Khamis, 29 Mei 2014

Penggunaan Basic H Organic Super Cleansing Concentrate

Assalamualaikum buat warga alam maya sekalian...

Tiba-tiba beberapa hari ini, muncul isu tentang Basic H Shaklee. Apa dia Basic H ni ? Mengapa jadi popular pula? Isu ini timbul kerana ada pengguna yang telah mengadu tentang dakwaan yang mengatakan produk Basic H ini  boleh digunakan untuk membasuh puting botol susu.(Rujuk email di bawah)




Selasa, 27 Mei 2014

Supplemen : Rugi Je Beli...Tak Berkesan Pun...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca tersayang.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Kesempatan pada kali ini, saya nak kongsi mengapa sesetengah orang berpendapat bahawa pengambilan supplemen atau vitamin yang berlambak di pasaran ni pada masa kini tidak perlu malah merugikan wang kita je. Betul ke?
Sesetengah pengguna mengeluh supplemen yang diambil tidak bermanfaat seperti yang diberitahu atau yang diwar-warkan kehebatannya. Jadi, mereka kata kita hanya sekadar bercakap kosong demi melariskan produk masing-masing.

Betul ke keluhan-keluhan pengguna ni? Jadi, syarikat pengeluar ni sebenarnya menipu kita sebagai pengguna ke?

Isnin, 26 Mei 2014

Adakah MLM Shaklee Patuh Syariah???

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Semoga Allah masih memberi kekuatan fizikal, mental dan rohani dalam kita menjalani pelbagai urusan pada hari ini. Diharapkan kita semua berasa dalam keadaan tenang, gembira dan ceria serta dalam rahmat dan kasih sayang Allah jua. 

Pada awalnya... saya amat skeptikal dengan bisnes jualan langsung ni atau MLM(Multi Level Marketing). Dulu-dulu, bila dengan tentang MLM, saya anggap semuanya skim piramid yang hanya akan menkayakan upline sahaja dan  menganiaya downline. Itulah yang saya faham. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Setelah saya membaca rencana yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin tentang bisnes MLM yang patuh syariah, saya mula membuat kajian tentang pelbagai produk MLM ni. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan Shaklee.

Setelah saya kaji, sistem MLM Shaklee ini ternyata sangat adil sama ada kepada upline atau downline. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak ke mana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau nak  register pun dah kena bayar beratus-ratus atau beribu. Lepas tu kena pula cari orang(head counting) baru dapat imbuhan.  Jadi, ini jelas tidak patuh syariah seperti yang digariskan dalam Islam.

Sabtu, 24 Mei 2014

Atasi Penyakit Darah Tinggi Dengan Omega Guard Shaklee

Semakin ramai  rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan darah tinggi.  Sering kali penyakit darah tinggi ini melibatkan kaum wanita dan lelaki yang berumur 40an ke atas.  Masalah ini dikatakan berpunca akibat  pengoksidaan kolesterol dinding arteri darah yang telah bertahun-tahun berkumpul. Ini menyebabkan perjalanan darah tersumbat seterusnya jantung kita terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah.

Pengambilan makanan yang bergaram,  berlemak atau berkolesterol tinggi akan meningkatkan lagi tekanan darah kita. Tekanan darah yang normal ialah 110/70. Jika tekanan lebih daripada had tersebut, kita berkemungkinan akan mendapat penyakit darah tinggi ini. 

Selain makanan, hipertensi dan stress yang berlebihan juga dapat meningkatkan tekanan darah kita. Jika dibiarkan, maka sudah pasti akan menjejaskan kesihatan dan boleh membawa kepada serangan jantung atau stroke.

Masalah Kesuburan Bagi Wanita Terlalu Kurus

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat pembaca yang sentiasa ceria. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Sentiasalah berdoa moga ALLAH memberikan kesihatan yang baik untuk kita agar kita dapat menunaikan ibadah dan tugasan seharian dengan lancar dan sempurna. InsyaAllah..

Alhamdulillah kerana ALLAH masih memberi kesempatan untuk saya berkongsi rasa dengan para pembaca. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan wanita atau para ibu yang menghadapi masalah berat badan yang tidak pernah naik  atau terlalu kurus.

Selalu orang berpendapat wanita kurus tidak mempunyai masalah kesihatan seperti  mana wanita gemuk. Sebenarnya tidak juga. Walaupun nampak cantik je apabila kurus tetapi pada hakikatnya wanita yang terlalu kurus juga mempunyai pelbagai masalah termasuklah masalah kesuburan.

Set Bersalin Shaklee Membantu Ibu-ibu Bersalin dengan Tenang, Sihat dan Cergas

Menunggu detik-detik kelahiran cahaya mata memang merupakan saat paling mendebarkan bagi seseorang ibu. Apatah lagi kalau ini merupakah kehamilan sulong kita, lagi-lagilah rasa berdebar. Dalam minda kita dah mula terbayang rupa parasnya. Tapi rasa takut pun ada,apatah lagi kalau sebelum ni kita banyak mendengar dari rakan-rakan akan sakitnya proses bersalin. Biasalah tu, kali pertama, perasaan ini akan muncul. Walau mudah macam mana sekalipun proses bersalin tersebut, kita tetap akan rasa sakit. InsyaAllah, rasa sakit akan hilang terutama selepas menatap wajah bayi yang kita nanti-nantikan selama ini.

Macam akak, kalau ikutkan rasa sakit tu, rasa macam tak mahu hamil lagi. dalam sakit-sakit tu, akhirnya ALLAH kurniakan lima orang cahaya mata. ALHAMDULILLAH.

Kali ini, akak nak perkenalkan beberapa set bersalin yang boleh kita ambil untuk membantu kita semasa proses bersalin.

INSYAALLAH, ramai ibu-ibu yang berpuas hati setelah menggunakan produk yang kami syorkan.
Ada dua set bersalin yang para ibu boleh pilih:

Rabu, 21 Mei 2014

Kelazatan dan Manfaat Pengambilan ESP Shaklee

Salam ukhuwwah buat semua...

ESP Shaklee atau Energizing Soy Protein merupakan antara produk Shaklee yang terhangat dalam pasaran. ESP Shaklee nerupakan satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 

ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tak kira tua, muda, remaja atau pun kanak-kanak pun boleh meminumnya.

Untuk sesiapa yang ada penyakit kencing manis juga boleh ambil ESP ni.

Selasa, 20 Mei 2014

Set Kesuburan untuk Wanita Endometriosis

Masalah kesuburan sering dikaitkan dengan kaum wanita. Hakikatnya, kaum lelaki juga menghadapi masalah yang sama. Selain masalah cyst yang mengganggu kesuburan kita, penyakit endometrosis juga turut menyebabkan kesuburan kita terjejas.

Apakah dia, penyakit endometriosis ini? Mari, saya jelaskan sedikit.

Menurut pakar sakit puan, Dr. Hamid Arshat, penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan ia berulang adalah besar.

Set Kesuburan untuk Wanita Cyst

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang....

Bersua kembali. Para pembaca yang budiman, pada kesempatan ini, saya nak kongsikan tentang  masalah yang kerap menghantui kaum wanita yang telah berkahwin tetapi masih gagal memperolehi zuriat disebabkan mempunyai masalah kesuburan disebabkan oleh cyst yang terdapat di ovari. 

Semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan bersama agar impian kita untuk mendapat zuriat tercapai dengan izin Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Kadang-kala rasa dah habis ikhtiar, masih menemui jalan buntu. Pelbagai produk dah dicuba tetapi masih belum serasi. Apa kata pada kali ini kita cuba pula produk Shaklee.

Di sini saya ingin memperkenalkan ialah Set Kesuburan untuk Wanita Cyst telah berjaya membantu wanita yang menghadapi masalah ini untuk menimang cahaya mata.

Isnin, 19 Mei 2014

Puasa Ramadhan Lebih Bertenaga dengan Set Mighty 3 Gems Shaklee







Alhamdulillah, tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Jadi kepada sesiapa yang masih berhutang puasa pada tahun lepas, cepat-cepatlah menggantikannya. 

Sesiapa sahaja tak kita pelajar, para pekerja( sama ada di sektor awam atau swasta) atau  para ibu(terutamanya ibu mengandung dan menyusukan bayi akan mengalami kepenatan dan keletihan selepas seharian berpuasa. Tambahan pula, pada sebelah malamnya kita akan menunaikan solat terawih, lagi-lagilah rasa letih. kadang-kala terlelap juga dibuatnya.

Sebab itulah kalau kita tengok, di surau atau masjid, kedatangan jemaah makin berkurang di akhir bulan Ramadhan. Awalnya penuh masjid dan surau. sampai tak cukup tempat...Tapi saat-saat 10 yang terakhir kita jadi liat. Sepatutnya, malam 10 terakhir ni yang patut kita kejar..tak gitu. Hai, panjang pula syarahan...maaf ya.

Multi-vitamin dan Mineral Yang Pertama Dicipta di Dunia

Adakah para pembaca tau, apakah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia ini? Macam soalan kuiz pula... Kalau ya, tahniah, anda pasti sudah tahu jawapannya. Kalau belum, tak apa, nanti saya ceritakan kepada anda.
Kalau kita tengok mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir, walaupun dah berusia hampir satu abad tetapi masih sihat, bertenaga serta mempunyai minda yang masih hebat dengan idea-idea bernasnya. Sebenarnya, Tun Dr, Mahathir pun mengambil multi-vitamin ini. Jadi, pengambilan multi-vitamin ni jelas amat penting dalam meningkatkan lagi kesihatan kita.

Ahad, 18 Mei 2014

Pengambilan supplemen tidak perlu!!!

Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca budiman...

Semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Kali ini. saya nak kongsikan tentang pentingnya  kita mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet pemakanan kita seharian.

Sebenarnya, jika kita dapat mengambil  buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, kita tidak perlu pun bergantung kepada sebarang supplemen. Jadi, sebenarnya pengambilan supplemen tidak perlu pun bukan?

Buah-buahan

Sabtu, 17 Mei 2014

Masalah Mata Mengganggu Anda

Masalah mata seperti rabun, katarak, galukoma  dan mata malas merupakan antara masalah yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Kadang-kala kita terpaksa mendapatkan rawatan yang mahal seperti lasik(teringat pakar mata yang juga pakar motivasi iaitu Professor Dato' Dr. Muhaya) atau melalui pembedahan. 

Jadi di sini saya nak membantu anda untuk mengatasi masalah mata dengan mengambil supplemen Shaklee antaranya:

Manfaat Pengambilan Collagen Powder Shaklee

Bertemu kembali para pembaca yang budiman.
Saya mendoakan agar semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam rahmat dan lindungan Allah jua.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang Collagen Shaklee atau lebih dikenali sebagai Shaklee Collagen Powder (SCP). 
Apakah  fungsinya, cara pengambilannya serta testimonial daripada para pelanggan yang jelas amat teruja dengan hasil yang diperolehi.

Jumaat, 16 Mei 2014

Lalui Tempoh Hamil Dengan Tenang dan Cergas

Assalamualaikum...

Semoga para pembaca sentiasa sihat, riang dan ceria,

Tahniah, jika anda sedang hamil sekarang!!!

Tentu anda tak sabar-sabar nak menimbang cahaya mata kan? Apa lagi kalau kehamilan ini merupakan hamil sulong. Lagi-lagilah tak sabar untuk menatap zuriat sendiri. Namun kadang-kala tempoh kehamilan selama sembilan bulan ni menimbulkan pelbagai ketidakselesaan kepada kita. Normallah, itu masalah biasa yang dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Adakalanya, paras hemoglobin(hb) dalam darah semakin rendah. Puaslah kita nak makan makanan tertentu untuk menambahkan tahap hemoglobin kita seperti makanan laut(kerang), sayur-sayuran hijau (bayam) dan meningkatkan pengambilan serat untuk mengelakkan sembelit. Kalau ke klinik pun, asyik-asyik jururawat beri nasihat yang sama. pelbagai vitamin diberi seperti zat besi dan biasanya dicadangkan ambil obimin untuk meningkatkan paras hemoglobin kita.

Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru

Alhamdulillah,  syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk kita menjadi penghuni di bumi Allah yang luas ini.

Esok merupakan tanggal 16 Mei merupakan hari teristimewa buat insan yang bernama guru.

Para guru yang tidak pernah rasa penat dan jemu ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam mendidik anak bangsa hingga berjaya dalam pelbagai bidang.

Namun jangan kita lupa, guru yang paling utama dan pendidik yang paling hebat ialah Rasulullah s.a.w. Hasil didikan dan tarbiyah baginda telah melahirkan ummah terbaik iaitu generasi para sahabat dan tabiin. Jasa dan pengorbanan baginda tidak ternilai harganya. Sebagai umatnya, tanda kasih dan sayang kita perbanyakkan selawat buat Rasul junjungan agar kita mendapat syafaat baginda pada hari akhirat nanti . InsyaAllah.  Apatah lagi 16 Mei tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Eloklah perbanyakkan selawat kepada baginda.


Rabu, 14 Mei 2014

Set Kesuburan Shaklee untuk Wanita Yang Mempunyai Berat Berlebihan

Bismilahir Rahmanir Rahim....

Kali ini, kak Wan ingin berkongsi rahsia dengan para ibu yang telah lama berkahwin tetapi masih sukar untuk mempunyai anak kerana mempunyai masalah kesuburan akibat berat badan yang berlebihan.

Masalahnya pada masa kini wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk menyebabkan  jaringan lemak akan menghasilkan hormon estrogen secara berlebihan.  Akibatnya, terjadi ketidakseimbangan hormon yang mengganggu kitaran haid dan mempengaruhi kesuburan.

Isnin, 12 Mei 2014

Penyakit Gout - Gejala dan Pencegahan

Kali ini, saya nak kongsikan pula masalah yang sering melanda kaum lelaki terutamanya iaitu penyakit gout yang merupakan sejenis penyakit akibat asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik merupakan  bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Ia dibuang     melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Gejala ini sering berlaku kepada kaum lelaki yang dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.  Ia jarang dihidapi oleh kaum wanita sebelum mereka putus haid.

Penyakit gout biasanya akan menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki kita akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangannya berlaku secara tiba-tiba. Sendi yang diserang terasa bisa sehinggakan jika bergeser dengan sesuatu pun kita rasa amat menyeksakan.

Tips Mengatasi Masalah Diabetes

Kali ini, saya ingin kongsikan kepakaran saya bagi membantu  pensakit-pesakit diabetes atau kencing manis agar dapat menjalani hidup dengan gembira dan bebas daripada masalah yang semakin mengganggu rakyat Malaysia pada hari ini iaitu diabetes.

Tahukah anda, bahawa kira-kira 3.6 juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap penyakit diabetes di Malaysia.  Ini menjadikan Malaysia menjadi negara yang mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asia Tenggara dan keenam di rantau Asia Pasifik.

Kajian terbaru pada tahun 2012, menunjukkan 15.2% orang dewasa menghidap diabetes dan Malaysia telah melepasi anggaran 807,000 pesakit diabetes pada tahun 2025 Pertubuhan Kesihatan Sedua(WHO). Menakutkan bukan!!! Apakah kita tergolong di dalamnya???

Sabtu, 10 Mei 2014

Masalah Gastrik Mengganggu Anda???

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Semoga rakan-rakan  pembaca berada dalam rahmat dan hidayah Allah serta sentiasa ceria, cergas dan sihat dalam menjalani kehidupan ini.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi kepakaran saya bagi membantu semua golongan yang mengalami masalah gastrik agar mereke yang menghidapi gastrik dapat menjalani hidup mereka tanpa sebarang gangguan perut dan dapat bergerak aktif tanpa perlu bercuti sakit atau gagal berpuasa dengan sepenuhnya terutama pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi.

Punca penyakit gastrik ialah amalan pemakanan yang tidak tetap. Ia akan menjadisemakin  parah   jika seseorang itu suka merokok, suka makan nenas, makan makanan segera, jeruk kering dan basah, 'junk food', minuman bergas, makanan yang berangin seperti nangka dan cempedak atau makanan pedas. Lama-kelamaan ia boleh menyebabkan  ulcer gastrik pula.

Batu Karang: Bagaimana Mengatasinya?





Assalamualaikum. Bersua kembali. Diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat dan ceria. Kali ni saya nak share bagaimana saya membantu pesakit yang menghidap batu karang berjaya dibantu dengan khidmat kepakaran kami  menggunakan  Vivix Shaklee

Penyakit batu karang sering berlaku tidak kira kepada lelaki atau wanita. (Saya, ibu dan suami  sendiri turut mengalami masalah ini). Ia berlaku disebabkan kita suka tahan buang air kecil dan besar, kurang minum air masak yang mengakibatkan air kencing menjadi kotor lalu menyebabkan kumbahan yang tak ditapis dengan baik oleh pundi kencing terenap menjadi batu karang.

Tips Penyusuan Susu Ibu




Segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah kerana masih memberi kesihatan kepada kita untunk meneruskan hidup pada hari ini,

Kali imi, saya ingin kongsikan kepakaran saya bagi  membantu para ibu yang menyusukan bayi  agar dapat  melalui tempoh penyusuan selama dua tahun penuh(kalau mengikut Islam) secara gembira, sihat dan penuh keceriaan walau ke mana jua kita pergi  tanpa rasa bimbang dan ragu-ragu.



Jumaat, 9 Mei 2014

SELAMAT HARI IBU.....

Hadiah istimewa sempena Hari Ibu....


Saban tahun, kita meraikan sambutan Hari Ibu pada minggu kedua bulan Mei.
Walaupun ada yang berpendapat acara sambutan ini merupakan sambutan masyarakat kristian untuk memperingati Mother mereka tetapi bagi saya tidak salah kalau kita meraikannya sebagai tanda kasih sayang buat ibu kita yang tercinta.


TUJUH AMANAT TAN SERI SYED MOKHTAR AL BUKHARY KEPADA USAHAWAN MUSLIM

Kepada semua usahawan-usahawan Muslim atau yang bakal nak bergelar usahawan, bolehlah mempraktikkan amanat usahawanMelayu-Muslim yang terkenal di negara kita iaitu Tan Seri Syed Mokhtar al Bukhary.....


Iktibar Dari Penjual Laksa

Asyik menulis tentang supplemen  pun kadang kala bosan juga juga. Pada  kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang kisah penjual laksa. Mungkin para pembaca pernah membacanya di Facebook atau whatsapps. Tidak mengapa.  Bagi saya, kisah ini sungguh terkesan di hati saya. Bukan sahaja kerana kerajinan pakcik yang menjual laksa itu sahaja. Malah, kegigihannya untuk bersedekah dan menabung untuk menunaikan hati itu yang amat menarik.

Bagi saya, pakcik ini seorang yang mempunyai ilmu perancangan kewangan yang baik walaupun hanya menjual laksa. Sedangkan kita yang dapat gaji setiap akhir bulan ni pun, sering tidak cukup duit akibat perancangan kewangan yang lemah.

Semoga sama-sama kita mendapat iktibar....
                                                 ***********************

Khamis, 8 Mei 2014

Kekal Bertenaga Dengan Performance Shaklee

Assalamualaikum, buat tatapan semua pembaca, malam ini saya ingin berkongsi maklumat tentang minuman pilihan bagi para atlet terutamanya dan untuk mereka yang berpuasa, atau pesakit yang akan menjalani pembedahan, sering keletihan,  kurang tidur, mengalami masalah vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, sering kepeningan dan sebagainya.

Performance Shaklee merupakan satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa atau di mana sahaja atau dicampur dengan minuman yang lain(ESP Shaklee atau Meal Shake).

Rabu, 7 Mei 2014

Set Kurus Extravaganza Untuk Masalah Obesiti


Bismillahir Rahmanir Rahim. Selawat  dan Salam ditujukan buat Nabi junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan  sahabat-sahabat baginda. 

Selepas kepenatan menguruskan tugas-tugas rutin di rumah, barulah ada peluang untuk berkongsi infomasi  buat rakan-rakan pembaca di luar sana. Kepakaran saya ialah bagi membantu wanita atau lelaki yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, cergas dan bertenaga serta memperoleh kembali berat badan yang ideal.

Selasa, 6 Mei 2014

Nutrisi Terbaik Untuk Si Manja Anda

Alhamdulillah dapat bersua kembali. 

Kali ini, saya ingin berkongsi kepakaran saya untuk membantu kanak-kanak membesar dengan sihat, cergas, ceria dan pintar tanpa demam, batuk dan selesema yang kerap.

Dengan pengambilan nutrisi yang sesuai dalam diet pemakanan harian anak kita, InsyaAllah tumbesarannya tidak mudah terbantut, otak anak kita juga menjadi lebih cerdas dan pintar. Ini sekaligus membantu daya intelektualnya.