Isnin, 23 Mac 2015

TIP-TIP PENJIMATAN...SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamualaikum w.b.t..

Pertamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t yang dengan keizinanNya masih lagi berpeluang hidup di atas muka bumiNya ini.

Mungkin pada saat ini, kita semua sibuk memikirkan tentang GST iaitu cukai barang dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti. Tambahan pula dengar berita banyak barang yang akan mengalami kenaikan harga...tentu pening hendak bajet kan. Apa lagi jika gaji bulanan pun orang kata cukup-cukup makan je...

Saya tak cerita pasal GST ni kerana ilmu kurang tentangnya. Apa yang nak saya kongsikan tentang langkah-langkah penjimatan yang kita boleh ambil sekadar perkongsian pengalaman sendiri terutama untuk bakal-bakal suami-isteri termasuk adikku juga...hihihi.

Apabila masalah ekonomi negara semakin gawat, ramailah yang berfikir bagaimana cara hendak mengatasinya. Adalah mula berfikir untuk tidak makan kat luar lagi atau, kurangkan membeli tudung(kaum hawalah ni...), tidak mahu membeli secara online malah ada yang tak nak lalu kat ATM. Macam-macam cara kita fikirkan. Mungkin ini juga merupakan langkah penjimatan...tapi sejauh mana ia berkesan.

Dahulu semasa mula-mula kerja(masa tu dah kahwin), akak masih ingat lagi bagaimana cik suami akak mengajar akak berjimat. mungkin kerana kami daripada keluarga yang susah, jadi kami agak berjimat-cermat  walaupun kami berdua bekerja.

Jumaat, 20 Mac 2015

BERHENTI MEROKOK

Assalamualaikum w.b.t. .

Dulu, saya pernah kongsikan bagaimana Encik hazrin berjaya berhenti merokok. Boleh baca dan tonton video tersebut (di sini ).

Kali ini, kita ikuti pula pengalaman salah seorang lagi bekas perokok yang berjaya berhenti merokok dengan mengamalkan pengambilan Vivix Shaklee.

Kalau nak tahu Encik Uzir ni mula merokok ketika berusia 14 tahun. Usia yang masih muda. Namun kerana ada kekuatan dalam diri untuk berhenti merokok serta dibantu dengan supplemen yang sesuai, beliau berjaya berhenti merokok.

Jadi, bolehlah ikuti pengalaman beliau ini dan kongsikan dengan sesiapa sahaja yang mempunyai niat hendak berhenti merokok. Mari sama-sama kita saksikan...

TESTIMONI IBU YANG KURANG KALSIUM MENYEBABKAN SAKIT TULANG

Assalamualaikum w.b.t. .

Pernah tak semasa bangun pagi, tiba-tiba rasa kaki amat kebas, kejang dan terasa  sakit yang amat sangat terutamanya semasa hamil. Saya pun pernah merasainya sehinggalah saya mengenali Ostematrik Shaklee, barulah rasa sakit tersebut hilang. Sebenarnya, ia berpunca daripada kekurangan kalsium, magnesium serta lain-lain zat dalam badan kita.

Macam mana tidak kurang kalsium dalam badan, minum susu pun segan. Bila berumur 40an terasalah mula sakit-sakit pinggang, sakit tulang belakang dan kebas-kebas kaki. Jadi buat kaum wanita khasnya ibu hamil, jangan buat tak kisah sahaja tentang ni. Jangan ingat kita masih muda, maka tidak perlukan vitamin ni. 

Saya pun Alhamdulillah dah konsisten dalam pengambilan Ostematrik ni. Bukan hanya masalah sakit-sakit badan hilang malah masalah sembelit yang saya alami bertahun-tahun sebelumnya juga hilang...

MUJAHADAH

Assalamualikum wbt dan salam petang Jumaat yang mulia..

Pada petang ini, saya nak kongsikan tazkirah yang diambil daripada perkongsian di Whatssaps Group tentang Mujahadah. Semoga dapat kita ambil ibrah daripadanya dan  Allah berikan ganjaran pahala kepada penulisnya...InsyaAllah.

                                **********************

"Membantah ketetapan Allah ketika turunnya ketentuan itu mematikan agama dan tauhid. Serta mematikan tawakkal dan ikhlas." Kata-kata al-Kailani dalam khutbah pertamanya yang dimuatkan dalam buku Fathu Ar-Rabbani.

Mujahadah adalah satu istilah yang sering kita dengar dan jumpa dalam pengajian tasawwuf atau akhlak. Perkataan ini berasal dari 'jihad' yang bererti usaha dan sungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai. Ia juga membawa pengertian penentangan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya. Dalam ilmu tasawwuf mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah.

Khamis, 19 Mac 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t..

Hampir seminggu tidak menjengah blogku ini...Apa khabar semuanya? semoga sentiasa di dalam lindungan ALLAH swt jua.

Maklumlah cuti sekolah, tak sempat nak update blog. Awal-awal cuti, kami dah bertolak balik ke kampung suami. Menjenguk Opah dan Tok Wan. Alhamdulillah, kedua-duanya masih sihat. Percaya tak pembaca, usia ayah mertua saya tu sudah 90++, tapi masih mampu berjalan. Cuma kurang pendengaran je...

Anak-anak juga seronok dapat mandi air sungai dan juga dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Kata orang inilah peluang, sekali-sekala balik ke kampung beramah mesra dengan ipar-duai serta sepupu sepapat.

Namun, kami tidak lama berada di kampung. Hari Isnin, kami bertolak ke Cameron Highlands pula. Sebenarnya sudah beberapa kali singgah ke sana tetapi kali ini, kami tempah dua buah bilik untuk bermalam bagi memenuhi hasrat anak yang bongsu untuk merasai kesejukan udara malam di Cameron Highlands. Bersemangat betul dia.  

Selasa, 10 Mac 2015

INGINKAN ESP SECARA PERCUMA...WOW, MACAM MANA TU!!!

Asslamualaikum w.b.t...

Kali ini, saya nak berikan ESP Shaklee secara percuma kepada dua orang pembaca blog saya ni. Ada sesiapa yang nak? OK, sila angkat tangan...alamak, minta maaf tak nampak lah pula...hiihihi. Maaf gurau je ya. 

Kenapa saya nak beri ESP Shaklee ni secara percuma? Sebenarnya, saya ingin merasai sendiri keistimewaan dan kelebihan produk ESP ni. Kata orang "tak kenal maka tak cinta". Sudah kenal maka teringat-ingat selalu. Ia juga sebagai tanda penghargaan saya buat para pembaca budiman yang datang berkunjung ke blog saya ini.



TIP-TIP KEMBALI KURUS SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum w.b.t....

Selalunya semasa hamil, kita cepat sangat naik berat badan. Almaklumlah orang kata makan untuk dua orang, jadi apa lagi makan pun kita tak jaga. Naiklah berat badan dengan mendadak.  Kalau sebelum kahwin berat badan 45kg tetapi semasa hamil, boleh naik hingga 70kg....banyak tu!!! Malah ada juga yang naik lebih lagi.

Masalahnya apabila dah bersalin, mulalah kita risau. Ingatkan berat akan turun selepas bersalin tetapi tidak sedangkan  semasa itu kita berada dalam pantang.  Puaslah berfikir cara nak kuruskan badan. 

Macam-macam produk slimming dicuba hinggakan ada pakej yang mahal-mahal  pun kita sanggup bayar demi untuk kurus kembali,,, ya tak.

Sebenarnya jangan ambil sembarangan set kurus ni, kerana banyak produk di pasaran sekarang ni tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Malah ada yang mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan kita. Jadi, hati-hati semua. Jangan mudah sangat terpengaruh. 

Isnin, 9 Mac 2015

ANDA ASMA??? KATAKAN TIDAK KEPADA INHALER

Assalamualaikum w.b.t...

Semasa membaca akhbar Sinar Harian petang tadi, saya terbaca tentang seorang mangsa yang telah dijumpai mati oleh tuan rumah ketika datang untuk mengutip sewa rumah. Mangsa dikatakan telah meninggal dunia kira-kira seminggu yang lalu. Di sisi mayat mangsa ada alat "inhaler"nya. Ini kerana mangsa merupakan pesakit asma. Sangat menyedihkan kerana mangsa tinggal sendirian sehinggakan selepas seminggu kematiannya barulah diketahui.

Walaupun mungkin kita katakan asma adalah asbab kematiannya tetapi hakikatnya memang sudah sampai ajal mangsa tidak dapat dinafikan. Kita pula bagaimana ya. Sentiasalah berdoa agar kita dikurniakan husnul khatimah iaitu mati dengan kesudahan yang baik.InsyaAllah.

Entri saya pada hari ini adalah berkaitan dengan  masalah asma ini. Masalah asma kadang-kala  amat merimaskan. Yalah terpaksa bergantung dengan "inhaler" dan nebulizer. Malah jika keadaan bertambah kronik terpaksa pula berulang alik ke hospital. Apakah penyakit ini tiada penawarnya???

  

Ahad, 8 Mac 2015

MEMPERBAHARUI IMAN YANG LUSUH...

Bismillahir rahmanir rahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah pada hari ini, ummi berkesempatan untuk mengikuti program Taffaquh fi Din yang diadakan di sekolah anak. Tajuk yang disampaikan oleh Haji Mohd Ghani bin Salleh  amat menarik hati Ummi untuk dikongsikan dengan rakan-rakan pembaca semua. Semoga kita dapat muhasabah diri kita adakah kita termasuk golongan yang telah lusuh keimanannya...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang daripada kamu akan usang(lusuh) seperti usang dan lusuhnya pakaian. Oleh sebab itu mohonlah kepada ALLAH swt agar dia memperbaharui iman dalam hati kamu,"
(Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Amr)

*hadis dihasankan oleh As-Suyuthi Al Jami' As-Syaghir dan disahihkan oleh Nasyiruddin al Bani Shahihul Jami'

Sabtu, 7 Mac 2015

SENGGUGUT HILANG TANPA PANADOL...

Assalamualaikum w.b.t...

Kaum hawa apabila sampai usia baligh akan mula didatangi haid.  Sesetengah kaum perempuan apabila didatangi haid atau 'period' akan mengalami masalah kesakitan yang amat sangat. Terpaksa ambil "pain killer" atau panadol untuk menghilangkan kesakitan tersebut.

Teringat masa mula-mula didatangi haid, memang tak terkata sakit senggugut ni. Terbaring je lah kat atas katil. Masa tu telan panadol sajalah untuk menghilangkan sakit senggugut. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tahu...huhuhu, rasa macam sakit nak bersalin...

Apakah Senggugut ?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.


Jumaat, 6 Mac 2015

HEBATNYA SEORANG ISTERI...

Assalamualaikum w.b.t...

Wanita sememangnya makhluk ciptaan ALLAH yang hebat. Realitinya di sebalik kelembutan dan kelemahan fizikal seorang wanita sebenarnya, dia seorang yang teguh dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Saya jua seorang wanita dan hanya wanita sajalah yang tahu tentang kelebihan seoarang wanita. Ya tak???

Apabila kita berkahwin, maka kita bergelar isteri  dan seterusnya dipanggil ibu oleh anak-anak. Pada masa itu, peranan kita semakin banyak. Kalau masih bekerja,  kita akan sibuk dengan tugasan di pejabat. Pulang ke rumah harus melaksanakan pula kerja-kerja rumah termasuklah menjaga anak-anak. Penat kan.

Namun adakah si suami mengerti tugas isterinya???(Para suami boleh komen ya).  Kalau dapat suami yang prihatin dan suka menolong, ringanlah sikit beban kita. Kalau tidak, terpaksa tanggung sendiri.

JANGAN MINUM SOYA...

Assalamualaikum w.b.t...

Apabila disebut saja tentang soya, ramai yang mengatakan keburukannya. Sampai saya sendiri pun takut nak minum susu soya ni.  Berikut saya senaraikan keburukan soya yang saya baca daripada salah satu blog.
 
ANTARA KEBURUKAN SOYA:

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.


Khamis, 5 Mac 2015

RAWAT DENGGI TANPA UBAT...


🚫 MAKLUMAT PENTING:
Kementerian Kesihatan Malaysia... KKM/327/D9AC Tarikh27022015.
PUTRAJAYA - Malaysia sedang menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat.

Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.




Rabu, 4 Mac 2015

GAYA HIDUP SIHAT CEGAH KANSER...

Assalamualaikum w.b.t....

Apa perasaan kita jika diberitahu oleh doktor bahawa kita menghidap kanser. Bukan tahap satu tapi tahap empat. MasyaAllah... tentu terperanjat dibuatnya. Apatah lagi jika diberitahu yang kita hanya ada beberapa bulan sahaja lagi untuk bernafas di bumi Allah ni...

Realitinya memang situasi ini banyak berlaku pada masa kini. penyakit kanser  ni sudah menjadi penyakit nombor satu di dunia. 

Ada pelbagai penyakit kanser atau barah ni seperti kanser tulang, serviks, prostat, otak, ovari dan lain-lain lagi.


Selasa, 3 Mac 2015

SUNGGUH MULIA HATINYA...

Assalamualaikum w.b.t..

Semasa beratur di kaunter pembayaran di sebuah pusat membeli-belah di Kuantan semalam, entah kenapa  tiba-tiba sahaja saya  tertarik melihat  gelagat seorang wanita yang berada di hadapan.  Pada awalnya saya tidak begitu menghiraukan barang yang dibelinya tetapi apabila melihat barang yang dibelinya,hati saya tertanya-tanya, dia ni peniaga ke...

Dalam troli yang ditolaknya terdapat lima botol besar minyak bunga matahari dan beberapa bungkus taufu. Oleh sebab naluri ingin tahu tu agak kuat, terus saya menegurnya.... "Adik, banyak beli minyak, nak niaga ke," tegur saya. Tapi dalam hati dah terfikir takkan orang guna minyak matahari untuk berniaga...bukan ke mahal tu.

Isnin, 2 Mac 2015

BOLEH TURUN KE DARAH TINGGI DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN???

Kawan baik saya memang merupakan pesakit darah tinggi. Jadi setiap hari tidak pernah "miss" untuk  makan pil bagi penyakit darah tinggi ni.

Saya cadangkan  kepadanya supaya cuba kurangkan pengambilan ubat darah tinggi kerana ia tidak baik untuk kesihatan kita. 

Dia tanya, " Habis tu nak ambil apa? Kalau macam tu bilalah penyakit aku nak baik. Keluar masuk wad lah jawabnya." 

"Alah, banyak cara lain lagi, kita boleh ikhtiar," jawab saya. 

"Bagaimana?" tanyanya pula.

TAHNIAH BUAT PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG STPM...

Hari ini, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bagi tahun 2014 diumumkan. Pelbagai  perasaan mengiringi langkah-langkah para pelajar yang pastinya berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diperoleh. 

Muka-muka gembira terlihat riang dengan keputusan cemerlang yang diperoleh. Maklumlah dua tahun "struggle" untuk peperiksaan ini, maka hari ini...khabar gembira sudah pastimeriangkan mereka.

Bagi yang berjaya dengan cemerlang. Tahniah diucapkan. Manakala bagi yang gagal, usah kecewa. Sebenarnya peperiksaan ini hanyalah satu permulaan untuk menghadapi kehidupan yang lebih rencam lagi pada masa akan datang.
Sumber Foto-Sinar Harian


Ahad, 1 Mac 2015

MASALAH RAMBUT GUGUR...

Assalamualaikum w.b.t...

Bagi wanita, rambut adalah mahkota yang amat berharga...Kita akan tampil lebih menawan jika mempunyai rambut yang panjang mengurai, cantik, sihat dan menawan.

Tapi jangan lupa, rambut adalah aurat bagi wanita. Jadi hanya buat suami yang tersayang dan orang-orang yang ada hubungan mahram dengan kita sahaja yang boleh melihat mahkota kita tu...

Namun, masalah besar kepada para wanita terutama wanita bertudung ialah keguguran rambut. Saya sendiri pun sama. Setiap kali sikat atau shampoo, maka rambut akan berguguranlah di atas lantai.