Selasa, 25 April 2017

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

Assalamualaikum semua...

Lama tidak bersua. Semoga semuanya sihat-sihat jua. InsyaAllah.

Hari ni akak nak kongsikan tazkirah yang diharapkan dapat dijadikan renungan buat kita bersama.

Jom baca...

27 Tanda-tanda anda telah menjadi hamba dunia:

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Aamiin.

#copypaste dari group whassaps

Rabu, 11 Januari 2017

Wakil Pengedar Shaklee Kemaman

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah, dengan izinya jua, akak masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog ni.

Berita baik untuk  orang-orang Kemaman!!! Sesiapa  yang berhajat untuk dapatkan produk Shaklee serta mendapat konsultasi secara percuma(khas untuk pelanggan kami sahaja)terutamanya tentang cara pengambilan nutrisi yang betul, jangan ragu-ragu untuk contact wakil pengedar Shaklee anda di Kemaman.

Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi:

1. Izzati :
           No. tel : 019-4028542
                               


2. Nur Ain:- No. tel : 014-5442835

Semoga dengan adanya wakil pengedar Shaklee di Chukai ini, masyarakat sekitar daerah Kemaman dapat membeli produk Shaklee tanpa perlu pergi ke Kuantan. Kadang-kadang akak pun kasihan,ada customer datang jauh dari Kemaman demi mendapatkan produk Shaklee. Semoga selepas ini urusan mereka akan lebih mudah.

Jadi sempena promo Vivix bulan Januari ni iaitu beli 6 botol dapat  7  botol atau beli 2 botol dapat diskaun 5% serta dapat keahlian secara percuma, bolehlah contact mereka ya. 

Jangan lupa beli Vivix ya...

#pengedarshakleekemaman
#superstarshaklee
#teaempire




Selasa, 3 Januari 2017

Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt semua...

Apa khabar? Akak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 walaupun agak lewat sedikit. Ada banyak urusan terpaksa diselesaikan sehingga tidak berpeluang untuk update blog.

Semoga semuanya masih dalam keadaan sihat sejahtera walaupun kita memulakan tahun baru 2017 dengan berita yang kurang menggembirakan iaitu berkaitan dengan kenaikan harga petrol.

Kita harap juga harga barang-barang tidak naik mencanak-canak seperti mana air bah yang sedang melanda sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sekarang. Sama-samalah kita berdoa agar banjir  di kedua-dua negeri tersebut surut dengan segera agar anak-anak sehabat kita dapat meneruskan sesi persekolahan masing-masing.

Tahun 2017 dijangkakan mungkin menjadi tahun yang amat mencabar dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu. Nilai ringgit masih lagi rendah. Bila nak naik ni??? Kalau ada lebihan duit tu, buatlah tabungan atau belilah emas sebagai aset simpanan penting memandangkan emas ni kalis inflasi.

Jika ada peluang, tambahkan lagi income kita dengan melakukan kerja-kerja sampingan.  Kalau ada  kemahiran tambahan seperti menjahit, membuat kuih-muih, kek atau sebagainya, gunalah kemahiran itu untuk menjana side income daripada kita asyik duk layan cerita-cerita TV3 tu, baik manfaatkan masa dengan sesuatu yang boleh menjana pendapatan sekaligus dapat membantu suami.

Kalau rasa tak ada kemahiran tertentu, jom join akak dengan buat bisnes Shaklee ni. Alhamdulillah, sambil-sambil duduk di rumah, kita dapat bonus Shaklee. Tak tau asas bisnes??? Tak pe, kita boleh belajar. Kita ada  support team yang kuat daripada team SuperstarShaklee di bawah Master Siti Salwa. Kalau betul-betul mahu, kita buat betul-betul. InsyaAllah boleh je.

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee???

Ini mungkin persoalan yang timbul dalam fikiran kita. Sebenarnya mudah sahaja nak jadi ahli Shaklee ni.  Baik, akak catatkan langkah-langkah yang perlu kita buat:
  1. Hubungi akak di talian 01126099465 (K. Wan)
  2. Bagi tahu kita ni berminat nak jadi ahli Shaklee
  3. Lepas tu beri maklumat yang dikehendaki untuk akak daftarkan secara online
  4. Apabila dah selesai didaftarkan, kita akan dapat mesej dari Shaklee. Mesej ni memberitahu password dan id kita.
  5. Dengan menggunakan password dan id ni, kita dah boleh login member. Kita perlu aktifkan akaun kita  terlebih dulu dengan menerima syarat-syaratnya.
  6. Seterusnya, bolehlah kita membeli-belah di laman web Shaklee tersebut. Hanya perlukan kad debit mana-mana bank, kita dah boleh membeli-belah produk Shaklee dengan harga ahli.
  7. Total pembelian akan dicampurkan sekali dengan yuran pendaftaran sebanyak RM69 dan kos pos RM10. Shaklee akan pos kepada kita sekali dengan kit bag,
  8. Tapi kalau rasa malas nak login tu, tak de masalah. Cuma transfer/bank in duit kat akak dan nyatakan produk yang nak dibeli...lepas tu akak akan uruskan. Mudah kan.   Apa tunggu lagi...jom lah segera mendaftar.

Sebaik-baiknya daftar melalui akak, supaya senang akak ceritakan perkara-perkara penting berkaitan dengan produk Shaklee ni. InsyaAllah dapat konsultasi percuma bagi yang join dengan akak.

Ok, kalau berminat tu, lekas-lekaslah pm/whatsapp akak...01126099465 (K. Wan)  

Lupa nak bagi tahu, bulan Januari ni promosi Vivix. Kita boleh borong terus 7 botol pada harga 6 botol atau beli 2 botol, dapat diskaun 5%. Alhamdulillah dapat free membership lagi. Tak payah dah bayar RM69 tu.

Jangan tunggu-tunggu lagi, masa ni kita perlu borong Vivix ni...kenapa??? Boleh baca tentang manfaat Vivix ni...

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan

Isnin, 26 Disember 2016

Resveratrol Dalam Vivix: Penawar Bagi Penyakit Diabetes

Assalamualaikum semua... Semoga sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt jua.

 Kadang kala  kita merasakan diri kita sihat-sihat sahaja. Maklumlah mungkin kita rajin bersenam, selalu ke gym, menjaga pemakanan namun begitu jangan lupa kadang-kala penyakit tetap datang menjenguk kita. Tambahan pula kalau kita semakin berumur. Mudah sangat terkena darah tinggi, stroke, kolesterol dan kadang-kala penyakit diabetes pun ada.

Hari ni akak nak kongsikan testimoni beberapa orang pesakit yang menghidap kencing manis yang telah berjaya menurunkan kadar bacaan kencing manis masing-masing dengan izin Allah selepas konsisten mengamalkan Vivix.


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4
Alhamdulillah hasil daripada testimoni ini, membuktikan kandungan Vivix yang penting iaitu Resveratrol berjaya membantu menurunkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis.

Bagaimana resveratrol membantu pesakit diabetes ni?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

Sebelum kaki kita dipotong ke atau terpaksa disuntik dengan insulin(halal??) ke, lebih baik kita ikhtiar dulu dengan cara yang lain.

Hanya dengan membeli dua botol Vivix sahaja, kita dah layak menjadi ahli Shaklee secara percuma.(*Jimat Rm69 untuk daftar ahli dan jimat RM10 kos penghantaran)  Dapat rebate lagi RM35. 

Kalau kita tidak mengalami masalah ini, mungkin ada ahli keluarga kita yang menghadapinya. Jadi tolonglah mereka terutamanya ibu dan bapa.

Nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapps akak di talian 01126099465 (K. Wan) atau tinggalkan komen di ruangan komen ya. 

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan


Mealshake: Sumber Nutrisi Terbaik Untuk Anak-anak

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca yang budiman...

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak. Kalau boleh kita nak berikan yang terbaik untuk mereka. Pakaian terbaik, mainan terbaik,  pendidikan terbaik, malah kalau boleh apa saja keinginan anak-anak kita hendak penuhi. Namun beringat selalu, janganlah kita belikan anak-anak yang masih kecil dengan gajet-gajet yang mahal. Buruk kesannya. Banyak kes yang melibatkan kanak-kanak dan gajet ni. Malah ada yang jadi autism dan addict kepada gajet-gajet ni. Nauzubillah...moga dijauhkan Allah.

Sebagai ibu bapa sepatutnya  kita  memberi keutamaan dalam menyediakan pemakanan terbaik untuk mereka. Apa salahnya kita laburkan duit membeli supplemen yang sesuai untuk anak-anak. Kita sanggup bawa anak-anak makan KFC, McDonalds, Pizza  atau bawa melancong ke sana sini tetapi dalam memberikan vitamin terbaik untuk anak-anak kita berkira.

Salah satu  sumber nutrisi yang baik untuk anak-anak ialah Mealshake. Kenapa Mealshake ni bagus untuk anak-anak kita.




Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Kalau nak tahu, Mealshake ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain. Lactabumin ialah sejenis bahan yang amat baik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh kita daripada  peringkat bayi hinggalah orang dewasa. 

Rasa vanila Mealshake ni sangat sedap. Akak pun suka minum. Boleh buat sebagai sarapan pagi. Kalau nak tambah ESP pun boleh. Lagi kenyang rasanya. Jika puasa pun dapat bertahan lama hingga berbuka walaupun tidak mengambil makanan berat waktu bersahur.

Kita tengok manfaatnya untuk anak-anak kita. Antaranya:
  • Mempunyai nutrisi yang lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kalau anak-anak kita kurang nutrisi tu, pasti tubuhnya kurus, tak bermaya. Jadi elok sangat diberi untuk anak-anak.
  • Membantu tumbesaran anak-anak - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Membantu masalah sembelit anak-anak - Mealshake kaya dengan serat laryt untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Mealshake membantu anak-anak menjadi lebih bertenaga, malah tiada pewarna dan gula tiruan di dalamnya. Rendah kolesterol, lemak dan sodium.
Pasti ramai yang tidak perasankan salah satu bahan terbaik yang terdapat dalam Mealshakes Shaklee ialah Acacia Gum / Arabic Gum / Gum Arab ataupun lebih dikenali sebagai "Bread Of Heaven" di negara Arab..
Acacia Gum ini memberikan banyak kebaikan pada tubuh kita..
Antaranya:
  • Mengurangkan penghasilan radikal bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Mengalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut (Prebiotik)
  • Mengandungi banyak serat (fiber) yang membantu mengurangkan gas dalam badan
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan, meningkatkan kadar metabolisme serta melindungi kulit
  • Membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan
  • Membantu badan menyerap mineral seperti zink, sodium dan kalsium.
  • Menghalang keradangan (inflammation) pada usus
Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa yang prihatin dengan anak-anak sentiasalah berikan yang terbaik untuk mereka. Biar cahayamata kita ni lahir dan membesar dengan sihat dan kuat. Kita didik mereka sebaik mungkin dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat agar terbentuk generasi yang kuat dan bukan yang manja serta lemah. Bukankah Rasulullah saw telah bersabda, " Orang Mukmin yang kuat lebih Allah sukai daripada orang Mukmin yang lemah."
 
Jika ada sebarang pertanyaan ke atau nak order produk ke atau nak jadi ahli ke, boleh whassaps akak ya di talian 01126099465 (K. Wan- Supervisior Shaklee anda)
 
#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan