Sabtu, 28 Februari 2015

UBAT TAHAN MENGANTUK TANPA DADAH


Assalamualaikum w. b.t..

Selalunya apabila kita mengantuk pada waktu malam, mesti kita pekena kopi kan. Ya lah, kerja namnyak nak disiapkan tetapi mata dan tak boleh tahan. Rasa mengantuk sangat-sangat. Bak kata pepatah "orang mengantuk disorongkan bantal" apa lagi lenalah tidurnya.

Namun pengambilan kopi sebenarnya boleh mendatangkan mudarat apatah lagi buat ibu-ibu hamil. Ia boleh membahayakan janin dalam kandungan kita. Kafein yang terdapat dalam kopi amat membahayakan kesihatan kita.

Mungkin kebanyakan dari kita tidak menyedari bahawa kafein itu sebenarnya adalah dadah seperti nikotin dan alkohol. Ia boleh menyebabkan ketagihan iaitu kita terlalu berkeinginan terhadap makanan atau minuman yang mengandungi kafein itu. Kafein juga dikenali sebagai guareine dan mateine dimana ia boleh dijumpai daripada sumber semulajadi, samada daripada tumbuhan, kekacang atau bijian.

ATASI MASALAH KELETIHAN BADAN

Assalamualaikum w.b.t 

Terasa panasnya cuaca pada petang ini. Fenomena equinoks yang melanda negara mula menunjukkan kesannya. 

Baru sahaja mendapat cerita tentang seorang pelajar iaitu Areven a/l Navies yang meninggal dunia akibat pendarahan di otak(Intracranial Bleed)  semasa melakukan latihan bola sepakdi padang sekolahnya. Bedah siasat kemudiannya mendapati mendiang mengalami strok haba.  Takziah kepada keluarga mangsa.

Jadi, eloklah kita kurangkan aktiviti di luar terutama dalam keadaan cuaca yang panas ekstrem ni. jangan lupa pesan kepada anak-anak dan diri kita sendiri untuk meminum lebih banyak air kosong. Jaga kesihatan kita.

Ahad, 22 Februari 2015

TIP-TIP BAGI MENGHADAPI CUACA PANAS EKSTREM

Assalamualaikum w.b.t...

Dalam sehari dua ni, media massa termasuk media sosial bercerita tentang impak besar yang bakal melanda negara iaitu fenomena cuaca panas ekstrem. Dikatakan  negara kita bakal berdepan dengansituasi ini mulai minggu depan sehingga awal April.

Jabatan Meteorologi juga mengatakan suhu bakal mencecah hampir 38 darjah Celcius(amat tinggi tu hampir sama dengan purata suhu di Mekah).


CUACA PANAS EKSTREM BAKAL MELANDA NEGARA, BOLEH BAWA MAUT...

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

Sabtu, 21 Februari 2015

PARAS HEMOGLOBIN RENDAH MERUNSINGKAN IBU HAMIL

Assalamualaikum w.b.t..

Selalunya apabila hamil, masalah paling utama yang saya hadapi ialah kadar hemoglobin(Hb) yang agak rendah. Pernah suatu ketika, paras Hb turun hingga ke 9.0 sahaja. Apa lagi bisinglah jururawat yang bertugas.  Macam-macam yang disarankan untuk diambil. Pelbagai jenis vitamin diberi seperti Iron dan Asid Folik. 

Ada rakan menyarankan pengambilan Obimin. Katanya, Obimin dapat meningkatkan paras Hb. Oleh sebab bimbang dengan bebelan jururawat lagi, saya terus mencari Obimin dan Alhamdulillah memang paras Hb mula meningkat. Selain itu, saya juga banyak makan "seafood" serta sayur-sayuran seperti bayam.  Pada masa itu, belum kenal produk Shaklee lagi.

Mengapa paras Hb yang rendah boleh memudaratkan wanita yang hamil?

Saya akan kongsikan sedikit ilmu hasil pembacaan tentang Hb ni.

Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Rabu, 18 Februari 2015

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015

Salam Satu Malaysia buat semua...

Di sini, Admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan yang berbangsa cina dan  masyarakat cina di Malaysia seluruhnya. 

Semoga tahun ini mendatangkan kebahagian, kemakmuran dan keharmonian kepada semua khasnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Perbezaan agama, kaum dan budaya bukanlah satu penghalang untuk kita saling menjalinkan hubungan silaturrahim sesama kita. 

Teringat semasa kecil-kecil dahulu. Apabila datang sahaja Tahun Baru Cina, kami adik-beradik akan menantikan juadah kuih bakul yang diberikan oleh taukeh cina yang tinggal di kampung kami. Kami juga akan berkunjung ke rumah mereka. 

Selasa, 17 Februari 2015

MUKA BERPARUT AKIBAT 'CHICKEN POX'...MALUNYA!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia buat semua warga maya...

Malunya rasa apabila wajah kita yang sebelumnya bersih, licin, putih...tiba-tiba penuh dengan parut-parut hodoh yang menyebabkan kita rasa tak nak keluar rumah. Bukan hanya muka malah satu badan penuh dengan parut-parut yang mencacatkan pandangan mata.

Namun nak buat macam mana, ALLAH izinkan kita terkena penyakit "chicken pox ini". Suka atau tidak suka itulah kesannya. Mungkin ALLAH nak menguji  sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadapnya...jadi, bersabarlah..

Betul ke parut-parut akibat 'chicken pox" ni sukar untuk hilang???  Sebenarnya tidak. InsyaAllah jika kena caranya serta dibantu dengan pengambilan supplemen yang sesuai, muka dan badan yang penuh parut-parut tu akan kembali pulih, bahkan jadi lebih comel...
Chicken pox peringkat awal dan akhir

Isnin, 16 Februari 2015

SENGSARA GASTRIK KRONIK HILANG SECARA TIDAK SENGAJA

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Kali ni, saya nak sentuh tentang penyakit Gastrik. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mengalami masalah gastrik ini. Semoga entri pada kali ini dapat membantu kita mengatasi penyakit gastrik yang mungkin ditanggung sekian lama. Pernah juga mengalami rasa sakit akibat gastrik apabila tersilap mengambil ubat semasa perut kosong menyebabkan sakit perut  yang teramat sangat. Tak dapat digambarkan...

Saya tertarik dengan info yang dikongsikan oleh Dr. Mohd Faisal Jabar yang merupakan Pakar Peruding Umum Pembedahan Laparoskopi yang diterbitkan Utusan Online berkenaan dengan penyakit gastrik ni.  Jom sama-sama kita tambah ilmu dan boleh dikongsikan dengan rakan-rakan kita yang mempunyai masalah ini.


Apa itu Gastrik?

Jumaat, 13 Februari 2015

SERIK NAK HAMIL KERANA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG...

Assalamualaikum w.b.t..

Seronok dan teruja kerana baharu sahaja menimang cahayamata. Apatah lagi anak pertama. Gembira hati si ayah. Si ibu apa lagi lebih-lebih gembira, Maklum sajalah selepas sembilan bulan membawa bebanan yang berat, akhirnya perut kembali kempis.

Namun ada masalah pula semasa berpantang. Sembelit...aduh sakitnya semasa nak meneran. Kalau kuat-kuat sangat nanti jahitan terbuka pulak...Macam mana nak buat ya...

Mungkin anda mengalami masalah ini bukan...sembelit ni kadang-kala merimaskan. Tambahan pula jika sudah dua tiga hari. Tak selesa rasanya. Saya pun pernah mengalami masalah yang sama. Rasa derita sangat apabila tak dapat buang air besar setiap hari. Pelbagai cara dibuat. Makan macam-macam untuk melawaskan pembuangan air besar. Masa tu tak kenal lagi Shaklee. Sampai sekarang keadaan berlanjutan sehinggalah berjumpa produk Shaklee. Masalah sembelit ni semakin berkurangan. Produk apa ya...

KEHILANGAN YANG SUKAR DICARI GANTI...

Assalamualaikum w.b.t..

Jam 10.00 malam, bunyi mesej masuk tidak berhenti-henti... Dalam fikiran, ah biarkan sahajalah. Mesej biasa dari pelbagai 'group'...Group Shaklee, Group Family malah Group kat tempat kerja sentiasa berbunyi. Tambahan pula semasa itu, sibuk menggosok baju untuk dipakai keesokan harinya.
Selesai menggosok, barulah dilihat mesej yang masuk.. Ya Allah terkejut rasanya....pemergian seorang tokoh politik dan tokoh ulamak yang disegani rakan dan lawan memenuhi ruangan mesej. 


Sabtu, 7 Februari 2015

MENGAPA DOA KITA TIDAK DITERIMA???

Assalamualaikum w,b,t....

Doa dianggap "otak ibadah". Sepanjang hidup kita, tak dapat tidak pasti akan mengadu kepada ALLAH dan memohon doa dalam apa jua urusan hidup kita. Adakah ada antara kita yang tidak pernah berdoa? Rasa-rasanya tidak ada.   Kalau kita tidak pernah berdoa, sebenarnya kita ialah hamba ALLAH yang paling sombong. Sedangkan ALLAH berfirman yang bermaksud:

  "Dan berkata Tuhan kamu, Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan!"

                                                                     (Surah al- Ghafir, ayat :60)

Jelas bahawa berdasarkan ayat tersebut, ALLAH meminta kita supaya berdoa kepadaNya. InsyaAllah apa yang kita minta akan dimakbulkan oleh ALLAH. 

ADAKAH ANAK KITA MENDAPAT PENDIDIKAN YANG TERBAIK?

Leka melihat si Iqbal dan Naimie bermain-main dengan rakan-rakannya di padang berhampiran. Gelak ketawa  dan aksi mereka mengimbau kenangan silam. Saat kita masih kecil dan masih di bangku sekolah rendah... 

Dunia anak-anak memang penuh dengan keseronokan. Tiada perasaan bimbang. Yang penting, gembira sahaja. Si Naimie yang sudah mahir berbasikal mengayuh laju meninggalkan adiknya. Lucu juga dengan telatah mereka.

Kadang-kadang terfikir juga adakah kita sudah memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita. Sudah mantapkan pegangan agama mereka. Akhlak mereka macam mana? Bacaan al Quran mereka sudah lancar ke. Solat mereka sudah sempurna ke dan bermacam-macam lagi persoalan yang timbul.

Gambar hiasan

Rabu, 4 Februari 2015

EMPAT PRODUK SHAKLEE MENJADI PROMOSI FEBRUARI...

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt kerana setiap bulan pihak Shaklee sentiasa membuat promosi untuk produk-produknya. dengan adanya promosi ini dapatlah kita membeli dengan harga yang lebih rendah dengan cara berkongsi atau untuk kegunaan sendiri.

Empat produk yang menjadi promo pada bulan ini ialah Vitalea untuk dewasa, Vitalea untuk Kanak-kanak, Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet.  




Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan produk promo ini dengan harga promo, boleh hubungi saya di talian 01126099465(Wan).

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK BERBAHAYA!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga dalam limpahan rahmat kurniaan ALLAH swt jua.

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang produk-produk berbahaya yang terdapat di dalam pasaran kita. Penjualan produk-produk yang secara meluas dan berleluasan amat membimbangkan.

Sebagai pengguna, kita wajar mengambil berat tentang produk yang kita ambil supaya ia tidak mendatangkan risiko yang teruk terhadap diri kita.