Jumaat, 20 Jun 2014

SET BERSALIN SHAKLEE : PENGALAMAN SAHABAT KAMI PUAN AIZZAH DARI PENANG

Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang? Ramai yang takut nak percaya sebab kita dah biasa dengan herba dan jamu semasa berpantang. Ada juga yang berasakan macam tak cukup je kalau berpantang dengan Vitamin Set Bersalin Shaklee.

Alhamdulillah kali ni kami bawakan kisah indah penuh gembira seorang ibu yang berasa amat puas hati dengan Set Bersalin Shaklee. Ibu yang dimaksudkan    ialah
Puan Aizzah Zack dari Penang yang berkongsi berkenaan Set Bersalin Shaklee dalam blog beliau : http://hargasetbersalinpremium.blogspot.com/2014/03/pengalaman-pertama-menggunakan-set.html

Jom kita baca dan mengutip mutiara berharga daripada pengalaman bahagia beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang.

=====================================================

Saya menggunakan Set Bersalin Premium Shaklee ini ketika saya bersalin anak yang ke-3. Sebenarnya pada mulanya saya pun seperti kebanyakan ibu dan bakal ibu ( yang mengandung anak sulong) agak risau dan pening untuk mencari vitamin atau jamu yang sesuai untuk digunakan ketika tempoh berpantang. Semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan juga untuk diri sendiri. Seperti yang semua ibu sedia maklum, bersalin dan untuk pulih seperti sediakala bukanlah mudah. 

Ada sesetengah ibu yang mengalami tekanan ketika berpantang  dalam pelbagai bentuk seperti :
  • Kurang tidur - itu sudah semestinya bagi ibu-ibu yang berpantang
  • Anak kecil meragam - kurang susu, kembung perut antara yang sering dialami oleh newborn baby
  • Terpaksa menguruskan anak-anak yang lain yang pelbagai ragam - bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah
  • Luka bersalin yang lambat sembuh - terutama yang bersalin cara pembedahan
  • Situasi di luar jangkaan - bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulong yang tidak pernah menjangka akan berhadapan dengan situasi yang meletihkannya
Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi oleh para ibu, maka punca masalahnya haruslah diberi perhatian.

Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak Sulong.

Pengalaman saya bersalin dan berpantang anak sulong memang benar-benar mengejutkan saya. Sebagai bakal ibu yang tidak pernah melalui situasi bersalin dan berpantang sudah pasti saya tertanya-tanya bagaimanakah rasanya sakit bersalin. Rasa teruja yang terlalu tinggi menyebabkan saya jadi tidak keruan apabila berhadapan dengan tanda 'contraction' untuk bersalin dan ketika itulah ahli keluarga memainkan peranan penting dalam menenangkan saya yang dalam kesakitan. 

Saya mula rasa sakit akibat kontraksi sekitar pukul 10.00am dan dimasukkan ke wad sekitar pukul 3.00pm. Kontraksi menjadi semakin kuat sekitar 7.00pm sehingga 11.00pm tapi bukaan masih 1 cm.

Ketika itu, Allah SWT saja yang tahu bagaimana situasi saya yang tidak pernah saya jangkakan akibat rasa sakit bersalin seperti. Sekitar pukul 4.00 am, dalam menahan rasa sakit tiba-tiba saya rasakan letupan kecil seperti belon pecah diperut dan pada masa yang sama kain dan katil saya basah. Rupanya waktu itu air ketuban saya pecah, dalam kesakitan saya mampu lagi tersenyum kerana merasakan pengalaman itu sangat menarik. 

Walau bagaimanapun bukaan baru 1.5 cm. Memang ketika itu saya hanya mampu menangis menahan kesakitan, dalam fikiran ketika itu bukaan 1.5cm pun dah rasa sakit macam ni apalagi bukaan 10cm, yang terbayang ketika itu hanya wajah ibu ketika melahirkan saya. "ya Allah ya Tuhan ku lindungilah ibu ku ya Allah".

Tepat pukul 8.30am, saya dimasukkan ke bilik bersalin setelah bukaan 4.5cm. Ketika itu memang saya sudah tidak bertenaga lagi dan apa yang lebih merisaukan saya ketika itu ialah saya tak mampu untuk meneran. Lalu saya meminta epidural diberikan agar kesakitan menjadi kurang dan saya mampu untuk bertenang ketika bersalin. 

Alhamdulillah, epidural ketika itu benar-benar membantu saya mengurangkan kesakitan yang saya alami. Tepat 1.00pm saya sudah tidak mampu bertahan dan merasakan kesakitan yang semakin kuat sehingga epidural pun dirasakan sudah tidak mampu menahan kesakitan itu dan ketika itulah saya diminta untuk meneran.

Seperti yang saya jangka, saya sudah tidak bertenaga sama sekali  untuk meneran dan 10 minit berlalu baby masih belum dapat keluar. Ketika itu saya terdengar kata-kata bidan yang mengatakan jika  5 minit  lagi saya tak bersalin maka mereka terpaksa vakum baby untuk  keluar. Ya Allah, risau saya mendengarnya. Masa yang sama juga suami yang sedari awal berada di sisi sentiasa memberi sokongan dan meminta saya meneran sehabis baik. Kata-katanya ketika itu masih segar dalam ingatan, "Mama, kali ni teran sekuat-kuatnya...kesian kat baby."

Mendengar permintaan suami ketika  itu, saya pun menarik nafas sepanjang yang  mampu  dan apabila mendengar suara bidan meminta saya meneran, saya pun mengerah sisa tenaga yang ada meneran sekuat yang mungkin dan akhirnya setelah 26 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat 1.15pm saya selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg.

Belum habis rasa trauma bersalin, situasi berpantang juga sangat membuatkan saya terkejut. Ketika itu, baby saya sering menangis terutama pada waktu malam. Air susu pula amat kurang menyebabkan anak sering meragam dan turut mengalami masalah sembelit serta kembung perut. Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa  tertekannya saya.

Luka jahitan pula lambat sembuh sehingga memakan masa hampir 20 hari. Masa tu saya memang tak lalu minum pati ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan pil ikan haruan untuk sembuh. Badan pula memang rasa sakit dan tidak bertenaga. Malah sehingga hari ke-40 pun saya masih lemah. Ketika itu saya cuma makan pil jamu sahaja. 

Dalam tempoh  berpantang anak sulung saya langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah dan lebih banyak berehat dan berbaring, tapi badan tetap lemah dan tak bertenaga. Makan pula memang tak lalu dan kadang-kadang diserang gastrik dan sembelit. Kalau nak kata saya tertekan, memang saya mengaku saya amat tertekan ketika itu. Walaupun sehingga habis pantang tenaga saya masih tidak pulih.

Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-2.

Apabila anak sulung saya berusia 8 bulan, saya disahkan hamil sekali lagi. Masa tu saya tak tau nak kata apa sebab trauma bersalin dan berpantang anak sulung masih belum hilang. Namun yang membuatkan saya menerima berita tersebut dengan gembira dan hati terbuka ialah Allah SWT ingin memberikan rezeki yang tidak ternilai yang tak semua insan dapat iaitu zuriat.

Oleh sebab itu saya terus mempersiapkan diri dengan kekuatan mental, rohani dan jasmani agar saya mampu berdepan dengan apa jua situasi yang bakal saya hadapi.

Alhamdulillah, di awal kehamilan saya tidak mengalami alahan teruk sama seperti hamil anak yang sulung. Walau bagaimanapun, ketika kandungan mencecah 7 bulan turun tanda awal bersalin menyebabkan saya diberikan suntikan untuk membantu paru-paru baby agar matang dan doktor meminta saya berehat di rumah tanpa membuat sebarang kerja berat. Ketika kandungan mencecah 8 bulan doktor mengesahkan baby sudah memasuki laluan dan bila-bila masa boleh bersalin. 

Allahu Akbar, sungguh berdebar saya rasakan dan berdoa semoga anak saya lahir cukup bulan. Alhamdulillah doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah SWT apabila genap usia kandungan saya 38 minggu turun tanda awal bersalin. Saya dimasukkan ke wad pukul 9.00 malam yang mana ketika itu bukaan adalah 2cm. Sekitar pukul 12.30am,  kontraksi semakin kuat dan doktor mengesahkan bukaan dah 5cm dan saya dimasukkan ke bilik bersalin.

Memang bersalin kali ke-2 ni, bukaan agak cepa. Malah sekitar pukul 2.00am bukaan dah masuk 7cm. Sekitar pukul 2.45am bukaan dah penuh dan sekitar pukul 2.55am saya selamat melahirkan anak ke-2. 

Walau bagaimanapun, kesakitan yang dialami memang tak mampu ditanggung sehingga diluar sedar saya menjerit kesakitan. Ketika itu doktor memberikan saya gas etonox agar saya mampu menahan kesakitan, tapi kesakitan tersebut membuatkan saya jadi tak tenang dan tak mampu menyedut gas tersebut dengan baik akhirnya saya sendiri rasa mabuk dan hampir pitam. Saya tak pasti pula keadaan suami ketika itu apabila melihat keadaan saya kerana pada waktu itu saya sudah tak mampu untuk bercakap dengannya dan hanya menjerit kesakitan.

Setelah selamat melahirkan anak ke-2, pengalaman berpantang kali ini berbeza sedikit dengan pengalaman anak sulong. Anak kedua ni agak kurang meragam, kurang menyusu dan lebih banyak tidur. Walau bagaimanapun, baby tak mengalami sembelit dan kembung perut kerana lebih banyak menyusu badan. Namun susu badan pula yang sedikit dan menjadi kering selepas habis berpantang.

Semasa tempoh  berpantang kali n,i saya mengambil jamu Indonesia yang mana penggunaanya amat rumit dan meletihkan. Walaupun agak bertenaga sedikit berbanding berpantang sebelumnya, namun luka jahitan juga lambat sembuh dan saya terpaksa berulang-alik ke hospital akibat jahitan terbuka.

Kali ini saya langsung tak mengambil pil ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan jamu tersebut. Meskipun dalam pantang, saya terpaksa juga menguruskan anak sulung. Walau turut dibantu ahli keluarga tapi saya tetap keletihan dan merasa sedikit tertekan.

Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-3 Menggunakan Vitamin Shaklee.

Masuk bab ni memang saya sangat teruja dan tak sabar untuk bercerita. Setelah hampir 3 tahun berlalu, saya disahkan hamil anak ke-3. Ketika itu saya dan suami la insan yang paling gembira sekali. Seperti sebelumnya, di awal kehamilan kali ini juga saya tidak mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilan pertama dan ke-2, yelah mungkin sudah rezeki saya. 

Walau bagaimanapun, apabila kehamilan saya mencecah usia 29 minggu saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat reduce fetal movement (baby kurang gerak). Akibat kes yang sama juga sekali lagi saya dimasukkan ke wad ketika kehamilan mencecah 32 minggu. Ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu betapa risaunya saya ketika itu.

Akibat kes tersebut, saya mula membuat persediaan awal. Saya juga mula mencari jamu yang sesuai untuk berpantang. Apa yang pasti, saya tak mahu jamu yang saya guna masa berpantang anak sulung dan ke-2. Dalam pening mencari jamu yang sesuai, beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil vitamin Shaklee. 

Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika berpantang. Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya penerangan Master Salwa tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk membeli Set Bersalin Premium Shaklee.

Set Bersalin Shaklee

Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik, kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi saya bertanyakan Master Salwa pasal Set Kehamilan Shaklee. Apa yang membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat . Namun begitu masih timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam kandungan.

Saya beranikan diri untuk mencuba. Apa yang menakjubkan selepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga. Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk menjamah apa jua hidangan. 

Tambah mengujakan saya apabila baby dalam kandungan semakin aktif dan semasa saya membuat pemeriksaan antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah menjangkakannya.

Set Mengandung Shaklee

Apabila kehamilan mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa mengambil keputusan melakukan "induce" ke atas saya. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu perasaan saya. Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi bila teringat kata-kata rakan yang bersalin secara "induce" ni lebih sakit daripada bersalin normal. Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut.

Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP serta vitamin Shaklee. Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang dan tak sedikit pun menjerit. 

Hanya air mata yang mengalir dan melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox bagi menahan kesakitan. Sekali lagi saya rasa amat takjub apabila saya dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang.

Sekitar pukul 4.15pm, saya meminta suami di sisi memanggilkan doktor apabila saya rasa sudah tidak mampu bertahan. Doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh dan baby dah sedia untuk keluar. Doktor memberi penerangan bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan penuh bertenaga.

Akhirnya pukul 4.30pm, saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg. Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan.

Proses kelahiran yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua.

Selesai bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan.  Sehari selepas bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin serta ikut jadual pemakanan yang telah disarankan. 

Selepas 3 hari berpantang memang saya rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby pula tidak meragam dan tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. Cara pengambilan vitamin pula tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. Cuma bezanya hanya perlu minum air yang banyak sekitar 3 liter kalau tak kemungkinan kita akan berdepan dengan healing crisis. 

Tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb saya juga pekat iaitu 12.5. Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat.

Walaupun  terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang, tapi saya tak rasa letih dan sentiasa bertenaga. Saya juga tidak mengalami tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. 

Sebagai penutup bicara, ternyata Shaklee memang menakjubkan dan tidak salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat wajar memiliki Shaklee untuk mendapat kesihatan yang optimum terutama dalam kondisi kehidupan sekarang yang penuh dengan pelbagai cabaran. 





Begitulah pengalaman yang dialami oleh Puan Aizzah...semoga dapat dikongsikan bersama.

Jadi kepada para ibu dan yang bakal bergelar ibu, jika berminat untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee ini, jangan segan-segan untuk menghubungi saya di talian 01126099465/0139030098.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan