Jumaat, 26 Jun 2015

RAMADAN BULAN IBADAT

Alhamdulillah, hari ini genap sepuluh hari  kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga puasa kita ini diterima oleh ALLAH s.w.t.

Bagaimana dengan amalan tadarus al Quran kita???  Diharapkan kita dapat meneruskan sehingga khatam. Tip seorang ustaz kalau nak khatam al Quran katanya perlu baca 1 juzuk sehari. Jadi kalau lepas solat tu, sebaik-baiknya kita membaca empat muka surat al Quran. Jadi kalau lima kali solat wajib kita dapat selesai membaca satu juzuk al Quran...Jadi dalam sebulan berpuasa, kita dapat khatam 30 juzuk.

Tapi kita orang perempuan ni sukar sikit nak khatam. al maklumlah, kalau "bendera merah" naik terpaksalah bercuti tujuh, lapan hari...tak selesailah jawabnya. Jadi kalau nak khatam juga, kita perlu baca sekurang-kurangnya dua juzuk sehari, baru boleh cover. Apa-apa pun semua orang ada cara-caranya yang tersendiri kan.

Bagaimana solat terawih, qiamulaill, dan solat-solat sunat yang lain. Semoga kita konsisten untuk meneruskannya. Kalau tak mampu berterawih di masjid atau surau, adalah lebih afdhal bagi kita kaum wanita ni untuk bersolat terawih di rumah. Maklumlah kadang-kala kita ada anak-anak kecil yang perlu dijaga.  Dibawa ke masjid takut mengganggu jemaah lain. Jadi, kalau di rumah lebih mudah untuk kita pantau. Jangan jadikan anak-anak kita sebagai alasan untuk tidak solat pula.

Amalan bersedekah jangan pula dilupa. Elok kita wujudkan tabung infak atau sedekah di rumah. Katakan sehari RM5 kita masukkan dalam tabung itu. Kalau ada badan atau NGO tertentu yang membuat pungutan infak ni, bolehlah kita sumbangkan duit yang di tabung itu. Jadikan amalan sedekah ini dilakukan setiap hari. Kalau tidak mampu, berilah walau sebiji kurma. Ni pesan nabi kita Nabi Muhammad saw.




Sedih menonton  video di bawah tentang seorang kanak-kanak Syria(negara yang sedang bergolak dengan peperangan) apabila ditanya apakah dia lapar. Dia menjawab ya. Seterusnya ditanya apa yang dia ingin makan...dia menjawab nak makan roti. Seterusnya, ditanya lagi apa yang dia makan sekarang....jawapannya amat menyedihkan hati. Berlinang air mata kita dibuatnya. Sahabat-sahabat nak tahu apa jawapannya...makan rumput. ALLAHU AKBAR. Sampai begitu sekali keadaan di sana. Dahlah menderita akibat peperangan. Malah mereka kekurangan makanan dan sumber air yang bersih. Rumah apatah lagi, hancur musnah...



Apakah kita hanya sekadar simpati sahaja??? Inilah kesempatan terbesar buat kita yang hidup penuh dengan kurniaan ALLAH ni untuk membantu menyumbang kepada mereka. Kita di sini berlebih-lebihan sumber makanan. Kadang-kala terpaksa dibuang begitu sahaja...mereka, MASYAALLAH tiada makanan....

Amalan berzikir seperti zikir-zikir harian amat baik diteruskan supaya hubungan kita dengan ALLAH sentiasa wujud, Nak masak berzikir dan berselawatlah. Atau sambil baring-baring pun boleh berzikir. Amalan ni perlu dipupuk dari sekarang agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapi fitnah Dajjal apabila tibanya Si Mata Satu ni nanti.  Saya teringat satu hadis nabi yang mengatakan bahawa makanan orang Mukmin apa zaman Dajjal nanti hanyalah zikir sahaja sebab semuanya dikontrol oleh Dajjal ni...Nauzubillah sahabat...

Ini antara zikir-zikir harian yang elok kita amalkan...

Banyak lagi amalan lain yang boleh kita lakukan seperti menziarahi ibu bapa di kampung, mengadakan majlis berbuka(kalau mampu) dan lain-lain lagi...

Akhir kata, jangan biarkan Ramadan kita berlalu dengan sia-sia...yang penting jaga kesihatan diri. Sihat jasmani dan sihat rohani...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan