Assalamualaikum wbt...
Berita gembira buat
seluruh rakyat Pahang apabila pasukan bola sepak Pahang di bawah bimbingan
jurulatih Zainal Abidin Hasan muncul sebagai juara Piala Malaysia setelah
berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim(JDT) 5 – 3 melalui tendangan penalti setelah
seri 2 – 2 dalam pertandingan akhir yang
bersiaran langsung malam tadi. Semuanya
penyokong berdebar dengan aksi-aksi pemain yang berentap di tengah
padang.
Walaupun JDT dibarisi
oleh pemain-pemain hebat tetapi pemain
Pahang juga tidak kalah hebatnya. Syabas atas semangat juang Pasukan Tok Gajah
yang membara . Walaupun saya bukan anak jati Pahang tetapi setelah kami 11
tahun menetap di sini, sudah rasa menjadi sebahagian daripada orang Pahang. Saya tidaklah fanatik sangat tentang bola
sepak tetapi kadang kala minat juga apabila melihat rakan-rakan sekerja begitu bersemangat
dengan slogan “hogoh Pahang hogoh”.
Begitulah adat pertandingan,
kalah atau menang memang lumrah. Kepada
pasukan JDT diharap dapat berusaha lagi pada tahun hadapan.
Maklumat terkini khusus
buat orang Pahang, Menteri Besar Dato’ Adnan mengumumkan Pahang akan bercuti
pada hari Isnin ini iaitu 3 November sebagai meraikan kemenangan Pasukan Bola
sepak Pahang. Bolehlah sambung cuti lagi
bagi yang bekerja dan bersekolah.
Cuma pelajar yang akan
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula pada hari Isnin ini iaitu 3
November, jangan bercuti pulak, exam
tetap akan berjalan seperti biasa. Jadi pegawai dan guru yang bertugas juga
sama terpaksalah bertugas pada hari tersebut. Selamat menjalankan tugas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan