Isnin, 1 Mei 2017

KRIM HERBAL BLEND : SOLUSI MASALAH KULIT


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Dah lama tak  buat entri tentang Shaklee ni. Hari ni akak nak cerita tentang produk Shaklee yang sentiasa "out of stok". Baru je restok, tak sampai beberapa minggu dah habis. Laku benar krim ni.

Kenapa agaknya krim ni sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna?

Ok, hari ni akak nak cerita tentang  produk Shaklee yang hebat ni.

 Antara kegunaan krim ini ialah:
  • Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Ramai yang dah mencuba memberi feedback POSITIF tentang penggunaan herbal blend ini ke atas anak-anak eczema. Alhamdulillah sangat membantu. Kalau terkena gigit nyamuk, semut atau serangga lain pun boleh sapu. InsyaAllah ianya selamat dan berkesan.
  • Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Mesti tidak selesakan bila tumit rasa kasar dan pecah. Nak pijak pun rasa sakit kadang-kadang. Bolehlah cuba herbal blend ini. InsyaAllah korang mesti suka nanti.
  • Ubat luka / melecur
InsyaAllah boleh ganti sebagai minyak gamat. Seeloknya bila ada luka atau lecur, sapu cepat2. Sediakan setiap rumah 1 herbal blend. Jadi tidak risau lagi kalau terkena percikan minyak panas ke, kena cakar kucing ke, terus sapu.
  • Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Bila puting ibu terkena gigitan anak, pastinya terasa pedih lebih-lebih lagi kalau sampai terluka. Jadi, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, boleh sapukan sahaja krim ini. Herbal blend ini sangat natural, tiada bahan sintetik dan dijamin selamat. Jadi tidak perlu risau.
  • Menghilangkan parut
Kalau anda atau anak anda terkena chicken pox atau campak, cuba sapukan cepat-cepat dengan herbal blend. InsyaAllah parut yang ada akan pudar dan hilang.
  • Ruam pada bayi
Bayi sangat-sangat senang terkena ruam terutamanya ruam lampin. Cuaca yang sangat  panas pun bayi senang terkena ruam. Jadi sapukan sahaja krim ini insyaAllah ia akan melegakan rasa pedih dan akan merawat ruam.
  • Losyen harian
Krim herbal blend ini boleh dijadikan sebagai losyen harian. Ia dapat melembutkan tangan anda. Herbal blend tidak berminyak, jadi tidak akan mengganggu kerja seharian anda.
  • Demam panas
Jika anak anda terkena demam panas, boleh disapukan ke seluruh badan. InsyaAllah badannya akan rasa nyaman dan berpeluh.

Banyak lagi kegunaan krim serbaguna ini. Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, cubalah sapu dengan krim ini. InsyaAllah dengan 1 tiub comel ini dapat mengembalikan kulit yang sihat dan selesa.

Tapi mulai bulan Mei ni, akak nak bagi tahu harga retailnya dah naik dari RM27.50 sebelum ni, sekarang dah jadi RM37.50. Banyak naik kan. Namun ia sangat tahan lama. Antara 5-6 bulan. Tengok kadar penggunaannya. Sangat-sangat menjimatkan.

Ramai customer akak yang sentiasa "repeat order" untuk krim ni.

Gambar-gambar di bawah antara testimoni yang telah terbukti keberkesanannya. Bahkan ada yang berjaya hilangkan parut akibat "chicken pox" serta membantu masalah jerawat.




Testimoni 1 - Masalah Ruam Bayi
                             
 
Testimoni 2 - Masalah Ekzema Yang teruk
 
Testimoni 3- Masalah Tumit Pecah

 
Testimoni 4 - Masalah Ruam Bayi

 
Testimoni 5 - Masalah Bengkak, gatal dan Alergik



Haa...macam mana? Ternyata testimoni yang akak berikan ni menunjukkan banyak kegunaan  Krim Herbal Blend. Salah satu kandungannya ialah  ekstrak daripada daun Rosemary serta bebas paraben dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya untuk kesihatan.


 

Gunakan dengan yakin. Krim ni buat masa sekarang(semasa entri ini ditulis) dah tak ada stok di HQ Shaklee tapi akak masih ada 10 tiub lagi khas untuk customer akak.

Jikalau ada yang dari luar Kuantan, nakkan juga krim ni, boleh saja. Akak poskan ke alamat anda. Hubungi akak segera ya di talian 01126099465(K.Wan)

#pengedarsahshakleekuantan
#superstarshaklee
#richteaempire

Selasa, 25 April 2017

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

Assalamualaikum semua...

Lama tidak bersua. Semoga semuanya sihat-sihat jua. InsyaAllah.

Hari ni akak nak kongsikan tazkirah yang diharapkan dapat dijadikan renungan buat kita bersama.

Jom baca...

27 Tanda-tanda anda telah menjadi hamba dunia:

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Aamiin.

#copypaste dari group whassaps

Rabu, 11 Januari 2017

Wakil Pengedar Shaklee Kemaman

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah, dengan izinya jua, akak masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog ni.

Berita baik untuk  orang-orang Kemaman!!! Sesiapa  yang berhajat untuk dapatkan produk Shaklee serta mendapat konsultasi secara percuma(khas untuk pelanggan kami sahaja)terutamanya tentang cara pengambilan nutrisi yang betul, jangan ragu-ragu untuk contact wakil pengedar Shaklee anda di Kemaman.

Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi:

1. Izzati :
           No. tel : 019-4028542
                               


2. Nur Ain:- No. tel : 014-5442835

Semoga dengan adanya wakil pengedar Shaklee di Chukai ini, masyarakat sekitar daerah Kemaman dapat membeli produk Shaklee tanpa perlu pergi ke Kuantan. Kadang-kadang akak pun kasihan,ada customer datang jauh dari Kemaman demi mendapatkan produk Shaklee. Semoga selepas ini urusan mereka akan lebih mudah.

Jadi sempena promo Vivix bulan Januari ni iaitu beli 6 botol dapat  7  botol atau beli 2 botol dapat diskaun 5% serta dapat keahlian secara percuma, bolehlah contact mereka ya. 

Jangan lupa beli Vivix ya...

#pengedarshakleekemaman
#superstarshaklee
#teaempire




Selasa, 3 Januari 2017

Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt semua...

Apa khabar? Akak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 walaupun agak lewat sedikit. Ada banyak urusan terpaksa diselesaikan sehingga tidak berpeluang untuk update blog.

Semoga semuanya masih dalam keadaan sihat sejahtera walaupun kita memulakan tahun baru 2017 dengan berita yang kurang menggembirakan iaitu berkaitan dengan kenaikan harga petrol.

Kita harap juga harga barang-barang tidak naik mencanak-canak seperti mana air bah yang sedang melanda sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sekarang. Sama-samalah kita berdoa agar banjir  di kedua-dua negeri tersebut surut dengan segera agar anak-anak sehabat kita dapat meneruskan sesi persekolahan masing-masing.

Tahun 2017 dijangkakan mungkin menjadi tahun yang amat mencabar dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu. Nilai ringgit masih lagi rendah. Bila nak naik ni??? Kalau ada lebihan duit tu, buatlah tabungan atau belilah emas sebagai aset simpanan penting memandangkan emas ni kalis inflasi.

Jika ada peluang, tambahkan lagi income kita dengan melakukan kerja-kerja sampingan.  Kalau ada  kemahiran tambahan seperti menjahit, membuat kuih-muih, kek atau sebagainya, gunalah kemahiran itu untuk menjana side income daripada kita asyik duk layan cerita-cerita TV3 tu, baik manfaatkan masa dengan sesuatu yang boleh menjana pendapatan sekaligus dapat membantu suami.

Kalau rasa tak ada kemahiran tertentu, jom join akak dengan buat bisnes Shaklee ni. Alhamdulillah, sambil-sambil duduk di rumah, kita dapat bonus Shaklee. Tak tau asas bisnes??? Tak pe, kita boleh belajar. Kita ada  support team yang kuat daripada team SuperstarShaklee di bawah Master Siti Salwa. Kalau betul-betul mahu, kita buat betul-betul. InsyaAllah boleh je.

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee???

Ini mungkin persoalan yang timbul dalam fikiran kita. Sebenarnya mudah sahaja nak jadi ahli Shaklee ni.  Baik, akak catatkan langkah-langkah yang perlu kita buat:
  1. Hubungi akak di talian 01126099465 (K. Wan)
  2. Bagi tahu kita ni berminat nak jadi ahli Shaklee
  3. Lepas tu beri maklumat yang dikehendaki untuk akak daftarkan secara online
  4. Apabila dah selesai didaftarkan, kita akan dapat mesej dari Shaklee. Mesej ni memberitahu password dan id kita.
  5. Dengan menggunakan password dan id ni, kita dah boleh login member. Kita perlu aktifkan akaun kita  terlebih dulu dengan menerima syarat-syaratnya.
  6. Seterusnya, bolehlah kita membeli-belah di laman web Shaklee tersebut. Hanya perlukan kad debit mana-mana bank, kita dah boleh membeli-belah produk Shaklee dengan harga ahli.
  7. Total pembelian akan dicampurkan sekali dengan yuran pendaftaran sebanyak RM69 dan kos pos RM10. Shaklee akan pos kepada kita sekali dengan kit bag,
  8. Tapi kalau rasa malas nak login tu, tak de masalah. Cuma transfer/bank in duit kat akak dan nyatakan produk yang nak dibeli...lepas tu akak akan uruskan. Mudah kan.   Apa tunggu lagi...jom lah segera mendaftar.

Sebaik-baiknya daftar melalui akak, supaya senang akak ceritakan perkara-perkara penting berkaitan dengan produk Shaklee ni. InsyaAllah dapat konsultasi percuma bagi yang join dengan akak.

Ok, kalau berminat tu, lekas-lekaslah pm/whatsapp akak...01126099465 (K. Wan)  

Lupa nak bagi tahu, bulan Januari ni promosi Vivix. Kita boleh borong terus 7 botol pada harga 6 botol atau beli 2 botol, dapat diskaun 5%. Alhamdulillah dapat free membership lagi. Tak payah dah bayar RM69 tu.

Jangan tunggu-tunggu lagi, masa ni kita perlu borong Vivix ni...kenapa??? Boleh baca tentang manfaat Vivix ni...

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan

Isnin, 26 Disember 2016

Resveratrol Dalam Vivix: Penawar Bagi Penyakit Diabetes

Assalamualaikum semua... Semoga sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt jua.

 Kadang kala  kita merasakan diri kita sihat-sihat sahaja. Maklumlah mungkin kita rajin bersenam, selalu ke gym, menjaga pemakanan namun begitu jangan lupa kadang-kala penyakit tetap datang menjenguk kita. Tambahan pula kalau kita semakin berumur. Mudah sangat terkena darah tinggi, stroke, kolesterol dan kadang-kala penyakit diabetes pun ada.

Hari ni akak nak kongsikan testimoni beberapa orang pesakit yang menghidap kencing manis yang telah berjaya menurunkan kadar bacaan kencing manis masing-masing dengan izin Allah selepas konsisten mengamalkan Vivix.


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4
Alhamdulillah hasil daripada testimoni ini, membuktikan kandungan Vivix yang penting iaitu Resveratrol berjaya membantu menurunkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis.

Bagaimana resveratrol membantu pesakit diabetes ni?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

Sebelum kaki kita dipotong ke atau terpaksa disuntik dengan insulin(halal??) ke, lebih baik kita ikhtiar dulu dengan cara yang lain.

Hanya dengan membeli dua botol Vivix sahaja, kita dah layak menjadi ahli Shaklee secara percuma.(*Jimat Rm69 untuk daftar ahli dan jimat RM10 kos penghantaran)  Dapat rebate lagi RM35. 

Kalau kita tidak mengalami masalah ini, mungkin ada ahli keluarga kita yang menghadapinya. Jadi tolonglah mereka terutamanya ibu dan bapa.

Nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapps akak di talian 01126099465 (K. Wan) atau tinggalkan komen di ruangan komen ya. 

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan