Selasa, 20 Januari 2015

MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Assalamualaikum wbt...

Masalah Haid tidak teratur memang menggusarkan banyak wanita terutamanya yang bergelar isteri. Adakalanya, ia boleh mendatangkan tekanan atau stress yang amat sangat sehingga mempengaruhi  hidup kita.

Apa puncanya kita rasa bimbang sangat jika haid kita tidak teratur?
Sebenarnya kebanyakan wanita risau seandainya haid tidak teratur merupakan tanda-tanda kepada sebarang penyakit yang kita tidak ketahui. Contohnya, mungkinkah kita menghidap penyakit endometriosis atau PCOS malah penyakit-penyakit lain juga. Ish..ish...ish takut juga dibuatnya...


Masalah haid yang tidak stabil ini pula boleh menyebabkan emosi kita terganggu. Umpamanya rasa hendak mengamuk, mudah sensitif, cepat merajuk yang kadang kala boleh merosakkan hubungan suami isteri sehingga  iklim rumahtangga  menjadi semakin panas... 

Dalam  situasi sebegitu sebenarnya amat menuntut kefahaman dan kesabaran seorang suami. Si suami perlu memberi perhatian yang lebih kepada si isteri...mungkin perlu dibelai kot...hihihi

Selain itu,  masalah haid tidak teratur  juga menyukarkan  perhubungan suami isteri, apatah lagi jika tinggal berjauhan. Contohnya, jika si suami kerja 'offshore' atau berada di luar negara, kadang kala 3-6 bulan atau setahun dua tidak bersua muka. Apabila si suami pulang untuk bersama dengan isteri, namun tidak dapat bersama kerana isteri masih 'lampu merah', tentu rasa kecewa si suami. 

Bertambah malang lagi, jika sudah berkahwin 5 hingga 7 tahun tetapi masih belum ada cahayamata kerana si isteri sukar untuk merancang kehamilan. Elok-elok 'planning' hendak anak lima orang, tiba-tiba hendak dapatkan seorang pun rasa susah. Apa-apapun semuanya kuasa ALLAH...mungkin ini juga ujian buat kita.  

Ada juga yang tanpa sedar dirinya dah hamil. Tiba-tiba sahaja dapat ucapan tahniah daripada doktor "tahniah puan, anak telah hamil tiga bulan". Terperanjat kita dibuatnya...

Itulah antara implikasi yang dihadapi oleh wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur ini. Apakah masalah ini tidak boleh diatasi? InsyaAllah ada jalannya.

Mari sama-sama ikuti video di bawah yang dikongsikan oleh Puan Ija Ramli yang boleh dijadikan panduan buat wanita-wanita yang menghadapi masalah yang sama...



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung

Jadi buat wanita yang mempunyai masalah seperti Puan Ija, berikhtiarlah. Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita sendiri berusaha untuk mengubahnya...

Anda boleh merujuk artikel saya yang terdahulu berkaitan masalah haid tidak teratur ini (di sini )

Jadi, kepada yang berminat untk mendapatkan set Shaklee bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, boleh hubungi saya di talian 01126099465.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan