Khamis, 10 Julai 2014

DOA MUNAJAT UNTUK GAZA

Assalamualaikum w.b.t...

Tanpa sedar air mata mengalir di pipi apabila menatap gambar mangsa-mangsa keganasan rejim Israel/Yahudi laknatullah terutama kanak-kanak. Limpahan darah yang membasahi bumi dan raungan ibu dan bapa serta kaum keluarga amat menyedihkan. Berbezanya dengan kita di negara yang aman dan damai ni. Boleh berpuasa dengan tenang. Berbuka dengan hidangan yang enak. Namun, mereka di Gaza berpuasa dalam dentuman dan letupan bom. Berbuka dengan linangan air mata dan darah yang bercucuran.MasyaAllah ...amat menyedihkan...

Tatkala ada segelintir daripada kita yang menangis akibat kekalahan Brazil ke tangan Jerman dalam Piala Dunia, kita lupa mangsa-mangsa keganasan di Gaza menghadapi ujian yang lebih hebat dari itu. Sesungguhnya Allah telah memilih mereka berbanding  kita untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam Islam. Semangat juang mereka amat hebat walaupun hidup dalam kesempitan akibat kepungan dan sekatan Israel. Bangunan pejabat, kedai, sekolah dan rumah kediaman mereka ranap akibat bom yang dilancarkan oleh Israel. Sungguh laknatlah kaum yang dihina oleh Allah dalam al Quran.



Apa peranan kita untuk menolong saudara seagama dengan kita? Untuk berjihad jauh sekali. Hanya doa yang boleh kita panjatkan ke hadrat Allah agar membantu perjuangan para Mujahiddin di Gaza. Apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh berkah ini. Doa adalah senjata orang mukmin. Sesungguhnya, mati syahid atau menang dalam pertarungan menentang Zionis menjadi matlamat para Mujahiddin.  

Jangan lupa juga untuk berinfak kepada mereka. Hulurkan sumbangan anda kepada badan-badan NGO seperti Haluan Palestin, Aqsa Syarif dan Aman Palestin atau badan-badan lain yang dapat menyalurkan sumbangan terus kepada mangsa-mangsa di Gaza.





Ingatlah setiap daripada kita akan ditanya oleh Allah. Sejauhmanakah kita membantu saudara seagama kita yang berada dalam penderitaan di lain-lain belahan dunia selain Gaza termasuklah di Syria, Mesir, Myanmar dan lain-lain lagi. Jangan lupa berdoa dan memohon ampun kepada Allah dalam setiap sujud kita dan banyakkan membaca Qunut Nazilah. Semoga Allah mengampuni kita dan membantu perjuangan para Mujahiddin di sana. InsyaAllah. Yakinlah akan janji Allah yang batil akan kalah dan yang haq akan menang. InsyaAllah.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan