara kita.

                HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan