Rabu, 17 September 2014

11 TIP UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

Bismillahi Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum,..

Kali ini, saya nak kongsikan 11 tip untuk meningkatkan kesuburan terutama dalam kalangan isteri. Namun begitu, para suami juga perlu tahu tip-tip ini kerana kadang-kala pihak suami kita juga sebenarnya juga mengalami masalah kesuburan...

Diharapkan tip-tip yang diberi dapat membantu pasangan yang dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak yang diidamkan. Sabar ya, mungkin ujian Allah juga buat kita.

Ok, di sini saya perturunkan dan kongsikan untuk tatapan bersama...

TIP 1 - FAHAMI PROSES KEHAMILAN

Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan. Baca buku-buku yang berkaitan untuk menambah ilmu tentang kehamilan atau ikuti seminar-seminar yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu.

TIP 2 - JUMPA DOKTOR

Pastikan bebas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor. Seelok-eloknya kedua-dua belah pihak bersama-sama membuat rawatan untuk memastikan kita tidak ada sebarang masalah yang mengganggu masalah kesuburan. Jadi usah malu, yang penting jumpa doktor.

TIP 3 - BERAT BADAN YANG IDEAL

Sekiranya mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan. Jadi  pastikan berat badan kita ideal mengikut BMI.

TIP 4 - KETAHUI WAKTU SUBUR

Hari subur wanita cuma 4-5 hari sebulan. Apabila kita subur, biasanya suhu badan akan meningkat. Untuk mudah, boleh guna alat khusus untuk mengesan kesuburan. Jadi isteri patutnya tahu tarikh suburnya kerana dengan mengetahui tarikh yang tepat, peluang untuk kita hamil adalah tinggi. Sebaiknya dicatatkan tarikh haid kita pada setiap bulan untuk mengtahui kitaran haid serta tarikh subur dengan tepat.


TIP 5 - HUBUNGAN SEKS YANG KERAP

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan wanita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari subur, berhubunganlah setiap hari.

TIP 6 - TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI

Pastikan kesihatan reproduktif suami pada tahap optimum dengan mempraktikkan cara hidup yang sihat.

TIP 7 - MULTIVITAMIN

Wanita disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat,

Manakala lelaki pula disarankan untuk mengambil supplemen  zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 


TIP 8 - BERSENAM SECARA RUTIN

Bersenam adalah cara untuk sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan  semasa bersalin. Jadikan senaman kita secara rutin hinggalah saat kehamilan dan kelahiran.

TIP 9 - MAKANAN YANG SEIMBANG

Mengawal pengambilan  makanan terutama apabila mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.


TIP 10 - KURANGKAN TEKANAN

Tekanan sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan. Jika agak stress terutama dengan bebanan kerja maka kita elok melakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan.

TIP 11 - JAUHI DADAH, MEROKOK DAN MINUMAN KERAS

Rokok, dadah, minuman keras merupakan antara bahan-bahan yang jelas diharamkan dalam Islam kerana mudaratnya lebih banyak daripada manfaat. Pengambilan bahan-bahan ini boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

Selain itu, Shaklee juga mempunyai produk yang sesuai untuk diambil mengatasi masalah kesuburan yang dihadapi oleh wanita dan lelaki. Sila rujuk di bahagian Produk Shaklee dalam blog ini untuk maklumat lanjut. 

Jika ada masalah atau sebarang pertanyaan hubungi saya di talian 01126099465.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan