Isnin, 27 Julai 2015

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN...

Assalamualaikum wbt...
Suasana  hari raya masih lagi terasa... Di sana sini, masih ada lagi yang menganjurkan majlis sambutan hari raya atau popular dengan istilah "open house". Bab-bab "open house" ni terpulanglah kepada seseorang. Nak buat ke atau tak nak buat ke, tak ada sesiapa yang boleh paksa. Bergantung kepada bajet masing-masing. 

Ditambah lagi dengan kejatuhan mata wang ringgit di peringkat global serta kenaikan harga barangan yang semakin tinggi, admin rasa makin ramailah yang berkira untuk berbelanja lebih. Mungkin kita perlu mendidik diri untuk menyimpan atau melabur wang kita. Boleh juga menambah "income" kita dengan menyertai atau menjalankan bisnes. tak kiralah bisnes apa asalkan halal, baik dan yang penting kita dapat hasilnya,

Maaf, membebel panjang-panjang pula ni.

Kita fokus kepada topik kita tentang pelaburan untuk kesihatan...adakah berbaloi untuk kita...


Semasa nak menulis topik ini, teringat rakan sejawat yang sedang terlantar di hospital. Keadaan agak kritikal sekarang. Dia telah disahkan oleh  doktor mengidap kanser payu dara tahap empat.

Sedih dan sayu melihat keadaannya sekarang. Kanser payu dara ini baru sahaja dikesan akhir tahun lepas. Malangnya, betapa cepat sel-sel kanser ini merebak hinggakan rasa tidak percaya apabila kami diberitahu yang beliau terpaksa dimasukkan ke hospital untuk dibedah bagi membuang sel-sel kanser yang telah membengkak dan merebak ke hati, paru-paru dan lain-lain organ badannya.

Apa lagi, rasa sebak tidak dapat ditahan lagi setelah mendapat tahu daripada rakan-rakan yang lain bahawa beliau berada dalam keadaan tidak sedar sekarang. Semoga Allah membantu menyembuhkan beliau serta memberikan kekuatan kepada suami dan anak-anaknya agar bersabar dengan ujian Allah ini.  Ya Allah, kau bantulah sahabatku ini...semoga sembuh dan kuat menghadapi ujianMu...amiin yang rabbal alamin..( Minta para pembaca turut sama berdoa untuk rakan saya ini).

Kadang-kala tu rasa sedih dan terkilan juga kerana tidak sempat membantu beliau. Terlalu lewat kami tahu. Tiba-tiba sahaja mendapat berita beliau dimasukkan ke hospital. Seandainya, saya tahu lebih awal, akan saya cadangkan kepadanya untuk mengambil Vivix. Untuk makluman pembaca Vivix amat baik untuk menyembuhkan kanser. (Boleh rujuk artikel saya yang lepas tentang Master Law

Namun itulah perancangan Allah. Allah yang Maha Berkuasa lebih tahu akan segala-galanya. Perancangan Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya...

Cuma untuk yang mempunyai masalah yang sama atau tidak pasti atau tidak tahu sama ada kita mempunyai kanser atau tidak...mari sama-sama membuat ujian pap smear atau mamogram untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

Orang putih kata, "prevention is better than cure". Jadi tidak salah rasanya kita ambil langkah pencegahan terlebih dahulu sebelum tubuh kita dihinggap oleh pelbagai penyakit terutamanya kanser. 

Yang paling penting, jaga pemakanan kita. Maklumlah makanan sekarang tidak lagi natural seperti dulu. Penggunaan bahan kimia berbahaya berleluasa dalam industri makanan. Itu tidak ditambah lagi penggunaan bahan kimia dalam kosmetik, supplemen dan sebagainya.

Begitu juga, banyakkan membuat senaman atau riadah seperti berjogging, berbasikal atau bermain permainan tertentu. Senaman dan riadah yang seimbang dapat bukan hanya dapat menyihatkan badan malah mencerdaskan minda.

Tetapi jangan lupa untuk mngambil supplemen yang natural sebagai pemakanan tambahan bagi melengkapkan nutrisi yang telah hilang.

Berikhtiarlah selagi termampu. Ada orang agak sayang duit untuk membeli supplemen dengan alasan vitamin Shaklee ni agak mahal. Sebenarnya  kalau kita kaji yang mana lebih penting..Kesihatan ke atau kemewahan. Jika kita sakit, duit berjuta-juta di dalam bank pun tidak dapat sembuhkan penyakit kita. Jadi, laburlah untuk kesihatan. 

Kalau rasa masih muda dan gagah pada hari ini, latihlah diri untuk mula mengambil supplemen. jangan tunggu ada penyakit, baru tergesa-gesa mencari supplemen. Contohnya, untuk pesakit kanser ni, kita boleh mengambil Vivix yang mengandungi resveratrol yang tinggi seperti yang terdapat dalam wain merah. Vivix dapat membantu membaiki sel-sel kita yang telah rosak.  Rebutlah harga yang menjimatkan pada masa sekarang kerana Vivix sedang offer sama ada membeli dua botol dengan mendapat diskaun 5% atau belia 7 botol Vivix dan kita dapat percuma sebotol lagi serta mendapat keahlian secara  percuma!!!


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di 01126099465(Wan). InsyaAllah, kami ada pakar perunding yang boleh membantu permasalahan anda...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan