Assalamualaikum w.b.t.
.
Pernah tak semasa bangun pagi, tiba-tiba rasa kaki amat kebas, kejang dan terasa sakit yang amat sangat terutamanya semasa hamil. Saya pun pernah merasainya sehinggalah saya mengenali Ostematrik Shaklee, barulah rasa sakit tersebut hilang. Sebenarnya, ia berpunca daripada kekurangan kalsium, magnesium serta lain-lain zat dalam badan kita.
Macam mana tidak kurang kalsium dalam badan, minum susu pun segan. Bila berumur 40an terasalah mula sakit-sakit pinggang, sakit tulang belakang dan kebas-kebas kaki. Jadi buat kaum wanita khasnya ibu hamil, jangan buat tak kisah sahaja tentang ni. Jangan ingat kita masih muda, maka tidak perlukan vitamin ni.
Saya pun Alhamdulillah dah konsisten dalam pengambilan Ostematrik ni. Bukan hanya masalah sakit-sakit badan hilang malah masalah sembelit yang saya alami bertahun-tahun sebelumnya juga hilang...
