Ahad, 22 Februari 2015

TIP-TIP BAGI MENGHADAPI CUACA PANAS EKSTREM

Assalamualaikum w.b.t...

Dalam sehari dua ni, media massa termasuk media sosial bercerita tentang impak besar yang bakal melanda negara iaitu fenomena cuaca panas ekstrem. Dikatakan  negara kita bakal berdepan dengansituasi ini mulai minggu depan sehingga awal April.

Jabatan Meteorologi juga mengatakan suhu bakal mencecah hampir 38 darjah Celcius(amat tinggi tu hampir sama dengan purata suhu di Mekah).


Menurut akhbar Kosmo, cuaca panas ekstrem ni berpunca akibat fenomena Equinoks iaitu matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.  Ini bermakna matahari akan berada tegak di atas muka bumi Malaysia memandangkan negara kita memang berada di garisan khatulistiwa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fenomena Equnoiks ni anda boleh baca akhbar Kosmo(21 Februari 2015)



Kesan Cuaca Panas Ekstrem

Banyak kesan yang bakal timbul akibat cuaca panas ekstrem ni. Antaranya:

1. Krisis bekalan air seperti yang pernah berlaku di Selangor dahulu akibat paras air di empangan-empangan utama negara akan semakin surut.

2. Ekosistem dan kegiatan sektor pertanian sudah pasti terganggu.
3. Hutan juga mudah terbakar akibat pokok-pokok yang mati dan kering lantas menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar seperti jerebu akibat asap daripada hutan yang terbakar.

4. Sudah semestinya kesihatan kita turut terganggu dan kita mudah diserang pelbagai penyakit seperti strok haba, asma', dehidrasi, denggi, penyakit si`stem penafas dan lain-lain lagi terutamanya kanak-kanak dan orang tua.

Itulah antara kesan yang bakal kita tanggung.

Apa Perlu  Kita Buat?

Walau apa pun, kita terpaksa hadapi ujian Allah ini. Kita baru sahaja berdepan dengan banjir besar. Namun Allah ingin menguji kita lagi dengan perubahan cuaca panas ekstrem ni. 


Yang paling utama, kita perlu banyak bersabar dan beristighfar selain mengikut saranan doktor dan pakar-pakar kesihatan.

Kalau di sekolah, aktiviti kokurikulum sudah tentu perlu dihadkan. Kita sendiri juga perlu menjaga kesihatan diri dan keluarga. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah semasa cuaca panas ekstrem ni. 

Selain itu, aktiviti senaman yang lasak mungkin perlu dikurangkan  seperti jogging, berbasikal atau sebagainya. Jika perlu, mungkin kita elok beriadah pada waktu pagi. 

Banyakkan minum air masak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari, di samping minuman isotonik bagi mengelakkan dehidrasi serta pengambilan supplemen yang sesuai seperti Vita-lea, ESP, SR Vitamin C, Vitamin B Complex dan Performance Drink.

Performance Drink umpamanya dapat meningkatkan daya ketahanan badan, mencegah penyahhidratan serta mengekalkan paras gula. Ia amat baik untuk kesihatan dan banyak diambil oleh atlet-atlet sukan.


Jika  kita atau ahli keluarga kita mempunyai masalah atau berpenyakit, segeralah  ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor.

Sama-sama kita berdoa agar  kita terhindar daripada pelbagai bencana. Yang paling utama pertingkatkan amalan kita dan berdoa kepada Allah supaya kita diberi kekuatan untuk menghadapi apa juga keadaan yang bakal melanda.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee, sila hubungi saya di talian 01126099465(Wan).








1 ulasan:

  1. memang panas sekarang ni...
    kena banyak minum air kosong ni

    BalasPadam