Sabtu, 12 November 2016

KENALI DR. FORREST C.SHAKLEE

Apabila disebut saja Dr. Forrest C.Shaklee, maka pasti ada kaitannya dengan Syarikat Shaklee Corporation, syarikat yang terkenal dengan pengeluaran vitamin yang terbaik...

Beliau nilah pengasas syarikat tersebut pada tahun 1956. Masa tu usianya dah 61 tahun.
Dengan falsafah "Better You Better World", tergambar jelas visi beliau untuk membantu insan-insan lain mendapatkan nilai yang terbaik dalam hidup seterusnya dapat menjadikan hidup ini lebih bermakna.

Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesejahteraan kesihatan.
Akhirnya, beliau berjaya membangunkan teknik mengekstrak nutrien dari makanan. "Vitalised Mineral" telah diperkenalkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1915.

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Pada tahun 1921, beliau diuji dengan penyakit kanser. Beliau
memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar.

Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah "the best fed nation". Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep MLM produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini.



#tsunamishaklee
#lifeamazing
#GT12
#superstarshaklee
#TEAparty

Tiada ulasan:

Catat Ulasan