Assalamualaikum w.b.t..
Hampir seminggu tidak menjengah blogku ini...Apa khabar semuanya? semoga sentiasa di dalam lindungan ALLAH swt jua.
Maklumlah cuti sekolah, tak sempat nak update blog. Awal-awal cuti, kami dah bertolak balik ke kampung suami. Menjenguk Opah dan Tok Wan. Alhamdulillah, kedua-duanya masih sihat. Percaya tak pembaca, usia ayah mertua saya tu sudah 90++, tapi masih mampu berjalan. Cuma kurang pendengaran je...
Anak-anak juga seronok dapat mandi air sungai dan juga dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Kata orang inilah peluang, sekali-sekala balik ke kampung beramah mesra dengan ipar-duai serta sepupu sepapat.
Namun, kami tidak lama berada di kampung. Hari Isnin, kami bertolak ke Cameron Highlands pula. Sebenarnya sudah beberapa kali singgah ke sana tetapi kali ini, kami tempah dua buah bilik untuk bermalam bagi memenuhi hasrat anak yang bongsu untuk merasai kesejukan udara malam di Cameron Highlands. Bersemangat betul dia.