Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya nak kongsikan resipi detoks yang boleh dibuat sendiri di rumah.
Sebelum tu, kita perlu faham apa yang dimaksudkan dengan detoks ni.
Sebenarnya detoks ialah satu proses pengeluaran toksin dari dalam badan kita. toksin ni merupakan racun-racun yang sudah terkumpul akibat daripada pemakanan ataupun persekitaran kita yang tidak bersih.
Toksin ini banyak terkumpul di bahagian hati dan juga usus. Apabila toksin ini dapat dikeluarkan daripada badan kita barulah hati dan usus kita dapat berfungsi dengan baik dan sihat.
1. menyingkirkan toksin yang membawa penyakit dalam badan kita
2. meningkatkan kesihatan hati kita
3. menjadikan wajah dan kulit lebih berseri
4. meningkatkan lagi sistem imun yang melawan jangkitan penyakit
5. menghilangkan jerawat
6. hati dan usus dapat berfungsi dengan baik
7. boleh membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan
Jom tonton resipi Danette May yang merupakan seorang pakar nutrisi untuk menghasilkan jus detoks yang enak....
Bagaimana, mudah kan ? Bolehlah anda mencubanya di rumah.
Anda hanya perlukan nanas, limau nipis, "kale"(kurang pasti ada atau tidak kat negara kita ni) timun serta minyak kelapa. Dan jadilah jus detoks yang hebat. Saya sendiri pun belum cuba lagi. Mana nak cari kale ni. Ada sesiapa tahu kale ni daun apa? Boleh share kat ruangan komen...
Jika malas nak membuatnya, cubalah produk detoks Shaklee. Antaranya ialah DTX Complex. DTX Complex merupakan detoks yang amat sesuai untuk menghilangkan toksin pada bahagian hati kita.
Manakala Alfalfa Complex pula membantu menyingkir toksin daripada hati, darah dan usus.
Kalau banyak penyakit tu atau rasa letih, tidak bermaya, lesu dan sebagainya, maka itu menunjukkan banyaknya toksin dalam badan kita...
Selamat mencuba resipi detoks ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan