Sabtu, 28 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kerana dapat menunaikan ibadah terawih dan seterusnya berpuasa pada hari ini. Bumi Kuantan pada awal pagi ini agak sejuk seketika kerana cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai membasahi bumi.

Anak-anak pun mudah bangun untuk bersahur. Syukur hari pertama berpuasa jatuh pada hari Ahad. Jadi, mereka taklah penat sangat kerana berada di rumah.

Program Madrasah Ramadan selama sebulan bermula pada hari ini. Semoga kita telah persiapkan diri untuk ditarbiyyah oleh Allah dengan meningkatkan amalan wajib dan sunat kita.  Selain melaksanakan ibadah puasa, ibadah-ibadah lain seperti solat lima waktu, solat-solat sunat(terawih, tahajud, hajat, rawatib dsb) perlu dipertingkat. Tak lupa juga basahkan lidah kita dengan kalimah zikrullah, bertahmid, bertasbih serta berselawat ke atas Rasulullah saw. Selain itu, jangan dilupakan amalan bersedekah.  Sedekahlah walaupun sedikit. Mungkin yang sedikit itu dinilai tinggi di sisi Allah. Jadi ambil kesempatan untuk bersedekah pada setiap hari. Semoga kita peroleh ganjaran pahala yang besar dari Allah. 

Diriwayatkan dalam hadis Qudsi oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Allah swt berfirman: 'Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.'

PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, esok merupakan 1 Ramadan 1435H bersamaan 29 Jun 2014 merupakan permulaan puasa bagi seluruh umat Islam.


Banyakkan mengucap syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah dan bulan kemuliaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ahlan wassahlan ya Ramadan. Ramadan Kareem..

Semoga kita penuhi  masa kita dalam bulan ini dengan mempertingkat amal ibadah dan membaiki amalan puasa kita agar Ramadan pada tahun ini lebih baik berbanding daripada tahun lepas. InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha untuk mendapat ganjaran pahala dan syurga Allah.

Pada kali ini, saya ingin kongsikan satu lagi produk Shaklee iaitu Peppermint-Ginger Plus. Secara klinikalnya, produk ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, masalah sendawa dan penghadaman.

Siapa yang sesuai mengambil produk ini?
1. Ibu-ibu mengandung terutama  di peringkat awal kehamilan yang sering mengalami 'morning sickness', loya dan muntah-muntah.
2. Orang yang ada masalah gastrik. Ramai yang tidak dapat berpuasa kerana gastrik. Jai, amat elok ambil produk ini.
3. Orang yang sering mabuk laut terutama yang bertugas di lautan atau terpaksa naik kapal.
4. Orang yang mempunyai masalah penghadaman, angin dan sebagainya.


Selasa, 24 Jun 2014

BENGKEL NUTRISI SHAKLEE DI KUANTAN

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee yang telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Hampir 100 orang Shaklee Independent Distributor dari seluruh Pahang dan Kemaman menghadirinya bagi menambahkan ilmu nutrisi kami berkaitan produk Shaklee.

Bengkel Nutrisi Shaklee di Hotel Grand Continental
Dalam bengkel tersebut, kami telah didedahkan tentang latar belakang syarikat Shaklee yang telah lama bertapak di Amerika Syarikat iaitu hampir kira-kira 99 tahun yang lalu. Pengasas produk ini ialah Dr. Forrest C.  Shaklee. Kini, syarikat ini telah diambil oleh oleh salah seorang billionaire yang terkenal di Amerika iaitu Mr. Roger Barnett,

Roger Barnett

Ahad, 22 Jun 2014

SET KEGUGURAN RAMBUT SHAKLEE : MEMBANTU MENGATASI RAMBUT GUGUR

Para warga siber yang dihormati sekalian, diharapkan agar segala urusan anda pada hari ini berjalan lancar. InsyaAllah.

Pada kali ini, saya nak kongsikan dengan rakan-rakan semua, satu masalah yang kerap dihadapi oleh semua golongan masyarakat terutama apabila usia kita semakin meningkat atau masalah kepada kaum wanita yang baru bersalin atau dalam pantang iaitu masalah keguguran rambut.
 
Gambar Hiasan: Rambut Yang Menawan menjadi Idaman Semua


BERSIHKAH AIR YANG KITA MINUM???

Assalamualaikum .w.b.t...

Bersihkah air yang kita minum ??? Satu persoalan yang sering timbul di benak kita ialah tentang air. 

Saya rasa kebanyakan kita amat prihatin tentang air yang kita minum pada setiap hari. Sebab itulah, kita sanggup membayar harga yang mahal bagi membeli produk penapis air yang sesuai, berkesan dan selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga. Kalau dilihat harga di pasaran, kebanyakan alat penapis air ini amat mahal harganya mencecah ribuan ringgit. 

Mengapa kita perlukan alat penapis air ni??

Saya masih ingat waktu kecil-kecil dahulu, sebelum munculnya air dalam batang besi, perigilah sumber utama bekalan air kita. Kita mandi, minum, basuh pakaian hanya dengan mendapatkan sumber air dari perigi. Tak seperti generasi kini, sumber bekalan air amat mudah diperoleh. Pusing je kepala paip, air meluncur keluar. Tak perlu rasa susah payah untuk mendapatkan air dari perigi.

Namun  pada zaman tu, kita tak perlu risau pasal penapis air ni? Jarang pun nak ke klinik kerana sakit akibat minum air perigi. Ternyata air perigi yang berpunca dari mata air bawah tanah ni amat bersih. Kalau kuman atau bakteria adapun, dah mati apabila air tersebut dididihkan. 

perigi

Jumaat, 20 Jun 2014

COQHEALTH : SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK JANTUNG



Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca…


Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan Allah peluang untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Saya doakan agar semuanya sihat-sihat  sahaja dalam menjalani  urusan harian. Kalau rasa tak berapa sihat tu, mungkin anda perlu ke doctor atau boleh ambil supplement yang sesuai.  Kalau kita tak jaga kesihatan sendiri, siapa lagi nak tolong jaga. Kadang-kala duit banyak pun dah tak berguna, apabila penyakit menjadi semakin parah.

Baiklah semua, hari ni saya nak berkongsi maklumat tentang produk Shaklee  yang amat baik terutama untuk kesihatan jantung kita. Jadi, sesiapa yang ada masalah ini, eloklah ambil supplement ini yang terbukti membantu memelihara jantung  agar sentiasa sihat.  Supplement yang saya maksudkan ialah Coqhealth Shaklee.

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

Assalamualaikum warga pembaca yang budiman terutama para bakal ibu sekalian...

Pada hari ni, kami nak share lagi tentang kisah gembira dan menyeronokkan seorang pengguna Set Bersalin Shaklee dari Lahad Datu,Sabah. Beliau membeli Set Bersalin Shaklee dari kami pada June 2013 untuk digunakan semasa berpantang selepas melahirkan anak ketiga.

Alhamdulillah kami sangat gembira setelah mendapat mesej dari beliau. Menurut pelanggan yang kami sayangi ini, beliau mengalami pengalaman berpantang selepas bersalin yang jelas amat berbeza setelah mengambil  Set Bersalin Shaklee.


 

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK BERPANTANG LEPAS PEMBEDAHAN

Assalamualaikum semua...

Kita masih dalam topik Set Bersalin Shaklee tetapi kali ini kami bawakan Testimoni Set Berpantang Shaklee untuk berpantang selepas Pembedahan Cesarean hasil pengalaman Puan Sabariah dari Ipoh.

Puan Sabariah bersalin anak ketiga secara Pembedahan Cesarean (Czer). Begitu juga dengan anak pertama dan anak kedua beliau yang terpaksa bersalin melalui pembedahan disebabkan adanya komplikasi.

Selepas menjalani pembedahan, Puan Sabariah telah mengambil Set Bersalin Shaklee untuk pembedahan. Secara ringkasnya,  Puan Sabariah telah merasai manfaat-manfaat berikut apabila  mengamalkan pengambilan Set Bersalin Shaklee untuk pembedahan ini. Antaranya:
  • Luka pembedahan kering dengan cepat
  • Keseluruhan pemulihan lepas bersalin sangat cepat.
  • Susu banyak dan pekat
  • Badan tidak letih, kepala tidak pening dan mood tenteram ( tidak stress )
  • Bertenaga walau tak cukup rehat

SET BERSALIN SHAKLEE : PENGALAMAN SAHABAT KAMI PUAN AIZZAH DARI PENANG

Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang? Ramai yang takut nak percaya sebab kita dah biasa dengan herba dan jamu semasa berpantang. Ada juga yang berasakan macam tak cukup je kalau berpantang dengan Vitamin Set Bersalin Shaklee.

Alhamdulillah kali ni kami bawakan kisah indah penuh gembira seorang ibu yang berasa amat puas hati dengan Set Bersalin Shaklee. Ibu yang dimaksudkan    ialah
Puan Aizzah Zack dari Penang yang berkongsi berkenaan Set Bersalin Shaklee dalam blog beliau : http://hargasetbersalinpremium.blogspot.com/2014/03/pengalaman-pertama-menggunakan-set.html

Jom kita baca dan mengutip mutiara berharga daripada pengalaman bahagia beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang.

BETUL KE SET BERSALIN SHAKLEE SESUAI UNTUK IBU YANG SEDANG BERPANTANG ?


Assalamualaikum bakal ibu-ibu/mami/ummi sekalian...
Kepada anda sekalian yang bakal melahirkan cahayamata tidak lama lagi, tentu rasa gembira, seronok walaupun dalam masa yang sama rasa takut. Tentu kita terfikir bagaimana sakitnya rasa bersalin dan bagaimana pula untuk menghadapi tempoh berpantang. 

Kalau selama ini hanya mendengar cerita rakan-rakan saja, kali ini barulah kita sendiri mengalaminya. Tenang-tenang je ya para ibu. Yang pasti pengalaman setiap orang berbeza. Perlu banyak solat hajat dan berdoa kepada Allah. Semoga dipermudahkan segala-galanya untuk kita.

Tentu pada masa ni kita terfikir, produk apa yang nak diambil untuk memudahkan kita bersalin bukan. Tambahan pula kat pasaran, berlambak-lambak produk yang boleh diambil. Mana yang paling sesuai, berkesan dan yang paling penting dapat membantu  kita bersalin tanpa banyak masalah. Nah, apa kata kali ini kita cuba produk Set Bersalin Shaklee pula..

Rabu, 18 Jun 2014

Penyakit: Perlu diubati atau tidak ?

Assalamualaikum buat para pembaca yang dikasihi sekalian..

Semoga semuanya dalam keadaan sihat, tenang  dan ceria di samping menjalankan tugas-tugas seharian. Dalam kesibukan kita melaksanakan tugasan kita sama ada sebagai pekerja mahupun sebagai suri rumah, kita atau ahli keluarga kita tidak terlepas daripada pelbagai ujian Allah. Ujian Allah kepada kita dalam pelbagai bentuk. Antaranya terlibat dalam kemalangan, bencana alam, kehilangan orang yang disayangi atau pelbagai penyakit yang kita seperti demam, batuk, selesema, batu karang, gout, kencing manis, darah tinggi, stroke, kanser dan sebagainya lagi...

Kali ini, saya nak kongsikan kepada para pembaca tentang penyakit. Apakah kita perlu ubati atau kita biarkan sahaja. Ini kerana terdapat pelbagai pandangan alim ulamak tentang isu ini. Mereka berbeza pendapat kerana  berbeza cara dalam memahami al-Quran dan hadis.

Selasa, 17 Jun 2014

Serlahkan Keayuan Semulajadi dan Kulit yang Berseri dengan Shaklee



Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongi bagaimana nak mendapatkan kulit yang berseri dan sihat dengan menggunakan produk Shaklee. 


Kaum wanita terutamanya sering risau jika kulit mereka mula bermasalah. Antara masalah-masalah kulit yang sering kita alami adalah masalah kedutan, jeragat, kulit kusam akibat terdedah kepada sinaran ultraviolet, jerawat, kulit psoriasis dan ekzema yang menyebabkan kulit gatal, kering dan tidak selesa, juga masalah kulit kering dan berminyak.

Jumaat, 13 Jun 2014

Manfaat Pengambilan Air Dalam Diet Seharian

Mengapa air penting dalam hidup kita?

Lontaran soalan ini bertujuan untuk mengajak kita berfikir sejenak kenapa kita sering diminta untuk minum banyak air kosong atau air putih oleh doktor apabila kita sakit terutama jika demam, batuk atau selesema.

Biasanya doktor akan suruh kita minum 8 hingga 12 gelas air sehari atau lebih kurang 3 liter air sehari. Banyak juga tu... Apatah lagi kalau kita mengambil supplement.  Lagi banyak kita minum air kosong lagi bagus kerana  supplemen yang diambil akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran darah kita. Jadi, secara umumnya memang minum air kosong amat baik buat tubuh badan kita. Bahkan tubuh kita pun terdiri hampir 57 peratus daripada kandungan air.

Selalunya golongan kanak-kanaklah yang paling tidak suka minum air kosong ni. Mereka lebih gemar minum air manis walaupun sebenarnya air manis ini tidak baik untuk mereka. Jadi peranan kita sebagai ibu bapa untuk menggalakkan mereka minum air.

Ada juga rakan saya kurang gemar nak minum air masak. Katanya, tak larat nak berulang alik ke tandas. Sebenarnya lagi kerap kita buang air kecil, lebih banyak toksin dibawa keluar oleh badan kita melalui proses perkumuhan.

Khamis, 12 Jun 2014

Khasiat Pengambilan Kurma Dalam Diet Seharian

Alhamdullilah kerana Allah masih memberi keizinan untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan para pembaca. Malam ni merupakan malam nisfu Syaaban. Hanya tinggal 15 hari lagi untuk kita sama-sama menunaikan ibadah puasa. Ya Allah,  sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Amin....

Kali ni, saya nak ajak sahabat semua untuk menggali ilmu tentang khasiat pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu buah kurma atau tamar. Mungkin  rakan pembaca agak hairan kenapa pula tiba-tiba nak cerita pasal buah kurma ni. Jika asyik cerita pasal Shaklee pun bosan juga kan. Jadi, kita beralih topik sikit kali ni.

Sebenarnya bukan semua orang suka makan buah kurma ni. Ada yang memang tak makan langsung walaupun pada bulan Ramadan.  Sedangkan buah kurma inilah yang menjadi amalan Nabi setiap hari. Untuk pengetahuan pembaca, kurma merupakan salah satu sumber vitamin terbaik yang patut diambil. Jadi, walaupun dah ambil supplemen,  kurma jangan pula ditinggalkan.


Rabu, 11 Jun 2014

Masalah Kesuburan Akibat Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga hari ini, kita semua berada dalam keadaan ceria, cergas dan bertenaga selalu. InsyaAllah.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan kepakaran saya dalam membantu para wanita yang telah berkahwin tetapi mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Masalah haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan kita. Adakalanya haid kita datang tidak menentu.

Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah haid tidak teratur ini, kita  ikuti pnenerangan Pakar Sakit Puan, Dr. Adilat Ahmat iaitu  Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI).

Menurut Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.



Isnin, 2 Jun 2014

Manfaat Pengambilan Vitamin E Complex Shaklee

Assalamualaikum w.b.t....

Semoga semuanya ceria-ceria sahaja pada hari ini. 

Oleh sebab bulan ini merupakan promosi Vitamin E Complex, maka akak nak ceritakan sedikit sebanyak tentang Vitamin E Complex dan manfaat pengambilan Vitamin E Complex ini.

Sebenarnya, jika kita mampu mengambil makanan-makanan berikut iaitu 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam pada setiap hari mencukupi untuk keperluan 400IU vitamin E yang diperlukan oleh badan. Tapi..mampu ke nak ambil sebanyak itu setiap hari. Jadi, Shaklee memudahkan kita untuk mendapat sumber Vitamin E hanya dalam sebiji kapsul yang perlu diambil setiap hari.



Ahad, 1 Jun 2014

Phytocol ST Shaklee Turunkan Kolesterol Walaupun Makan Banyak Makanan Berlemak!!!

Phytocol ST Shaklee ??? Apa tu, tak pernah dengar pun???

Baiklah rakan-rakan semua...semua orang mungkin tertanya-tanya apa produk Phytocol ST Shaklee ni. Maklumlah tak pernah dengar sebelum ni terutama pengguna tegar Shaklee.

Hari ni, akak nak ceritakan pasal Phytocol ST Shaklee ni.


Phytocol ST Shaklee ni merupakan produk baru yang bakal dilancarkan dalam National Conference Shaklee yang akan diadakan pada 7-8 Jun nanti.

Apakah kebaikan Phytocol ST Shaklee ni??