Selasa, 25 November 2014

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.
 
Cuti sekolah telah pun bermula. Para pelajar dan guru akan bercuti hampir 40 hari. Pelajar pasti rasa gembira kerana tidak perlu menatap buku dan mendengar leteran guru di sekolah. Manakala para guru pula dapatlah meluangkan masa dengan anak-anak di rumah selepas bertungkus-lumus dengan pelbagai aktiviti di sekolah sepanjang hampir 11 bulan. Selamat berehat para pelajar dan guru. Jumpa lagi di sesi persekolahan tahun 2015 yang pastinya lebih mencabar!!!
 
Pada masa cuti inilah, ibu bapa perlu ambil peluang untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Jika boleh lapangkan masa untuk bersama anak-anak. Jika bekerja, mungkin kita perlu mengambil cuti sekali-sekala. Bawa anak-anak pulang ke kampung untuk menziarahi tuk wan dan opah mereka untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim.
 
Ibu bapa juga boleh bawa anak-anak melancong ke mana-mana(jika ada kemampuanlah) atau hantar anak-anak mengikuti kem motivasi ke, khemah ibadat ke atau apa-apa sahaja yang bermanfaat untuk anak-anak.
 
Selain itu, kita juga boleh sediakan aktiviti yang sesuai di rumah sendiri seperti riadah bersama, membaca al-Quran, al-Mathurat atau buat usrah keluarga. Bukan sahaja ukhuwwah dapat dijalin malah dapat menambah pengisian ilmu untuk kita sendiri dan anak-anak.
 
Saya sendiri masih tidak sempat ke mana-mana. Baru selesai Majlis Ihtifal/Kecemerlangan untuk anak-anak yang Prasekolah dan Tahun 6. Hari minggu pula, anak keempat ada majlis berkhatan beramai-ramai. Jadi terpaksalah menjaga dia sehingga sembuh.
 
Hari ni, keputusan UPSR akan dikeluarkan. Berdebar juga menanti keputusannya. Anak saya yang ketiga dah tak sabar-sabar. Sedih tak dapat hadir bersama. Cuma Ummi doakan Nabila berjaya....
 
Semoga kita sama-sama dapat menjadikan cuti sekolah ini sesuatu yang bermakna buat anak-anak. Jangan dibiarkan mereka leka dengan menonton televisyen atau bermain 'gajet-gajet' yang canggih sahaja. Apa-apa pun saya nak ucapkan "Selamat Bercuti " buat semua.   
 
 

Khamis, 6 November 2014

TESTIMONI "SUPERB" OMEGA SHAKLEE!!!

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Hari ni, saya tak nak berceloteh panjang. Jom, sama-sama baca testimoni "superb" pengguna Omega Shaklee...

Masalah selesema makin berkurangan


Tidak perlu guna nebulizer lagi





Saksikan video berikut:



Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama, jangan tunggu-tunggu lagi, dapatkan Omega Shaklee hari ini. InsyaAllah, semoga masalah kita dapat diatasi...setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati...

Hubungi saya di talian 01126099465(Wan)

Ahad, 2 November 2014

PROMOSI BULAN NOVEMBER : OMEGA SHAKLEE(BELI 6 PERCUMA 1)



Bismillahi Rahmanir Rahim…


Assalamualaikum dan salam sejahtera  buat  rakan-rakan pembaca, 

Pada kali ini, saya Cuma nak   menwar-warkan   promosi    Shaklee untuk Bulan November ni iaitu Omega Guard     Shaklee.    Seperti biasa     Shaklee    tawarkan   untuk setiap pembelian   6 botol akan mendapat percuma satu botol. 


Kebaikan dan manfaat Omega Guard Shaklee terutama untuk pesakit darah tinggi ni telah saya,tulis dalam artikel saya sebelum ni. Boleh rujuk di sini.


Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Semua golongan boleh mengambilnya. Ia sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, pesakit darah tinggi, kencing manis dan hypertension. Juga amat baik dan sesuai diambil oleh  pelajar-pelajar untuk meningkatkan kecerdasan mereka(elok diambil dengan Meal Shake sekali). 


Omega Guard Membantu Ibu-ibu Hamil dan Menyusu

  
Omega Guard Membantu Pesakit Kritikal
Khusus untuk pesakit darah tinggi - dapat menurunkan tekanan darah, membantu menurunkan kolesterol. 

Manakala bagi  pesakit kencing manis - membantu mengawal kandungan gula dalam badan




 Faedah Bagi Kanak-kanak

Setiap ibu bapa pasti mendambakan anak-anak yang cerdas,  pintar dan sihat jadi kita perlu menjaga pemakanan anak-anak sejak dari dalam kandungan. Pengambilan Omega Guard dapat membantu perkembangan intelektual anak anda menjadikan dia lebih pintar dan cerdas.

Selain itu, ia membantu kanak-kanak ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) iaitu gangguan perkembangan dalam peningkatan aktiviti motor anak-anak(hyperkinetik disorder) hingga menyebabkan aktiviti anak-anak yang tidak lazim dan cenderung berlebihan. Hal ini ditandai dengan pelbagai keluhan perasaan gelisah, tidak boleh diam, tidak boleh duduk dengan tenang, dan selalu meninggalkan keadaan yang tetap seperti sedang duduk, atau sedang berdiri. Beberapa kriteria yang lain sering digunakan adalah suka aktiviti berlebihan, dan suka menimbulkan masalah.

Omega guard juga dapat membantu kanak-kanak yang mengidap asthma atau lelah.



Tambahan bonus untuk anda iaitu bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, omega guard dapat meningkatkan metabolisme, membantu menghalang pembentukan lemak dan membantu mengawal selera makan.

Banyakkan faedah Omega Guard, jadi apa lagi dapatkan segera. Ia selamat, berkesan dan hasil dari alam semulajadi iaitu dari minyak ikan.



Jadi, jika anda atau ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi, eloklah ambil Omega Guard Shaklee ni. InsyaAllah dengan pengambilan yang berterusan, dapat membantu  menyelesaikan masalah yang kita hadapi.  


Kita berusaha dan bertawakkal, Allah jua yang menentukan.

Untuk mendapatkan harga special dari saya, sila contact - 01126099465


Sabtu, 1 November 2014

KELEBIHAN PUASA SUNAT AS-SYURA(10 MUHARRAM)


Bismillahi Rahmanir Rahim.
 
Assalamualaikum w.b.t…

Awal Muharram 1436H bersamaan dengan 25 Oktober 2014 Masihi baru sahaja kita sambut pada hari Sabtu yang lalu. Hari ini sudah masuk 9 Muharram. Kita disunatkan berpuasa pada hari ini dan esok iaitu 10 Muharram(hari As-syura). Jadi , kepada yang berpuasa pada hari ini diucapkan “Selamat Berpuasa”. Semoga Allah ampunkan segala dosa yang kita lakukan sepanjang tahun lepas.



Biasanya, apabila masuk sahaja bulan ni, saya teringat zaman kecil-kecil dulu, sibuklah orang kampung membuat bubur assyura. Beberapa kawah akan dimasak untuk santapan seluruh warga kampung. Saya masih ingat, kami tak sabar-sabar untuk menikmatinya terutama dalam keadaan bubur yang masih panas. Dahulu makan pun dalam tempurung kelapa. Sedap rasanya. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Sebenarnya, bukan bubur sahaja yang perlu menjadi tumpuan kita dalam bulan ini tetapi juga kelebihan berpuasa pada 10 Muharram itu yang patut dikejar.  Menurut Hadis yang diriwayatkan  daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.



 إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا

 Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )





TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK PAHANG DARUL MAKMUR!!!





Assalamualaikum wbt...

Berita gembira buat seluruh rakyat Pahang apabila pasukan bola sepak Pahang di bawah bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hasan muncul sebagai juara Piala Malaysia setelah berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim(JDT) 5 – 3 melalui tendangan penalti setelah seri 2 –  2 dalam pertandingan akhir yang bersiaran langsung malam tadi. Semuanya  penyokong berdebar dengan aksi-aksi pemain yang berentap di tengah padang. 

Walaupun JDT dibarisi oleh pemain-pemain hebat  tetapi pemain Pahang juga tidak kalah hebatnya. Syabas atas semangat juang Pasukan Tok Gajah yang membara . Walaupun saya bukan anak jati Pahang tetapi setelah kami 11 tahun menetap di sini, sudah rasa menjadi sebahagian daripada orang Pahang.  Saya tidaklah fanatik sangat tentang bola sepak tetapi kadang kala minat juga apabila melihat rakan-rakan sekerja begitu bersemangat dengan slogan “hogoh Pahang hogoh”. 

Begitulah adat pertandingan, kalah atau menang memang lumrah.  Kepada pasukan JDT diharap dapat berusaha lagi pada tahun hadapan. 

Maklumat terkini khusus buat orang Pahang, Menteri Besar Dato’ Adnan mengumumkan Pahang akan bercuti pada hari Isnin ini iaitu 3 November sebagai meraikan kemenangan Pasukan Bola sepak Pahang. Bolehlah  sambung cuti lagi bagi yang bekerja dan bersekolah.

Cuma pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula pada hari Isnin ini iaitu 3 November,  jangan bercuti pulak, exam tetap akan berjalan seperti biasa. Jadi pegawai dan guru yang bertugas juga sama terpaksalah bertugas pada hari tersebut. Selamat menjalankan tugas.