Assalamualaikum w.b.t…
Gembira, ceria dan bangga tergambar di raut wajah seseorang
wanita apabila doktor mengesahkan berita
gembira bahawa dia telah positif hamil. Kesyukuran ke hadrat Allah tidak lupa
dipanjatkan. Berita gembira ini pasti tidak lupa untuk dikongsikan bersama
suami tercinta. Apatah lagi jika sudah lama berkahwin dan baru sahaja
berpeluang untuk menimang cahaya mata pertama. Begitulah perasaan saya dan
rasanya juga kepada semua wanita yang telah berumah tangga.
Saya sendiri agak lewat juga menimang cahaya mata pertama
akibat tiga kali mengalami keguguran. Jadi kehamilan seterusnya, saya mendapat
perhatian khusus dari pakar perubatan sehinggalah kandungan saya masuk bulan
keempat. Alhamdulillah semuanya berjalan
dengan lancar hingga ke saat kelahiran anak sulung iaitu seorang bayi lelaki
yang beratnya 3.25 kg. Besar juga untuk anak pertama.
Sehinggalah akhirnya saya berjaya memperoleh lima orang
cahaya mata iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Boleh dikatakan semuanya lahir
dalam lingkungan berat 3.95 kg hingga 4.1 kg. Memang masa mengandung saya ,
selera makan agak bertambah. Agaknya pengambilan Obimin dan pil-pil lain menyebabkan saiz anak agak
besar.
Apabila melihat anak-anak yang semakin membesar, teringat
balik saat-saat mengandungkan mereka. Anak sulung sudah berumur 16 tahun,
manakala yang bongsu berumur 6 tahun. Susah senang untuk membesarkan mereka tidak akan dapat dilupakan. Hanya Allah yang tahu dan semoga pengorbanan kita diberi
ganjaran oleh Allah. InsyaAllah.
Pelbagai amalan yang elok dilakukan apabila disahkan
mengandung . Semoga apa yang saya
paparkan ini dapat dikongsi bersama para pembaca semua.
Antara amalan yang baik dilakukan oleh ibu-ibu hamil ialah:
1. Membaca doa-doa tertentu untuk mengelakkan keguguran serta
menguatkan rahim (terutama 3 bulan pertama). Antara doanya:
a). Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa
engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu,
bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang
sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap)
yakin.
b) Membaca zikir Ya Mubdi. Bermaksud Pencipta
Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir
tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan
meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.
c) Membaca doa tersebut di bawah:
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga
tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku,
sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.
2.
Sentiasalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Seelok-eloknya lakukanlah
solat sunat taubat seminggu sekali. Selain itu, perbanyakkan solat sunat
tahajjud, solat hajat serta banyakkan berdoa kepada Allah.
3.
Perbanyakkan membaca ayat-ayat al Quran seperti :
a)
Surah Lukman(untuk memperoleh anak yang
cerdik akal dan jiwa)
b)
Surah Maryam(untuk memudahkan ibu
bersalin dan mendapat anak yang taat)
c)
Surah Yusuf(untuk mendapat anak yang cantik akhlak dan rupa paras)
d)Surah-surah
lain seperti al Fatihah, Yasin dan Taubah.
4.
Jaga pemakanan kita dan pastikan halal dan berkhasiat. Elakkan makan nanas, minuman
bergas atau makanan segera, tapai terutama tiga bulan pertama. Selain itu,
banyakkan makan kurma, kismis dan madu(selepas 6 bulan) untuk menguatkan minda
anak-anak. Jangan lupa juga untuk minum susu kerana janin akan mengambil sumber
kalsium dari tubuh kita menyebabkan kita akan kekurangan kalsium. Pengambilan
pil-pil vitamin yang dicadangkan oleh doktor elok diambil seperti asid folik,
iron dan kalsium.
Perbanyakkan makan kurma |
Susu sumber kalsium penting untuk para ibu |
5.
Jaga emosi dan elakkan stress kerana ia mempengaruhi emosi bayi yang lahir.
Saya sendiri pernah mengalaminya semasa mengandung anak pertama. Amat stress dan
sensitive, tambahan pula semasa itu terpaksa berjauhan dari suami. Saya di
Ipoh, manakala suami di Kuala Terengganu menyebabkan emosi tertekan. Kini, saya
dapat lihat emosi anak sulung saya memang agak sensitif. Kurang bercakap dan
banyak menyendiri. Jadi, kepada ibu-ibu semua elakkan terlalu beremosi semasa
hamil. Jangan mengeluh dan sentiasa ceria dan banyakkan senyuman. InsyaAllah
anak yang bakal lahir akan mengikut emosi kita.
6.
Jaga adab kita dengan suami. Hormati dan sayangi suami. Jangan ambil kesempatan
untuk meminta yang bukan-bukan. Sebaliknya ikut kemampuan suami. Suami yang
baik sudah pasti akan berusaha menunaikan kehendak isteri.
7.
Jangan lupa untuk bersenam seperti banyakkan berjalan kaki, senaman ringan yang
boleh memudahkan proses kelahiran bayi
kita.
8.
Elakkan daripada berdiri terlalu lama untuk menghindarkan terjadinya urat
simpul atau vena varikos. Saya sendiri mengalaminya. Memang amat menyakitkan.
Terpaksa pakai stoking yang sesuai dan kaki dilapik dengan bantal agar
perjalanan darah berjalan lancar. Malangnya, vena varikos pada kaki saya masih
kekal hingga sekarang kerana tidak bersungguh-sungguh menjaganya semasa hamil
dahulu.
9.
Elakkan melakukan perkara-perkara buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci
atau bertengkar serta maksiat.
10.
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus untuk memudahkan proses kelahiran iaitu:
Maklumat yg sangat berguna bagi ibu2 mengandung untuk amalkan, supaya anak sihat dan diberkatiNya.
BalasPadamHanya sedikit perkongsian buat ibu2 hamil. Semoga mendapat manfaat.
BalasPadam