Isnin, 27 April 2015

ALFALFA COMPLEX AMAT BAIK UNTUK PARA IBU

Assalamualaikum w.b.t.

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa  juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Mengapa agaknya ia dipanggil raja ya? Mesti ada keistimewaan Alfalfa ni kan. Kalau pembaca nak tahu lebih lanjut, mari saya kongsikan.

Tumbuhan Alfalfa ni mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Hanya daun Alfalfa yang matang sahaja dituai kerana ia kaya dengan klorofil.

Ia dianggap raja kerana paling banyak mengandungi nutrisi dan zat galian. antara kandungannya ialah protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Subhanallah, hebatnya Allah yang menciptakan tumbuhan Alfalfa ini kan.


Manfaat Alfalfa Secara Umum:

1.  Membantu mencuci hati, darah dan usus -kandungan alkali yang amat tinggi meneutralkan asid dalam badan, menghilangkan toksin, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Membantu melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut - membantu memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol - dapat membantu mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

5. Membantu melawan tumor - makan 30 -50 biji tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaik sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Membantu melegakan keletihan

7.  Membantu mencegah dan merawat sakit arthiritis

Alfalfa

Hebatkan tumbuhan Alfalfa ni. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia tetapi banyak manfaat darinya. Alhamdulillah hasil kajian dan penyelidikan, maka kita dapat merasai sendiri kelebihan Alfalfa ni.

Bagi ibu-ibu yang mengandung, juga boleh mengambilnya terutama apabila usia kandungan sudah masuk "second trimester". Apa faedahnya kepada ibu yang hamil ni? Salah satunya dapat mengelakkan penyakit diabetes. Selain itu, menurut ibu-ibu, bayi yang dilahirkan tidak terkena penyakit "jaundice" atau demam kuning. 


Alfalfa Bukan Jamu atau Herba

Selalu, orang salah tafsir dengan Alfalfa ni. Ada yang kata ia jamu sama seperti kacip fatimah. Sebenarnya, Alfalfa termasuk dalam kategori sayur yang kaya dengan klorofil. Oleh itu, ia amat-amat sesuai untuk diambil ketika dalam pantang.

Orang-orang Cina terutama yang dalam pantang memang menggunakan Alfalfa sepenuhnya. Ada yang ambil Alfalfa sebanyak 300 biji sehari!!! Banyaknya, tak apa ke? Mereka minum seperti  air akar kayu dan air ubat periuk.   Apa kesannya kepada badan kita???

Antaranya ialah:

1. Badan kurus/kembali "slim"

2. Bayi pula tidak kembung(tak perlulah sapu banyak-banyak minyak telon)

3. Susu badan pun meriah(kenyang bayi kita/tak perlu campur dengan susu formula...siap boleh pam lagi)

4. Bayi tidak mudah kena "jaundice"

5. Rahim kembali kemas(macam anak dara balik..)

*Satu peringatan... apabila kita mengambil supplemen Alfalfa maka pastikan kita minum air dengan secukupnya. Ini penting kerana  jika kurang minum air akan menyebabkan sakit kepala.


Malah ada yang telah mengamalkannya hampir 10 tahun dan kini walaupun sudah berumur masih lagi cun...kena cuba ni. Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi. Harganya juga amat-amat berpatutan. Sedangkan khasiatnya amat banyak.
Jadi, jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang Alfalfa Complex  ni, boleh hubungi saya di talian 01126099465(Wan)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan