Rabu, 11 Januari 2017

Wakil Pengedar Shaklee Kemaman

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah, dengan izinya jua, akak masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog ni.

Berita baik untuk  orang-orang Kemaman!!! Sesiapa  yang berhajat untuk dapatkan produk Shaklee serta mendapat konsultasi secara percuma(khas untuk pelanggan kami sahaja)terutamanya tentang cara pengambilan nutrisi yang betul, jangan ragu-ragu untuk contact wakil pengedar Shaklee anda di Kemaman.

Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi:

1. Izzati :
           No. tel : 019-4028542
                               


2. Nur Ain:- No. tel : 014-5442835

Semoga dengan adanya wakil pengedar Shaklee di Chukai ini, masyarakat sekitar daerah Kemaman dapat membeli produk Shaklee tanpa perlu pergi ke Kuantan. Kadang-kadang akak pun kasihan,ada customer datang jauh dari Kemaman demi mendapatkan produk Shaklee. Semoga selepas ini urusan mereka akan lebih mudah.

Jadi sempena promo Vivix bulan Januari ni iaitu beli 6 botol dapat  7  botol atau beli 2 botol dapat diskaun 5% serta dapat keahlian secara percuma, bolehlah contact mereka ya. 

Jangan lupa beli Vivix ya...

#pengedarshakleekemaman
#superstarshaklee
#teaempire




Selasa, 3 Januari 2017

Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt semua...

Apa khabar? Akak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 walaupun agak lewat sedikit. Ada banyak urusan terpaksa diselesaikan sehingga tidak berpeluang untuk update blog.

Semoga semuanya masih dalam keadaan sihat sejahtera walaupun kita memulakan tahun baru 2017 dengan berita yang kurang menggembirakan iaitu berkaitan dengan kenaikan harga petrol.

Kita harap juga harga barang-barang tidak naik mencanak-canak seperti mana air bah yang sedang melanda sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sekarang. Sama-samalah kita berdoa agar banjir  di kedua-dua negeri tersebut surut dengan segera agar anak-anak sehabat kita dapat meneruskan sesi persekolahan masing-masing.

Tahun 2017 dijangkakan mungkin menjadi tahun yang amat mencabar dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu. Nilai ringgit masih lagi rendah. Bila nak naik ni??? Kalau ada lebihan duit tu, buatlah tabungan atau belilah emas sebagai aset simpanan penting memandangkan emas ni kalis inflasi.

Jika ada peluang, tambahkan lagi income kita dengan melakukan kerja-kerja sampingan.  Kalau ada  kemahiran tambahan seperti menjahit, membuat kuih-muih, kek atau sebagainya, gunalah kemahiran itu untuk menjana side income daripada kita asyik duk layan cerita-cerita TV3 tu, baik manfaatkan masa dengan sesuatu yang boleh menjana pendapatan sekaligus dapat membantu suami.

Kalau rasa tak ada kemahiran tertentu, jom join akak dengan buat bisnes Shaklee ni. Alhamdulillah, sambil-sambil duduk di rumah, kita dapat bonus Shaklee. Tak tau asas bisnes??? Tak pe, kita boleh belajar. Kita ada  support team yang kuat daripada team SuperstarShaklee di bawah Master Siti Salwa. Kalau betul-betul mahu, kita buat betul-betul. InsyaAllah boleh je.

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee???

Ini mungkin persoalan yang timbul dalam fikiran kita. Sebenarnya mudah sahaja nak jadi ahli Shaklee ni.  Baik, akak catatkan langkah-langkah yang perlu kita buat:
  1. Hubungi akak di talian 01126099465 (K. Wan)
  2. Bagi tahu kita ni berminat nak jadi ahli Shaklee
  3. Lepas tu beri maklumat yang dikehendaki untuk akak daftarkan secara online
  4. Apabila dah selesai didaftarkan, kita akan dapat mesej dari Shaklee. Mesej ni memberitahu password dan id kita.
  5. Dengan menggunakan password dan id ni, kita dah boleh login member. Kita perlu aktifkan akaun kita  terlebih dulu dengan menerima syarat-syaratnya.
  6. Seterusnya, bolehlah kita membeli-belah di laman web Shaklee tersebut. Hanya perlukan kad debit mana-mana bank, kita dah boleh membeli-belah produk Shaklee dengan harga ahli.
  7. Total pembelian akan dicampurkan sekali dengan yuran pendaftaran sebanyak RM69 dan kos pos RM10. Shaklee akan pos kepada kita sekali dengan kit bag,
  8. Tapi kalau rasa malas nak login tu, tak de masalah. Cuma transfer/bank in duit kat akak dan nyatakan produk yang nak dibeli...lepas tu akak akan uruskan. Mudah kan.   Apa tunggu lagi...jom lah segera mendaftar.

Sebaik-baiknya daftar melalui akak, supaya senang akak ceritakan perkara-perkara penting berkaitan dengan produk Shaklee ni. InsyaAllah dapat konsultasi percuma bagi yang join dengan akak.

Ok, kalau berminat tu, lekas-lekaslah pm/whatsapp akak...01126099465 (K. Wan)  

Lupa nak bagi tahu, bulan Januari ni promosi Vivix. Kita boleh borong terus 7 botol pada harga 6 botol atau beli 2 botol, dapat diskaun 5%. Alhamdulillah dapat free membership lagi. Tak payah dah bayar RM69 tu.

Jangan tunggu-tunggu lagi, masa ni kita perlu borong Vivix ni...kenapa??? Boleh baca tentang manfaat Vivix ni...

#superstarshaklee
#teaempire
#pengedarshakleekuantan