Jumaat, 26 Jun 2015

RAMADAN BULAN IBADAT

Alhamdulillah, hari ini genap sepuluh hari  kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga puasa kita ini diterima oleh ALLAH s.w.t.

Bagaimana dengan amalan tadarus al Quran kita???  Diharapkan kita dapat meneruskan sehingga khatam. Tip seorang ustaz kalau nak khatam al Quran katanya perlu baca 1 juzuk sehari. Jadi kalau lepas solat tu, sebaik-baiknya kita membaca empat muka surat al Quran. Jadi kalau lima kali solat wajib kita dapat selesai membaca satu juzuk al Quran...Jadi dalam sebulan berpuasa, kita dapat khatam 30 juzuk.

Tapi kita orang perempuan ni sukar sikit nak khatam. al maklumlah, kalau "bendera merah" naik terpaksalah bercuti tujuh, lapan hari...tak selesailah jawabnya. Jadi kalau nak khatam juga, kita perlu baca sekurang-kurangnya dua juzuk sehari, baru boleh cover. Apa-apa pun semua orang ada cara-caranya yang tersendiri kan.

Sabtu, 20 Jun 2015

TIP-TIP PUASA RAMADAN

Assalamualaikum  w.b.t buat semua...

Alhamdulillah  bersyukur  ke hadrat Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun  ini. Semoga Ramadan  kali ini bukan Ramadan  yang terakhir  bagi kita. InsyaAllah...

Sering kali apabila datang saja bulan Ramadan kita mula tergambarkan bazar-bazar ramadan yang muncul bak "cendawan tumbuh selepas hujan." Jadilah Ramadan disambut sebagai pesta makanan. Apa kata kali ini kita tukar kepada Ramadan ...pesta ibadah pula. Kurangkan kunjungan ke bazar-bazar Ramadan tu. Ambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah. Mungkin siapa tahu ia merupakan Ramadan Terakhir buat kita.... namun berdoalah moga ia bukan Ramadan terakhir.

Kali ini ingin saya kongsikan kuliah puasa dari sudut kesihatan  yang telah disampaikan  oleh  Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia). Semoga dapat dijadikan  panduan buat kita semua dalam  menjalani ibadah puasa pada kali ini.(mohon share ya doktor)

Selasa, 16 Jun 2015

RAMADAN KAREEM...

Assalamualaikum wbt buat semua ...

Alhamdulillah, dalam tempoh sehari lagi kita akan memasuki gerbang Ramadan, bulan yang penuh dengan kemuliaan yang diberikan Allah buat sekalian hambaNya. Bulan yang penuh rahmah dan berkah amat-amat ditunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Marhaban Ya Ramadan....

Semoga Allah sampaikan kita kepada bulan kemuliaan ini sehingga ke akhirnya. InsyaAllah. Berusahalah untuk merebut ganjaran pahala yang cukup besar disediakan Allah kepada kita, para hambaNya. Janganlah kita biarkan Ramadan kali ini berlalu dengan sia-sia dan kita berpuasa sekadar hanya mendapat penat, letih, lapar dan dahaga sahaja...

Dari Abu Hurairah ra:
           "Apabila tiba Ramadan, rasulullah saw bersabda, "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan penuh barakah, di dalamnya Allah wajibkan berpuasa, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam lebih baik dari seribu bulan. Siapa tidak mendapat kebaikannya sesungguhnya ia telah rugi."

                                                                             (Hadis Riwayat Ahmad)

Rabu, 3 Jun 2015

AIR ALKALI : ADAKAH BENAR-BENAR BAGUS UNTUK KITA?

Baru-baru ini, akak diperkenalkan dengan Air Kangen oleh seorang teman sekerja. Dikatakan air ini banyak manfaatnya kerana mempunyai kandungan alkali yang tinggi sekitar iaitu pH 8.5. Apa lagi teman-teman yang lain pun berebut-rebut memesannya termasuklah akak(ish...ish...ish...pantang  orang tunjuk barang baru cepat je order).

Dengan harga RM10.00 sebotol,  dan "refill" cuma RM7.00 menyebabkan jualan teman ini laku keras kata orang. "Repeat Order" pun sentiasa banyak. Tersenyum teman akak tu. 

Akak tak tahulah setakat mana keberkesanan Air Alkali Kangen ni tetapi katanya, amat bagus untuk kesihatan dan boleh menyingkirkan toksik daripada badan. Begitu juga amat baik katanya untuk pesakit kanser. Wallahu a'lam...sejauh mana kebenarannya tak pastilah.

Rupa-rupanya produk Shaklee juga mempunyai penapis air yang membekalkan air alkali yang pHnya sekitar 7.5.  Nak tahu tentang penapis air Shaklee ni tak?

Selasa, 2 Jun 2015

PROMOSI ISTIMEWA BULAN JUN 2015

Assalamualaikum..w.b.t.

Lama tak berblogging. Agak sibuk sepanjang bulan Mei lepas. Akak doakan semoga semua pembaca sihat walafiat dan dalam lindungan dan rahmat Allah jua. Musim cuti sekolah ni pun sibuk juga. Hujung minggu ni ada majlis kenduri adik pula...

Tapi  tak apa...bisnes mesti jalan juga...hihihi

Hari ni nak kongsi promosi istimewa sempena bulan Jun ni iaitu Vitamin E dan Sustained Release Vitamin C, beli 6 percuma 1. Dua Produk  istimewa yang patut diambil bukan sahaja oleh kaum wanita malah untuk lelaki juga.