Jumaat, 13 Jun 2014

Manfaat Pengambilan Air Dalam Diet Seharian

Mengapa air penting dalam hidup kita?

Lontaran soalan ini bertujuan untuk mengajak kita berfikir sejenak kenapa kita sering diminta untuk minum banyak air kosong atau air putih oleh doktor apabila kita sakit terutama jika demam, batuk atau selesema.

Biasanya doktor akan suruh kita minum 8 hingga 12 gelas air sehari atau lebih kurang 3 liter air sehari. Banyak juga tu... Apatah lagi kalau kita mengambil supplement.  Lagi banyak kita minum air kosong lagi bagus kerana  supplemen yang diambil akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran darah kita. Jadi, secara umumnya memang minum air kosong amat baik buat tubuh badan kita. Bahkan tubuh kita pun terdiri hampir 57 peratus daripada kandungan air.

Selalunya golongan kanak-kanaklah yang paling tidak suka minum air kosong ni. Mereka lebih gemar minum air manis walaupun sebenarnya air manis ini tidak baik untuk mereka. Jadi peranan kita sebagai ibu bapa untuk menggalakkan mereka minum air.

Ada juga rakan saya kurang gemar nak minum air masak. Katanya, tak larat nak berulang alik ke tandas. Sebenarnya lagi kerap kita buang air kecil, lebih banyak toksin dibawa keluar oleh badan kita melalui proses perkumuhan.



Antara manfaat air ialah:

  • Membantu proses metabolisme dalam badan yang secara tidak langsung dapat membantu kita menurunkan berat badan.
  • Penting untuk proses pencernaan agar dapat menyerap vitamin dalam makanan untuk memastikan kita tidak kekurangan vitamin yang diperlukan oleh badan.
  • Bagi yang mempunyai masalah sembelit, memang perlu minum banyak air sekurang-kurangnya 2 gelas sebelum dan sesudah bangun tidur.
  • Air juga penting untuk orang yang ada penyakit batu karang, masalah buah pinggang dan lainnya.
  • Air dapat merawat kecantikan kulit iaitu melembabkan dan menyihatkan kulit.
  • Pengambilan air yang cukup dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen bagi wanita yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kesuburan kita.
  • Air panas dapat membantu mengubat lumpuh akibat strok. Air dapat membantu memperkuat otot-otot dan ligamen serta melancarkan peredaran darah.
Dan ada banyak lagi manfaatnya.

Kita juga digalakkan menjaga kebersihan tubuh dengan mandi. Kalau ikut sunnah Rasulullah saw, eloklah mandi pada awal pagi sebelum subuh. Mandi dengan air sejuk dikatakan akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan tubuh terhadap serangan virus. Selain itu, badan jadi lebih segar, sihat dan cergas.

Tambahan dalam cuaca panas seperti sekarang dan pada bulan puasa nanti, badan kita lebih cepat mengalami dehidrasi atau kehilangan air, maka kita perlu gantikan air  yang hilabg itu. Kalau tidak, kita mungkin terdedah dengan pelbagai penyakit lain seperti strok haba. Untuk yang mengatasi masalah ini, eloklah ambil Performance Shaklee.


Kesimpulannya,  jangan lupa untuk minum air secukupnya. Kalau pergi ke mana-mana sekalipun , jangan lupa bawa bekal air kosong. Kalau kita tidak menjaga kesihatan kita sendiri, maka kepada siapa lagi yang perlu kita harapkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan