Rabu, 17 September 2014

ANTIOKSIDAN : KEPENTINGANNYA KEPADA KITA

Bismillahi Rahmanir Rahim...


Baiklah, para pembaca yang dirahmati Allah, hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang Antioksidan. Maklumlah di pasaran sekarang terlalu banyak produk antioksidan. Jadi eloklah kita tahu sedikit sebanyak tentangnya untuk menambahkan ilmu kita kenapa antioksidan ni penting untuk kita.


Semua orang tahu oksigen amat diperlukan dalam kehidupan seharian kita, namun ia juga boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada badan kita. 


Dalam proses psikologi yang biasa berkaitan dengan penggunaan oksigen, perubahan kimia yang berlaku  boleh menghasilkan molekul oksigen yang tidak stabil yang dikenali sebagai radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan struktur  antara sel-sel termasuklah DNA. 


Asap rokok

Radikal bebas ini juga akan terbentuk hasil tindakbalas terhadap faktor-faktor luaran seperti asap rokok dan pengambilan alkohol, pencemaran nitrogen dioksida dan ozon,  cahaya ultraviolet dan bentuk-bentuk radiasi yang lain termasuklah X-Ray. 


Jika unsur-unsur genetik dalam sel dicemari oleh radikal-radikal bebas ini dan tidak diperbaiki, ia akan ditiru dalam bentuk sel-sel yang baru yang menyumbang kepada kanser dan lain-lain masalah kesihatan. 


Radikal-radaikal bebas akan juga melemahkan dinding arteri yang membenarkan lemak-lemak berkumpul yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit jantung.


Walaupun begitu, sel-sel kita mempunyai agen-agen yang khusus untuk menentang radikal bebas ini dan membaiki molekul-molekul yang rosak yang dikenali sebagai ANTIOKSIDAN.


Vitamin C



Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkann antioksidan memainkan peranan yang penting untuk mencegah atau melambatkan penyakit jantung, kanser dan penyakit-penyakit lain dan membantu mengurangkan kerosakan sel, yang seterusnya melambatkan penuaan.


Antara vitamin-vitamin yang merupakan antioksidan yang penting ialah Vitamin C dan E. Mineral seperti Selenium juga merupakan antioksidan yang baik.
Vitamin E



Begitu juga karotenoid seperti beta-carotene dan lycopene. Glutathione juga merupakan antioksidan yang baik. 


Teh Hijau

Sumber-sumber antioksidan yang lain  seperti teh hijau, ekstrak biji anggur dan ginkgo biloba.
Vitamin C, Vitamin E dan Caratomax merupakan antara produk Antioksidan Shaklee. Selain itu, produk lain  ialah Vivix yang merupakan produk Antipenuaan yang dapat memperbaik sel-sel yang rosak serta membaiki DNA. (Boleh rujuk artikel saya yang terdahulu berkaitan dengan Vivix) Jadi, sebelum kita ditimpa oleh pelbagai penyakit moden masa kini, eloklah dicegah terlebih dahulu dengan mengambil supplemen antioksidan yang sesuai. 
Vivix Shaklee



Hanya sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 01126099465.

(Sumber rujukan: The Healing Power of Vitamins, minerals and herbs, Reader’s Digest)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan