Sabtu, 3 Januari 2015

MYJAKIM-APLIKASI YANG MEMUDAHKAN PENGGUNA



Assalamualaikum wbt  dan salam Satu Malaysia...


Saya tertarik dengan aplikasi MYJAKIM yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar masing-masing.  Caranya mudah sahaja, pengguna boleh pergi ke “play store”. Taip  “MYJAKIM”, dan boleh dimuat turun ke telefon pintar masing-masing.


Apa kebaikan aplikasi MYJAKIM ni?


Ada beberapa kebaikan yang boleh kita peroleh. Antaranya jika kita ingin  mengetahui sama ada sesuatu produk itu telah mendapat persijilan halal JAKIM, maka kita hanya perlu  taip dan cari sahaja. Akan terteralah status produk itu.


MyJakim
Begitu juga, jika kita ingin mengetahui status sesuatu restoran atau hotel, maka kita hanya perlu taipkan sahaja, maka statusnya akan diketahui sama ada mendapat sijil halal atau tidak.
 


Selain itu, melalui MYJAKIM ni juga kita dapat mengetahui logo-logo halal luar Negara yang diiktiraf  oleh JAKIM. Jadi, mudahlah kita untuk membeli sesuatu barangan tersebut tapa risau sama ada logo halalnya diiktiraf atau tidak.


Logo halal Jakim

MYJAKIM juga menyediakan informasi tentang waktu-waktu solat bagi lokasi di seluruh Malaysia.  Ini dapat membantu sesiapa yang bermusafir untuk mengetahui waktu solat bagi kawasan yang disinggahi. 

Waktu solat


Doa-doa harian juga ada disediakan, hanya klik dan dapatkan doa yang berkaitan.  Selain itu, soal jawab agama, khutbah Jumaat dan fatwa-fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Negeri juga boleh diketahui. 


Doa Harian

Bagi saya aplikasi ini banyak membantu kita.  Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan kecanggihan telefon pintar kita dengan memuat turun sesuatu yang berguna dalam kehidupan kita.


Jadi, apa tunggu lagi, bolehlah muat turun sekarang…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan