Isnin, 5 Januari 2015

7 JENIS MAKANAN PENGUAT DAYA INGATAN



Bismillahi Rahmanir Rahim…


Assalamualaikum  w.b.t…rajin pula hendak “update” blog sekarang. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang masa lapang sebelum tibanya masa sibuk. Jadi dapatlah saya berkongsi dengan para pembaca.


Seronok sebenarnya menulis blog walaupun tidak pasti pembaca suka ke tidak. Tak kisahlah kan, yang pasti saya suka berkongsi apa yang saya tahu kepada semua. Semoga ini boleh menjadi sebahagian saham di akhirat nanti.


Baru-baru ni saya terbaca satu artikel yang menarik yang bertajuk “ 7 Foods That Can Boost Your Memory” daripada blog “Healthy Holistic Living”. Artikel ini menerangkan tujuh jenis makanan yang dapat meningkatkan memori kita.



Antaranya ialah:


1. Blueberi


Buah blueberi mempunyai keupayaan untuk melindungi otak daripada tekanan yang disebabkan oleh pengoksidaan. Di dalam blueberi terdapat flavonoid yang diketahui mampu menngkatkan fungsi memori jangka pendek dan jangka panjang. Malah juga mampu meningkatkan fungsi kongnitif yang lain seperti komunikasi, logik dan membuat keputusan.


Sebab itulah pada masa sekarang, pakar nutrisi banyak mengkaji tentang sejauhmanakah buah blueberi ini dapat membantu meningkatkan lagi kesihatan hidup kita. 

2. Buah Badam

Buah badam dikatakan kaya dengan asid lemak omega-3 dan sumber antioksidan yang amat penting untuk meningkatkan daya ingatan kita.


Saya pernah terbaca bahawa kaum Yahudi mengamalkan memakan buah badam. Itulah salah satu faktor ramai orang-orang Yahudi yang genius. Lepas ni, kita banyakkan memakan buah badam dan galakkan anak-anak kita memakannya.



3. Minyak Kelapa Dara


Sumber makanan yang ketiga iaitu  minyak kelapa dara juga merupakan makanan yang dapat menguatkan daya memori kita. 

Minyak kelapa dara sebenarnya dapat membantu melindungi memori daripada gangguan memori yang seiring dengan peningkatan usia.

Minyak kelapa dara juga dikatakan mampu melindungi kita daripada tanda-tanda awal penyakit Alzheimer dan demensia.


4. Buah Avocado


Buah avocado merupakan sumber lemak monosaturated yang menggalakkan aliran darah ke seluruh badan anda.  Jika aliran darah sihat, ini akan menyokong otak dan seterusnya meningkatkan fungsi otak.


5. Buah  Delima


Buah delima dikatakan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan antioksidan ini mampu melindungi kita daripada radikal-radikal bebas di udara yang boleh menyebabkan kanser. 

Otak merupakan anggota badan yang paling lemah dan amat terdedah dengan radikal bebas ini. Pengambilan buah delima dapat membantu peningkatan memori anda. Lihat gambar je pun dah terliur nak makan delima...


6. Madu dan Kulit Kayu Manis


Fungsinya yang dapat melegakan tekanan serta meningkatkan lagi fungsi kognitif kita. Saya pernah kongsi artikel tentang madu dan kulit kayu manis ni. Boleh rujuk di sini.



7. “Dark Chocolate”


Coklat ni memang kegemaran saya. Tak sangka pula ia dapat meningkatkan memori. Rupa-rupanya dalam “Dark Chocolate” juga terdapat floavonoid yang mampu meningkatkan fungsi otak dan merangsang ingatan anda. Namun jangan ambil berlebihan pula...






Sumber Rujukan: 
         http://www.healthy-holistic-living.com/boost-your-memory.html




Tiada ulasan:

Catat Ulasan