Jumaat, 18 Julai 2014

SUMBANGLAH UNTUK GAZA

Assalamualaikum wbt...

Agak lama tidak update blog ini. Maklumlah kedatangan  bulan Ramadan yang hanya sekali dalam setahun ini,  perlu kita rebut peluang untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah swt. Bimbang juga kalau ia menjadi Ramadan terakhir kita. Jadi kesempatan yang Allah beri ni gunalah sebaik mungkin dengan memperbanyakkan tadarus al Quran, bersedekah, solat terawih dan qiamulail.

Belum selesai episod serangan Israeil ke atas Gza, kita dikejutkan pula dengan pesawat MAS Boeing 777 iaitu MH17 yang telah terhempas di Ukhraine yang meragut 295 nyawa. MH17 diberitakan telah ditembak jatuh oleh kaum pemberontak Ukhraine. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.Takziah diucapkan buat semua keluarga mangsa. Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. Perancangan ALLAH lebih baik dari kita. ALLAH menjemput mereka dalam keadaan yang agak menyedihkan. Semoga ia menjadi iktibar buat kita bahawa usia kita bukan milik kita yang mutlak. Bila-bila masa dan di tempat mana kita akan mati, kita sendiri pun tidak tahu. Jadi, ambillah peluang sekarang untuk meningkatkan amalan kita. Jangan bertangguh lagi, wahai sahabat semua.



Salah satu amalan yang amat disukai oleh Rasulullah saw ialah bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan ini. Ayuh, kita mulakan amalan baik ini sekarang. Kalau sebelum ni, susah nak bersedekah, didik diri kita untuk memberi. InsyaAllah terasa nikmatnya apabila sering melakukannya. Yakinlah apa yang kita beri, ALLAH akan ganti dengan yang lebih baik tetapi mestilah dengan niat yang ikhlas. Memberi kerana ALLAH swt.

Jadi, sebagai salah satu cara untuk membolehkan pembaca bersedekah, saya wujudkan tabung untuk Gaza melalui pembelian produk Shaklee. Jika anda membeli produk Shaklee melalui blog ini, 50% keuntungan akan disalurkan ke Tabung Gaza di bawah NGO HALUANPALESTIN. Jadi, sambil-sambil membeli produk Shaklee, niatkan bersedekah sekali. InsyaAllah, produk dapat, pahala pun dapat. 


Jika mahu menyumbang sendiri, anda boleh bank in terus ke akaun HALUAN PALESTIN seperti yang tertera di bawah. Semoga sumbangan yang ikhlas ini dapat membantu rakyat Palestin yang sedang berada dalam keadaan yang agak menyedihkan dengan kekurangan makanan, minuman dan kehilangan ahli keluarga serta tempat tinggal. Selain itu, jangan lupa untuk terus berdoa agar Zionis dan sekutu-sekutunya hancur musnah dengan membaca  Qunut Nazilah.




                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan