Khamis, 23 Oktober 2014

AMALAN-AMALAN SEMASA HAMIL




Assalamualaikum w.b.t…

Gembira, ceria dan bangga tergambar di raut wajah seseorang wanita apabila doktor mengesahkan berita gembira bahawa dia telah positif hamil. Kesyukuran ke hadrat Allah tidak lupa dipanjatkan. Berita gembira ini pasti tidak lupa untuk dikongsikan bersama suami tercinta. Apatah lagi jika sudah lama berkahwin dan baru sahaja berpeluang untuk menimang cahaya mata pertama. Begitulah perasaan saya dan rasanya  juga kepada semua wanita yang telah berumah tangga. 

Saya sendiri agak lewat juga menimang cahaya mata pertama akibat tiga kali mengalami keguguran. Jadi kehamilan seterusnya, saya mendapat perhatian khusus dari pakar perubatan sehinggalah kandungan saya masuk bulan keempat.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hingga ke saat kelahiran anak sulung iaitu seorang bayi lelaki yang beratnya 3.25 kg. Besar juga untuk anak pertama.


Sehinggalah akhirnya saya berjaya memperoleh lima orang cahaya mata iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Boleh dikatakan semuanya lahir dalam lingkungan berat 3.95 kg hingga 4.1 kg. Memang masa mengandung saya , selera makan agak bertambah. Agaknya pengambilan Obimin  dan pil-pil lain menyebabkan saiz anak agak besar. 

Rabu, 22 Oktober 2014

KANAK-KANAK AUTISM: PUNCA DAN CIRI-CIRINYA



Kasihan melihat tangan sahabat saya yang mengalami lembam-lembam di sana sini sehingga meninggalkan parut hitam akibat gigitan anaknya yang berumur enam tahun. 

“Kenapa ni Azni?” Tanya saya.
“Apa lagi kak Wan kena gigit dengan anak saya lah, jawab Azni.
“Ya Allah, kasihannya. Sabar ya Azni”, kata saya.
“Tak pe kak Wan. Dah biasa dah” jawab Azni pula.

Itulah sahabat saya,  Azni, seorang ibu yang sabar dan tabah kerana mempunyai seorang anak yang mengidap Autism. Menurut Azni, anak-anak Austism ni mempunyai kelainan berbanding dengan kanak-kanak biasa. Biasanya mereka tidak boleh makan makanan bergula secara berlebihan kerana akan meningkatkan lagi keagresifan mereka. Kanak-kanak ini juga suka main secara bersendirian seolah-olah berada dalam dunia mereka yang tersendiri. 

Menurut Azni, anaknya amat ingat jalan yang dilalui setiap hari untuk ke sekolahnya(Sekolah khusus untuk kanan-kanak ini). Jadi jika, dia cuba melalui jalan lain, maka anaknya akan menyuruh dia melalui jalan yang sama.  Banyak lagi pengalaman yang Azni ceritakan tentang anaknya yang Autism ni. Kesabaran dan pengorbanan seorang ibu amat perlu. Syabas kepada ibu-ibu yang penyabar seperti sahabat saya ini. Semoga Allah berikan ganjaran yang besar buatnya dan ibu-ibu yang lain. 

Isnin, 13 Oktober 2014

BAJET 2015: APA YANG KITA DAPAT???



Bismillahi Rahmanir Rahim…

Bersua kembali dan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang masih sudi berkunjung ke blog ini.

Kali ni,  perkongsian yang berbeza sedikit. “Off record” kata orang putih.  Kali ni kita nak lihat topik semasa yang masih hangat diperkatakan iaitu isu ‘Bajet 2015’ yang baru sahaja dibentangkan di Parlimen oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sudah empat hari bajet dibentangkan, nampaknya ia masih lagi menjadi bualan semasa tak kira muda atau tua. Ada yang gembira, ada yang tak kisah, ada yang biasa-biasa sahaja malah mungkin ada yang sedih. Apakah yang anda dapat daripada Bajet 2015 ini? 

Saya bukanlah penganalisis ekonomi. Jadi, tidaklah pandai sangat untuk menilai Bajet 2015 ni. Saya hanya mampu membuat penilaian kasar berdasarkan rakyat marhain sahaja. 

Bagi penjawat awam, mungkin gembira mendapat bonus setengah bulan pada Januari tahun depan .(Berita terkini, mungkin bulan Disember nanti) Hampir  8 juta rakyat pula akan berkongsi Bantuan Rakyat 1Malaysia(BRIM) yang membabitkan kira-kira RM6 bilion iaitu kenaikkan dari RM600 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah.

Ahad, 12 Oktober 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : MANFAATNYA KEPADA KITA



Energizing Soy Protein Shaklee telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia disebabkan manfaatnya berdasarkan kajian klinikal yang dijalankan ke atas produk ini yang mengandungi  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.


ESP mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang membolehkan kita bertenaga dan tahan selama berjam-jam.


Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.


ESP adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda, tidak kira perempuan atau lelaki semua boleh mengambilnya.


Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.


Manfaat utama Energizing Soy Protein Shaklee ialah:



SELAMATKAH SOYA YANG KITA AMBIL???



Sudah tentu bermain-main dalam kepala kita, bagus sangat ke Energizing Soy Protein Shaklee ni berbanding produk soya lain yang terdapat di pasaran?? Bukankah ada  pendapat yang mengatakan pengambilan soya boleh melemahkan daya ingatan dan boleh menyebabkan kanser, lemah tanaga batin dan bermacam-macam lagi keburukan soya. Apa bezanya ESP ni dengan produk soya yang lain. 


Di sini saya nak kongsikan  info tentang soya yang dipetik daripada blog Mommy Lyna…Semoga kita dapat maklumat yang  berguna tentang soya ni. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk blog Mommy Lyna.


Untuk pengetahuan anda sebenarnya terdapat pelbagai jenis soya di pasaran. Ada dalam bentuk asal iaitu kekacang soya, serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah kita pasti yang soya yang kita  ambil selamat?

PROMOSI ESP KEMBALI LAGI…


Bismillahi Rahmanir Rahim…


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.

Sudah bersawangkah blogku ini…maklumlah lama tak menjenguk.  Kesibukan pada akhir-akhir tahun ni agak tidak mengizinkan saya berblogging. Hanya hujung minggu ni ada peluang. Dapatlah ‘update’  blog.


Tak sangka pula pada bulan Oktober ni, sekali lagi  Shaklee membuat promosi  produk Energising Soy Protein(ESP) .  Awal tahun dulu, kalau tak silap bulan Februari  dah promosi ESP. Ni bulan Oktober  pula. Kenapa agaknya ya!!!


Mungkin antara faktornya produk ESP ni paling laris di pasaran. Banyak pengguna yang telah memberikan respon positif apabila menggunakan ESP.  Bahkan ramai yang mengulang beli setelah pertama kali menggunakannya.




Jadi kepada yang belum mencuba produk ESP ni, boleh ambil peluang sekarang. Beli enam, percuma satu. Kongsikan dengan rakan-rakan atau saudara-mara. Harganya akan jauh lebih murah dan dapat keahlian percuma seumur hidup.  

Berikut antara kebaikan ESP :


Kalau tak  nak beli enam ‘can’ tu, tak apa boleh cuba satu ‘can’ dulu. Saya akan berikan harga yang sama dengan promosi (harga istimewa untuk anda). Bagaimana berminat? Jangan segan-segan untuk hubungi saya di talian 01126099465(Kak Wan)