Assalamualaikum wbt...
Apakah yang dimaksudkan dengan Landmark Study?
Landmark Study merupakan satu kajian yang penting yang telah dilakukan ke atas pengguna-pengguna supplemen dalam jangka panjang yang telah dilakukan oleh Shaklee Cororation dengan kerjasama Sekolah Kesihatan Awam UC Berkeley. Hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam Journal Pemakanan.
Apakah yang menariknya daripada hasil kajian tersebut?
Kajian tersebut membuktikan bahawa orang-orang yang mengambil supplemen Shaklee dalam tempoh 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding dengan kumpulan yang mengambil hanya satu multivitmin jenama lain atau kumpulan yang tidak mengambil supplemen langsung.
Dalam masa yang panjang tersebut, pengguna supplemen Shaklee, jelas mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan amat ketara sekali.
- Paras trigliserida 33% lebih rendah
- Nisbah 11% lebih rendah daripada jumlah kolesterol untuk kolesterol HDL
- Tahap homosistein 36% lebih rendah
- Tahap protein C-reactif 60% lebih rendah
Landmark Study yang dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007 menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan pengamal vitamin lain, dan juga bukan pengamal suplemen.
Shaklee telah diuji dan diiktiraf oleh pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam bidang nutrisi . Dalam gambar ini secara mudahnya, menukar brand vitamin akan menukar tahap kesihatan anda. Keputusan ini juga menunjukkan pengamal shaklee tiada masalah buah pinggang. Darah pengamal shaklee mengandungi vitamin yang paling banyak, kerana vitamin Shaklee mudah di serap berbanding vitamin lain.
Namun begitu kajian ini tidak menunjukkan makan suplemmen bukannya satu pendinding kepada penyakit kronik, cumanya risiko penyakit seperti diabetes, jantung, strok dan sebagainya dapat dikurangkan.
Keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Glady Blocks sangat mengujakan Shaklee dan Roger Barnett. Paling meyakinkan hanya produk Shaklee sahaja yang berani diuji berbanding jenama lain. Dr Glady Blocks mengiktiraf hanya Shaklee sahaja yang layak kerana kualiti dan juga beberapa kajian klinikal yang dilakukan terhadap vitamin Shaklee. Roger nampaknya tidak menoleh ke belakang. Pelaburannya untuk membeli Shaklee berbaloi, dan selepas Land Mark Study ini, Shaklee terus berkembang dan banyak pelaburan dibuat untuk melakukan kajian serta penambahbaikan kepada produk mereka.
Seterusnya pada tahun 2014, Shaklee telah sekali lagi melakukan Land Mark Study kedua. Kali ini pemenang noble dalam biologi, Dr Elizabeth Blackburn mengetuai kajian tentang telemore dan telah menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telemore dan enzim telemore. Telemore ni umpama cap atau pelindung kromosom.
Satu penemuan yang sangat luar biasa iaitu orang-orang yang amalkan Shaklee mempunyai jangka hayat yang lebih panjang ini serta tidak terdedah kepada penyakit kanser dan lain-lain penyakit berbahaya. Jom kita dengar kata-kata Dr. Elizabeth Blackburn dalam video di bawah:
Hasil-hasil Landmark Study membuktikan Syarikat Shaklee telah berjaya mengeluarkan produk yang bukan hanya selamat dan terbukti berkesan.
Jadi, mengapa masih ragu-ragu dengan Shaklee. Ternyata jika dibandingkan dengan produk-produk lain di pasaran, Shaklee lebih jauh ke depan. Jadi, janganlah kita risau untuk mengamalkan produk ini.
Ubah produk dapat mengubah gaya hidup kita....
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 01126099465 (Kak Wan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan