Bismillahi Rahmanir
Rahim…
Bersua kembali dan
terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang masih sudi berkunjung ke
blog ini.
Kali ni, perkongsian yang berbeza sedikit. “Off
record” kata orang putih. Kali ni kita nak
lihat topik semasa yang masih hangat diperkatakan iaitu isu ‘Bajet 2015’ yang
baru sahaja dibentangkan di Parlimen oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun sudah empat
hari bajet dibentangkan, nampaknya ia masih lagi menjadi bualan semasa tak kira
muda atau tua. Ada yang gembira, ada yang tak kisah, ada yang biasa-biasa
sahaja malah mungkin ada yang sedih. Apakah yang anda dapat daripada Bajet 2015
ini?
Saya bukanlah
penganalisis ekonomi. Jadi, tidaklah pandai sangat untuk menilai Bajet 2015 ni.
Saya hanya mampu membuat penilaian kasar berdasarkan rakyat marhain sahaja.
Bagi penjawat awam, mungkin
gembira mendapat bonus setengah bulan pada Januari tahun depan .(Berita
terkini, mungkin bulan Disember nanti) Hampir
8 juta rakyat pula akan berkongsi Bantuan Rakyat 1Malaysia(BRIM) yang
membabitkan kira-kira RM6 bilion iaitu kenaikkan dari RM600 kepada RM950 untuk
isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah.
Bantuan untuk murid
sekolah sebanyak RM100 juga diteruskan. Golongan OKU, pelajar IPT juga tidak
terkecuali. Yang mana satu yang anda dapat?? Pastinya ada sesuatu untuk kita.
Terima kasih Datuk Seri!!!
Namun, jika difikirkan
balik bantuan yang diberikan hanya
sekali sahaja. Apakah kita mampu bertahan
dengan bantuan tersebut sedangkan bahang kenaikan harga minyak dari
RM2.10 seliter kepada RM2.30 seliter pun sudah terasa kesannya. Tambahan pula
apabila cukai GST yang akan dikenakan pada tahun hadapan. Dijangkakan banyak
barang akan mengalami kenaikan. Sedangkan gaji kita hanya mengalami kenaikan
mendatar sahaja.
Caj tambang bas
sekolah, harga rumah, barang-barang dan perkhidmatan tertentu sudah mula menunjukkan kenaikan. Bagaimana
pula dengan caj-caj lain yang mungkin kita tidak dapat jangkakan. Bagaimana
pendapat anda, mampukan kita ‘survival’ untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Mungkin boleh tapi dengan gaya hidup yang sederhana sahaja atau mungkin perlu
ikat perut seperti Ahli-ahli Parlimen…
Dalam situasi begini
teringat buku “Why We Want You To Be Rich” yang ditulis oleh dua orang
Bilionaire Amerika iaitu Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Mereka mengajak kita
berfikir kenapa kita harus kaya dalam dunia masa kini dan akan datang yang
tentunya lebih mencabar. Hakikatnya
kekayaan dunia ini hanya berlegar dalam kalangan segelintir manusia sahaja.
Walaupun perspektif kaya itu berbeza pada pandangan kita berbanding mereka
tetapi ada beberapa idea mereka yang boleh kita adaptasikan dalam
kehidupan.(Insya Allah mungkin boleh diulas dalam artikel lain)
Jadi bagaimana kita
hendak keluar dari kemelut ini??? Mungkin salah satu caranya dengan mencari
‘side income’ seperti berniaga atau
kerja ‘over time’ atau terlibat dengan bisnes MLM. Terpulanglah kepada kita. Asalkan kerja yang
dibuat halal maka Insya Allah kita akan mendapat rezeki yang diberkati oleh
Allah. Cuma pastikan kerja sampingan tersebut tidak mengganggu kerja utama
kita.
Memetik kata-kata Dr. Azizan “ Fast Action Fast
Result”. Kita perlu mula berfikir dan bertindak segera. Insya Allah, Allah
sentiasa ada untuk membantu kita. Jangan sesekali kita lupakan hubungan kita
dengan Allah di saat susah mahupun senang.
Jika, anda berminat
untuk berkongsi pendapat boleh kemukakan komen anda. Komen yang terbaik akan
mendapat cenderahati khusus dari saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan